Prolonged jaundice itu apa? Pasti ibu ayah ada mendengar pelbagai petua tradisional untuk mengurangkan masalah kuning atau prolonged jaundice (jaundis) pada bayi baru lahir kan?
Mesti ramai yang tertanya-tanya bagaimana untuk kuning bayi turun cepat dan mengapakah anak sendiri boleh terkena kuning?
Di sini kami menghuraikan punca dan cara rawatan yang betul untuk mengatasi prolonged jaundice pada bayi baru lahir.
Apa itu prolonged jaundice dan bagaimana ia boleh terjadi kepada bayi?
Prolonged jaundice ialah penyakit kekuningan yang berpanjangan. Biasanya masalah ini disebabkan peningkatan kadar bilirubin dalam darah dan berlanjutan terjadi kepada bayi berusia lebih dari 2 minggu (matang) atau 3 minggu (pra-matang)1.
Apabila bayi mengalami prolonged jaundice, kulit atau mata putih bayi akan menjadi kekuningan secara tidak langsung pasti cetus kebimbangan kepada ibu bapa.
Faktor-faktor prolonged jaundice berlaku pada bayi

- Susu ibu (breast milk jaundice): Bacaan kuning bayi tinggi yang berpanjangan ini tidak berbahaya pada bayi selagi ibu tidak mengambil ubat-ubatan tradisional. Bayi selalunya aktif, berat badan meningkat dan najis berwarna kuning.
- Penyekatan aliran hempedu daripada hati ke usus yang akhirnya menyebabkan najis yang pucat dan air kencing yang pekat (Biliary Atresia). Bagaimanapun, kes ini jarang terjadi.
- Kekurangan hormon tiroid (congenital hypothyroidism): Kes ini sangat jarang, satu daripada 4000 kelahiran. Melalui program saringan kebangsaan, semua bayi yang lahir akan dilakukan pemeriksaan saringan menggunakan darah tali pusat2.
Berapakah tempoh yang dianggap prolonged jaundice?
Bagi bayi yang dilahirkan 37 minggu dan ke atas dan bacaan kuning masih melebihi 5mg/dl selepas 14 hari bayi tersebut mengalami prolonged jaundice manakala bagi bayi pra-matang, bacaan kuning melebihi 5mg/dl selepas 21 hari dikira bayi tersebut mengalami Prolonged Jaundice.
Prolonged jaundice yang berpanjangan biasanya tidaklah bahaya, tetapi boleh menyebabkan terjadinya masalah hati yang serius.
Siapakah yang sering mendapat prolonged jaundice?
Ini antara bayi yang lebih mudah mendapat penyakit ini:
- Bayi pramatang
- Bayi yang mengalami infeksi
- Bayi yang kekurangan G6PD
- Bayi yang tidak mempunyai kumpulan darah sama dengan ibunya
- Ibu mempunyai masalah Rhesus Negatif (RH-Ve)
- Ibu dari kumpulan darah O
Simptom bayi prolonged jaundice
Sekiranya anda melihat bayi baru lahir anda menunjukkan simptom berikut, segera bawa ke pusat perubatan untuk rawatan selanjutnya:
- Kurang aktif, tidak sihat dan demam
- Kuning bayi tinggi sehingga ke paras pusat
- Enggan menyusu
- Sentiasa mengalami kekejangan
- Berterusan melebihi 14 hari
- Najis bayi menjadi pucat atau air kencing berwarna kuning
Mitos tentang kuning bayi yang ibu ayah tidak boleh percaya
- Memberi susu kambing
- Memberi air kepada bayi
- Memberi bayi jus anggur atau madu asli
- Pendedahan kepada cahaya matahari
- Menyapu herba tertentu pada kulit bayi
- Mengelakkan herba, halia dan kunyit yang terkandung dalam makanan ibu
- Berhenti menyusu badan sehari ke dua hari untuk mengurangkan jaundis bayi
Pilihan rawatan prolonged jaundice
Kalau ibu dan ayah hendak tahu, sebenarnya cara paling mudah untuk turun bacaan jaundis bayi dengan cepat ialah beri bayi penyusuan yang berterusan supaya kerap untuk membuang. Ini adalah fakta yang diperakui oleh pakai kesihatan sendiri.
Untuk pengetahuan ibu, bilirubin dalam darah bayi akan diproses melalui hati dikeluarkan melalui najis kencing dan berak. Jadi, bayi perlu kerap menyusu supaya lebih kerap kencing dan berak.
Terdapat dua jenis rawatan untuk bayi jaundis iaitu:
#1. Rawatan fototerapi

