Bayi meninggal selepas terjatuh dari buaian

undefined

Berikutan berita yang meruntun jiwa ini. Perkongsian kali ini ialah mengenai keselamatan semasa bayi tidur.

Menurut laporan The Star: ALOR SETAR: Seorang bayi lelaki berusia 16 bulan meninggal dunia akibat tercekik tali putingnya selepas dia cuba melompat keluar dari buaiannya di rumahnya di Taman Sera, Padang Sera, Kodiang Isnin lalu.

Bayi itu, Lai Xiang Zheng, bertukar biru dan tidak sedarkan diri apabila ibunya yang berbangsa Thai, Narumon Pasupah, 33, menjenguknya pada jam 1.15 petang.

Ketua Supritendan polis Kubang Pasu, Abdul Hadi Hassaan, apabila dihubungi, berkata, bayi tersebut merupakan adik bongsu daripada empat orang adik beradik dijumpai tercekik oleh tali tersebut dengan kaki dan badan terkeluar dari buaian.

“Ibu mangsa telah keluar untuk menjemput anak sulungnya di sekolah berdekatan dan terkejut apabila menjumpai anaknya sudah tidak bernyawa setelah pulang.

“Bayi itu telah dikejarkan ke Klinik Kesihatan Kodiang namun telah disahkan sudah meninggal dunia 20 minit sebelum itu,” kata Abdul Hadi.
 
Sebelum ini kes ini dilaporkan bayi ini meninggal dunia akibat lemas selepas terjerut di buaiannya.
 
Berikutan berita yang meruntun jiwa ini. Perkongsian kali ini ialah mengenai keselamatan semasa bayi tidur.
 
Di sebabkan terlalu banyak kes bayi meninggal dunia semasa tidur, Healthy Children dan Sarah Buckley telah berkongsi beberapa tips bagi memastikan keselamatan bayi semasa tidur;

1. Tidur di dalam keadaan telentang

Bagi bayi yang belum berusia setahun, sangat tidak digalakan tidur di dalam keadaan selain terlentang. Ini adalah untuk mengurangkan risiko meninggal secara tiba-tiba (Sudden Infant Death Syndrom).

bayi_tidur_terlentang-380x252

2. Tidur di atas tempat pejal (keras)

Sewajarnya, tempat bayi baring atau tidur tidak kendur ketika bayi baring. Ini untuk mengurangkan risiko bayi lemas.

3. Hanya bayi dan tilam

Di katil bayi atau tempat tidur bayi, pastikan tidak terlampau banyak benda seperti selimut, anak patung atau perhiasan. Ini akan mengurangkan risiko bayi lemas atau tercekik akibat benda-benda sekeliling.

4. Tiada jurang 

Di antara katil atau tilam, tiada jurang yang sama atau lebih besar dari diameter sebotol air mineral. Jurang kecil ini kelihatan tidak bahaya namun sebenarnya boleh menjadi punca bayi lemas.

5. Tidur berasingan

Semasa bayi belum mencapai empat bulan, tidak digalakan untuk membawa bayi tidur bersama anda. Terutamanya jika katil anda terlalu lembut seperti katil air, atau suami anda atau anda sendiri adalah perokok, bayi anda adalah bayi pramatang, serta katil mempunyai banyak bantal dan selimut.
 
Ini kerana risiko terhimpap bayi atau bayi lemas mungkin terjadi. Bagi mereka yang merancang untuk tidur bersama bayi anda, lebih baik jika katil bayi anda diletakkan berdekatan katil anda berbanding tidur bersama di atas satu katil.

6. Bedung

Membedung bayi adalah digalakkan bagi memastikan bayi tidur lebih lena. Namun, pastikan bayi sentiasa tidur di dalam keadaan terlentang.
cara-bedung-bayi-e1427962047703
 
Semoga perkongsian ini dapat membantu anda memastikan keselamatan tidur bayi anda.
 
 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!