(Video) Bayi Perempuan Ini Cuba Berbicara Dengan Kucing Kesayangannya, Comel Sungguh!

undefined

Ibu bapa perlu mengajar anak kecil mereka menyayangi haiwan peliharaan supaya dapat memupuk kasih sayang sejak dari awal.

Kami terjumpa video ini dalam talian! Comel betul melihat gelagat si bayi perempuan faham bahasa kucing. Buat ibu bapa yang ada memelihara kucing di rumah, mesti anda pernah lihat anak-anak cuba bercakap seakan-akan kucing faham kan?

Bulu halus dan kecomelan serta keletah kucing yang comel biasa membuatkan hati anak kecil mudah terpikat lantas ingin membelanya sebagai teman setiap hari. Inilah juga antara aktivti bayi perempuan ini yang mana sedang berbicara dengan kucing kesayangannya itu.

Bayi perempuan faham bahasa kucing 

bayi perempuan faham bahasa kucing

Kredit: Britannica

Dalam video tersebut, bayi perempuan ini dilihat sedang berbicara dengan kucingnya sambil tersenyum dan ada ketikanya dia tepuk-tepuk badan kucingnya. Comel sungguh bila melihat anak kecil ini yang begitu menyayangi haiwan.

Apapun, apa yang dibacarakan sudah tentulah dalam bahasa bayi dan mungkin kucing itu yang memahami apa yang sedang dibicarakan oleh bayi perempuan ini.

Malah video ini dijamin akan membuatkan anda tersenyum sendiri dan mungkin  anda sedang mengingat tingakah laku si kecil anda yang mungkin semirip dengan bayi perempuan ini. Lucu, kan?

Bela haiwan peliharaan di rumah

Sekiranya anak-anak sukakan haiwan, apa kata anda jadikan binatang peliharaan sebagai hobi kerana ia boleh mendidik mereka sayangkan kehidupan yang lain sejak dari kecil.

Selain kucing, antara haiwan lain yang turut popular dijadikan haiwan peliharaan adalah seperti anjing, arnab, hamster dan kura-kura yang dikatakan lebih mudah untuk dikendalikan. Malah, ia sangat mesra kepada anak kecil.

Memberi pengalaman yang bermanfaat kepada anak

bayi perempuan faham bahasa kucing

Kredit: Cleveland Health Clinic Essentials

Selain itu, memiliki haiwan peliharaan turut dapat menyediakan pengalaman yang bermanfaat kepada anak-anak dari rumah.

Malah, hobi membela kucing ini turut membentuk pelbagai karakter supaya anak dapat maju dan berkembang dengan lebih baik. Malah, membela haiwan juga memerlukan komitmen dan tanggungjawab yang besar
serta ibu ayah boleh melihat sikap positif dalam jiwa anak-anak ini.

Tunggu anak usia 7 ke 8 tahun

Walaubagaimanapun menurut laporan yang ditulis dalam Kompas.com, mereka ada menyebut supaya menyarankan ibu bapa tidak terlalu awal memberikan haiwan peliharaan kepada anak-anak pada usia yang terlalu muda.

Namun, ia boleh diberikan apabila usia anak telah mencecah tujuh ke lapan tahun. Yang mana lebih sesuai.

Walaubagaimanapun, ada beberapa aspek utama yang dapat membentuk diri anak-anak melalui hobi membela haiwan peliharaan ini iaitu.

#1. Mendidik anak kecil tentang nilai murni

(Video) Bayi Perempuan Ini Cuba Berbicara Dengan Kucing Kesayangannya, Comel Sungguh!

Kredit: Modkat

Sebenarnya dengan membela haiwan peliharaan ini ia dapat mengembangkan rasa tanggungjawab yang tinggi dalam diri anak-anak.

Ini kerana mereka perlu menyediakan tempat tinggal, makanan dan menjaga kebersihan haiwan peliharaan itu yang tentunya memerlukan komitmen yang tinggi. Jika tidak, haiwan tersebut boleh jatuh sakit dan mati.

#2. Tampil berani

Bahkan dengan cara ini juga dapat membuatkan anak tampil lebih berani dalam melaksanakan setiap tugas yang diberikan.

Bila ibu ayah sering mengajar mereka tentang cara penjagaan haiwan, jadi sedikit sebanyak sikap baik dan lembut itu dapat diserapkan dalam jiwa anak sehingga dia meningkat dewasa kelak.

Sekaligus ia dapat melahirkan rasa empati dan penyayang dalam diri anak tersebut.

#3. Menghargai diri

Dalam pemerhatian yang dilakukan ini mengatakan, anak yang mempunyai haiwan belaan ini akan cenderng memiliki harga diri yang tinggi kerana anak akan merasa dicintai dan mencintai serta merasakan dirinya ada teman untuk diajak bermain.

#4. Merangsang kemahiran motor

Berinteraksi dengan haiwan belaan dapat membuatkan kanak-kanak bergerak lebih aktif dan cergas. Malah masa anak-anak juga turut terisi dengan perkara lain selain dari televisyen dan gadjet.

Sekaligus, anak akan terdorong untuk lebih banyak bergerak dan dalam masa yang sama meningkatkan kemahiran motor mereka.

#5. Belajar benda baru

Semasa memelihara haiwan, kanak-kanak turut berminat untuk mengetahui hal berkenaan haiwan tersebut. Contohnya bagaimana menjaga bulu haiwan, memastikan haiwan tetap sihat, menyediakan makanan yang sesuai dan lain-lain.

Dengan cara ini akan dapat membuka minda kanak-kanak agar lebih berkembang dan memahami kitaran hidup haiwan kesayangan mereka dengan lebih meluas.

Adakah ibu ayah ada membela haiwan peliharaan di rumah, apa kata anda kongsikan gambar si comel bersama haiwan peliharannya di ruangan komen bawah.

Semoga bermanfaat!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Binatang peliharaan yang sesuai untuk kanak-kanak dengan alahan

Baca juga: Adakah Benar Haiwan Peliharaan Bahaya Untuk Ibu Hamil?

Baca juga: 3 manfaat mempunyai binatang peliharaan untuk kanak-kanak di rumah

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!