Fototerapi bertujuan untuk meningkatkan pembuangan bilirubin daripada darah. Ia juga merupakan pendedahan tubuh badan dengan cahaya panjang gelombang yang tertentu3.
Bacaan kuning bayi tinggi biasanya akan diletakkan di bawah sinaran komponen cahaya biru tertentu sehingga indirect bilirubin akan ditukarkan kepada bahan yang tidak bahaya.
Diingatkan supaya jangan biarkan bayi anda pada cahaya matahari pagi secara terus kerana membahayakan bayi anda.
#2. Pertukaran darah
Jika kadar bilirubin dalam darah bayi terlalu tinggi, rawatan terakhir adalah pertukaran darah perlu dilakukan. Rawatan ini adalah cara yang terakhir jika bayi masih mengalami bacaan kuning tinggi yang berpanjangan4.
Kalau dibiarkan ia akan menyebabkan kerosakan pada otak bayi.
6 petua-petua orang dulu ibu hamil boleh cuba untuk elak anak jaundis
Ini antara beberapa petua para ibu boleh amalkan sepanjang tempoh kehamilan untuk mengurangkan risiko daripada bayi mendapat prolonged jaundice:
#1. Makan kurma ketika umur kandungan enam hingga sembilan bulan
Buah kurma mengandungi lebih banyak kalori dan karbohidrat. Buah kurma mengandungi vitamin, mineral dan serat yang dapat menjauhkan daripada penyakit berbahaya.
#2. Minum susu kambing sepanjang akhir trimester kehamilan
Susu kambing merupakan makanan sunnah. Makanan sunnah merupakan makanan yang diamalkan oleh Rasullullah. Sangat bagus jika ibu amalkan minum susu kambing semasa hamil terutama pada tempoh akhir kehamilan.
Susu kambing juga mengandungi potassium dan kalsium yang tinggi. Malah mengandungi sodium yang rendah dapat menstabilkan tekanan darah ketika hamil.
#3. Amalkan pengambilan suplemen vitamin B
Pengambilan suplemen seperti vitamin B sepanjang kehamilan amat bagus untuk ibu yang sedang hamil. Sebagai contoh vitamin B-9 dapat membantu mengurangkan risiko bayi mengalami kecacatan kelahiran termasuk spina bifida dan kecacatan tiub saraf5.
Malah pengambilan vitamin B juga membantu menghasilkan sel darah merah dan menambah tenaga pada ibu sepanjang kehamilan yang sekaligus dapat mencegah bayi yang lahir mengalami masalah demam kuning atau penyakit lain.
#4. Amalkan minum jus pegaga
Buat para ibu, jus pegaga diminum bertujuan untuk perbanyakkan susu ibu. Selain mengambil vitamin sebagai makanan tambahan ibu dinasihatkan untuk lebihkan pengambilan sayuran hijau seperti sawi, kangkung, bayam dan sayuran hijau yang lain.
#5. Elakkan minum kopi dan teh berlebihan
Bagi ibu yang merupakan seorang yang tegar kepada minuman kafein dinasihatkan supaya mengurangkan pengambilan ketika hamil. Para ibu perlu memastikan mengambilan kafein tidak melebihi 200 miligram (mg) setiap hari.
Gantikan minuman berkafein ini dengan jus buah-buahan atau minuman tanpa kafein. Kafein bukan sahaja terdapat di dalam kopi tetapi ada dalam makanan lain seperti teh, coklat dan minuman tenaga.
#6. Jangan ambil ubat-ubatan yang mengandungi herba
Dapatkan nasihat doktor yang sebelum para ibu mengambil ubat-ubatan terutama yang dijual di luar. Ubat sebarangan boleh mempengaruhi kesihatan bayi semasa dalam kandungan. Oleh itu, ibu hamil perlu lebih peka dan buat kajian lebih awal terhadap ubat yang mahu diambil. Jika anda tidak pasti, tanya kepada doktor, bukan rujuk pada teman-teman sahaja.
Bagaimana jaundis bayi baru lahir boleh dicegah?

Tidak ada cara untuk mencegah jaundis bayi baru lahir yang paling biasa. Kebanyakan kes berlaku kerana hati bayi tidak cukup matang untuk menyingkirkan bilirubin dalam aliran darah. Walau bagaimanapun, anda boleh mengurangkan risiko jaundis bayi anda dengan:
- Mendapat suntikan RHo-GAM jika jenis darah anda dikenal pasti sebagai Rh-negatif semasa kehamilan dan sekali lagi 72 jam selepas bersalin jika bayi anda Rh-positif
- Memberi minum susu kepada bayi anda sekurang-kurangnya lapan hingga 12 kali sehari, yang membantunya membuang air besar secara teratur dan mengeluarkan bilirubin daripada badannya.
Walaupun penting untuk memerhatikan simptom jaundis dan berbincang dengan pakar pediatrik anda dengan segera jika anda mengesyaki bayi anda mungkin menghidapnya, jaundis adalah keadaan yang boleh dirawat, terurus dan ringan yang mungkin akan hilang dalam masa beberapa minggu.
Semoga bermanfaat.
Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Bayi berisiko terkena penyakit kuning jika dilahirkan oleh ibu dengan darah jenis O?
Baca juga: Kulit Bayi Baru Lahir Sangat Sensitif, Elak Kerap Mandikan Anak Guna Sabun!
Baca juga: Suami Dibenarkan Teman Isteri Bersalin Dalam Fasa Endemik, Ini SOP Terkini Perlu Dipatuhi!
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!