Bayi Muntah Susu Selalu? Ketahui 5 Sebab Utama Yang Patut Anda Risau

lead image

Ketahui apa yang normal dan tak normal tentang bayi muntah susu serta sebab-sebab kenapa ia terjadi dan cara untuk mencegahnya.

Bayi anda selalu muntah susu? Bayi muntah susu selepas menyusu atau ketika mereka sendawa adalah normal dan anda tak perlu risau.

Tapi, kalau bayi anda selalu sakit atau muntah dalam kuantiti yang banyak, mereka mungkin memerlukan perhatian anda.

Ini antara 5 sebab bahaya kenapa bayi muntah susu selalu.

5 sebab bahaya kenapa bayi muntah susu dalam kuantiti yang banyak

Bayi muntah susu kerana #1 Refluks

src=http://cdn2.tstatic.net/tribunnews/foto/bank/images/gumoh anak 20150318 130932.jpg Bayi Muntah Susu Selalu? Ketahui 5 Sebab Utama Yang Patut Anda Risau

Kredit Gambar: Tribun News

Refluks atau refluks gastro-oesophageal terjadi apabila injap otot pada hujung saluran makanan sedang berkembang. 

Ini bermakna, apabila perut bayi penuh, makanan dan asid perut boleh mengalir keluar semula dari saluran makanan mereka.

Refluks boleh menyebabkan bayi muntah susu setiap kali selepas menyusu dan membuatkan mereka tersedu (hiccup).

Jika bayi anda tak menyusu dengan baik atau kelihatan tak sihat, bawa mereka berjumpa doktor. Doktor mungkin akan beri ubat anti asid yang dibuat khas untuk bayi.

Bayi muntah susu kerana #2 Alahan susu lembu atau intoleransi laktosa

src=https://media.siraplimau.com/wp content/uploads/2017/08/bayi muntah.jpg Bayi Muntah Susu Selalu? Ketahui 5 Sebab Utama Yang Patut Anda Risau

Jika bayi alah pada susu lembu, ini bermakna sistem mereka memberi reaksi pada protein susu lembu.

Intoleransi laktosa pula bermakna mereka ada masalah untuk menghadam laktosa, gula semula jadi yang ada dalam susu.

Protein susu lembu dan laktosa biasanya ada dalam kebanyakan susu formula. Ia juga boleh masuk ke dalam susu badan jika anda makan atau minum susu/produk tenusu seperti keju atau yogurt.

Jika bayi mempunyai intoleransi atau alahan susu lembu, mereka mungkin akan muntah selepas menyusu. Mungkin agak sukar untuk anda bezakan dengan refluks.

Tapi jika bayi anda mempunyai masalah dengan susu lembu, mereka juga akan ada:

  • ekzema
  • kolik
  • cirit-birit
  • sembelit
  • susah untuk naik berat badan

Kalau anda risau bayi ada masalah dengan susu lembu, ini adalah beberapa langkah yang boleh anda ambil:

  1. Jika anda menyusu bayi, tanya doktor tentang mengurangkan susu lembu dalam diet anda untuk sementara waktu. Jika bayi minum susu formula, cuba untuk tukar kepada formula hypoallergenic.
  2. Bincang dengan doktor dulu sebelum cuba langkah-langkah ini. Mereka mungkin akan periksa simptom pada bayi anda untuk mengenalpasti masalah mereka. 

Jika doktor suspek yang bayi anda ada alahan atau intoleransi, doktor mungkin akan rujuk bayi ke pakar.

Bayi muntah susu kerana #3 Gangguan pada perut

src=http://4.bp.blogspot.com/ zaXUPw2lEa0/UvurtFX5t7I/AAAAAAAAAGQ/wsuPZmYEUh8/s1600/Bayi+muntah+jeluak+susu.jpg Bayi Muntah Susu Selalu? Ketahui 5 Sebab Utama Yang Patut Anda Risau

Jika bayi muntah susu secara tiba-tiba atau disertai dengan cirit-birit, bayi mungkin mengalami gangguan pada perut seperti gastroenteritis.

Gastroenteritis boleh disebabkan dari jangkitan bakteria. Kalau anda rasa ini sebabnya kenapa bayi muntah susu selalu, sila rujuk doktor.

Mereka akan minta sampel najis bayi untuk mengetahui cara yang terbaik bagi merawat bayi anda.

Muntah dan cirit-birit bermakna bayi kehilangan cecair dalam badan. Cecair ini perlu diganti untuk mencegah dehidrasi.

Bayi muntah susu kerana #4 Jangkitan atau penyakit

Bayi mungkin akan muntah susu kerana mereka mengalami jangkitan atau penyakit. Jika ya, anda mungkin akan perasan tanda-tanda seperti ini:

Bayi muntah susu kerana #5 Stenosis pilorus

Ini keadaan yang jarang berlaku, namun boleh menyebabkan bayi muntah secara paksa dalam masa setengah jam selepas menyusu.

Stenosis pilorus biasanya terjadi apabila bayi berusia enam minggu, atau sebelum dia empat bulan. Kadang-kadang, ia boleh disebabkan oleh keturunan dan bayi lelaki empat kali lebih cenderung mendapat penyakit ini dari bayi perempuan.

Bayi muntah susu: Bila anda perlu risau?

src=http://www.anantainan.com/upload/news3 20170102173218.jpg Bayi Muntah Susu Selalu? Ketahui 5 Sebab Utama Yang Patut Anda Risau

Walaupun bayi muntah susu kebanyakannya normal, anda perlu cepat-cepat bawa bayi anda berjumpa doktor jika bayi anda muntah disertai dengan:

Kesimpulannya, bayi muntah susu ini bukanlah satu perkara yang perlu dirisaukan kecuali jika mereka mempunyai tanda-tanda di atas.

Jadi jika anda risau, jangan teragak-agak untuk mendapatkan nasihat doktor.

 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Sumber: BabyCentre UK

Baca juga:

Muntah warna kuning, bayi saya mungkin boleh meninggal ketika berusia 10 hari!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android, sekarang!