Perjuangan Bayi Pramatang Terkecil Di Dunia Yang Lahir 4 Bulan Lebih Awal!

Perjuangan Bayi Pramatang Terkecil Di Dunia Yang Lahir 4 Bulan Lebih Awal!

Ikuti kisah Abi, bayi pramatang terkecil di dunia yang lahir 4 bulan lebih awal dan menjalani pembedahan pada usia paling muda. Beliau sungguh kuat!

Bayi pramatang terkecil dan termuda di dunia!

Kita semua harus berbangga dengan Abi Peters, bayi pramatang terkecil di dunia ini.

Beliau bukan saja dilahirkan 4 bulan lebih awal daripada jangkaan, malah beliau juga kuat mengharungi pembedahan untuk menyelamatkan dirinya!

Bayangkan, bayi sekecil Abi terpaksa melalui pembedahan selepas 6 hari dilahirkan. Beliau baru saja berusia 23 minggu.

Pembedahan itu adalah pembedahan abdomen utama yang pertama kali dilakukan ke atas bayi pramatang semuda Abi. 

bayi pramatang terkecil di dunia

Pegawai perubatan percaya pembedahan di Hospital St George’s itu hanya ada peluang kurang dari 10% untuk berjaya, tapi Abi membuktikan sebaliknya!

Kini, Abi sudah mencapai usia 1 tahun dan ibu bapa beliau mahu menyambut setahun pertama kehidupan Abi dengan majlis kesyukuran yang meriah.

Saat cemas melahirkan bayi pramatang terkecil dan termuda ini

Pada Oktober tahun lalu, ibu Abi, Louise Peter tiba-tiba mengalami sakit kontraksi teruk dan dibawa ke hospital. 

Beliau selamat melahirkan Abi di Hospital St Peter. Abi hanya seberat 609g, seperti sebungkus gula dan lebih kecil dari tangan doktor bedah.

Selepas dilahirkan, beliau diberi bantuan mesin sokongan dan dijaga di unit penjagaan rapi neo-natal.

bayi pramatang terkecil di dunia

Kredit: Matt Writtle

Namun selepas 6 hari dilahirkan, doktor mengesahkan Abi perlu menjalani pembedahan penting untuk menyelamatkan nyawanya. 

Ini kerana Abi menghadapi masalah usus yang teruk. Masalah tersebut sering menjejaskan bayi pramatang, dikenali sebagai necrotizing enterocolitis

Akibat daripada masalah itu, usus Abi telah rosak dan terkoyak di 3 bahagian, menyebabkan jangkitan bakteria di seluruh perutnya. 

Tanpa pembedahan, nyawa Abi mungkin tak dapat diselamatkan.

Ramai bayi pramatang terpaksa melalui pembedahan abdomen kerana masalah ini. Tapi Abi adalah bayi yang paling termuda melaluinya!

Kes pembedahan unik

Pakar bedah pediatrik yang mengetuai pembedahan ini – Dr. Mukhtar, 45 tahun, tidak mahu berputus asa untuk menyelamatkan Abi.

Walaupun Abi adalah bayi pramatang termuda melalui pembedahan, dan memiliki sedikit saja peluang untuk selamat, Dr. Mukhtar masih nekad ingin meneruskannya.

Beliau dipetik mengatakan –

Ibu dan nenek telah mengajar saya untuk jangan sesekali berputus asa dalam menyelamatkan seorang kanak-kanak.”

Sungguh kuat azam doktor ini!

Berkat kecekapan beliau dan kekuatan yang digalas Abi, beliau selamat menjalani pembedahan dengan 17cm ususnya dibuang. 

bayi pramatang terkecil di dunia

Perut Abi kemudiannya dibasuh dan beg stoma sementara dimasukkan ke dalamnya. Selepas pembedahan pertama, pembedahan kedua pula dijalankan untuk membuang beg stoma itu.

Sekarang, Abi telah selamat dibawa keluar dari hospital selepas 4 bulan tinggal di sana. Ibunya berkata Abi sudah cuba boleh menyebut perkataan “ibu” dan “abah”. 

Abi diberi nama Abiageal, satu nama unik dalam bahasa Irish yang bermaksud “membawa kegembiraan”.

Semoga Abi kuat menjalani hidup ini dan membawa kegembiraan kepada ibu bapanya. 

Kami amat berbangga dengan anda, wahai bayi istimewa!

Perkongsian seperti ini membuktikan hidup kita ini dipenuhi dengan pelbagai keajaiban dan peluang yang diberi oleh Tuhan.

Semoga kita dapat menikmatinya dengan hati yang tenang.

Sumber rujukan: Parents dan Evening Standard

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga

Kisah Ajaib Bayi Pra-Matang Yang Lahir Ketika Berusia 24 Minggu

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

Penulis

Ayu Idris

app info
get app banner