Bayi Yang Disuap Makan Oleh Ibunya Lebih Mudah Bertambah Berat Badan!
Adakah terdapat perbezaan antara bayi yang berusia 6 ke 24 bulan yang menyuap makan sendiri dengan bayi yang disuap oleh ibunya! Mengikut kajian ini, ada!
Seorang profesor dari Universiti Swansea, Amy Brown, dalam satu temu ramahnya ada menyatakan bahawa bayi atau anak kecil yang menyuap makan sendiri akan membesar menjadi seorang pemakan yang sihat, sukakan cabaran serta mempunyai berat badan yang ideal.
Dia turut menambah yang ibu bapa tidak perlu menyuap anak mereka yang berusia enam tahun ke atas kerana mereka sudah mula bersedia untuk makan makanan pejal.
Amy Brown telah mengkaji teorinya selama beberapa tahun tentang bagaimana bayi yang disuap makan oleh ibunya mudah untuk menjadi obese.
Dia ada melakukan kajian bersama rakan sekerja, Michelle Lee, pada tahun 2014 yang membandingkan berat dan gaya pemakanan kanak-kanak yang makan sendiri dan mereka yang makan bersuap.
Kajian tentang gaya pemakanan dan berat badan bayi
Ia turut mengkaji tentang berat badan dan gaya pemakanan kanak-kanak yang sama pada bulan berikutnya iaitu antara 18 ke 24 bulan.
Amy Brown berkata yang kajian tersebut menemui bahawa kanak-kanak yang makan sendiri lebih mampu untuk berhenti makan sendiri apabila mereka kenyang!
Inilah faktor yang membawa kepada kurangnya masalah obese di kalangan bayi yang menyuap makan sendiri.
Tetapi, ia juga adalah penting untuk kita ketahui bahawa kajian ini tidak mengambil kira faktor lain seperti:
- latar belakang ibu
- berat semasa dilahirkan
- umur bercerai susu
- sama ada si kecil itu menyusu badan
Manfaat lain apabila bayi menyuap makan sendiri
Pada masa yang sama ketika kajian tersebut dijalankan, Amy Brown turut berkata:
Bayi yang makan sendiri dapat memegang makanan, mengawal pengambilan makan dan makan mengikut rentaknya sendiri. Mereka juga turut didedahkan dengan pelbagai deria rasa.
Semua ini dapat menyokong pengawalan selera makan si kecil dan akhirnya mengawal berat badannya secara sihat!
Sumber: Dailymail.co.uk