Amalkan Makanan Ini Ketika Hamil Jika Ibu Ingin Bayi Lahir Dengan Rambut Lebat & Sihat!

Cara melebatkan rambut bayi sebenarnya tidak sukar. Paling efektif sekali kalau lumur minyak kelapa dara ataupun minyak zaitun!

Cara melebatkan rambut bayi boleh dimulakan sejurus bayi anda dicukur rambutnya selepas dilahirkan. Tidak dinafikan, bayi yang memiliki rambut lebat seringkali menjadi perhatian orang di sekelilingnya.

Bagi ibu yang sedang hamil, anda mungkin menginginkan bayi berambut sihat dan lebat. Jadi mulalah si ibu ini mencari cara melebatkan rambut bayi dalam setiap naskah buku dan carian Google.

Macam-macam pencarian akan keluar, apa cara melebatkan rambut bayi, apa minyak rambut baby, petua melebatkan rambut bayi, minyak lebatkan rambut, serum rambut, shampoo untuk rambut gugur, dan sebagainya.

Namun sebelum itu, para ibu perlulah sedar bahawa pertumbuhan rambut bayi di dalam rahim adalah salah satunya disebabkan oleh faktor genetik dan keturunan. Jadi janganlah terlalu risau, ya?

Cara Melebatkan Rambut: Mengapa Rambut Bayi Lambat Tumbuh?

cara melebatkan rambut

Ketika bayi masih berada di dalam kandungan, para ibu bapa pasti akan mulai tertanya-tanya bagaimanakah rupa anak dan bagaimana keadaannya, bukan? Masa itu, pasti akan terfikir sama ada rambut mereka akan lebat atau nipis.

Kebanyakan bayi yang mempunyai sewaktu lahir juga sebenarnya akan gugur juga kemudiannya, dan jangan bimbang, ia akan tumbuh kembali cuma cepat atau lambat sahaja.

Punca rambut bayi lambat tumbuh adalah disebabkan oleh hormon. Hormon memainkan peranan penting dalam merangsang pertumbuhan rambut bayi yang berada dalam kandungan.

Sewaktu bayi berada dalam kandungan, hormon yang dihasilkan adalah tinggi dan ianya membantu pertumbuhan rambut bayi.

Tetapi, sebaik sahaja apabila bayi dilahirkan, pertumbuhan rambut bayi juga mula lambat disebabkan kadar hormon berkurangan. Rambut bayi mula gugur dan ada juga yang botak sehinggalah bayi memasuki tahap perkembangan yang lain, kemudian rambut baru akan tumbuh menggantikan rambut lama.

Jadi, ibu ayah jangan bimbang ya! Ini sesuatu yang sangat normal. Sungguhpun begitu, ada beberapa cara untuk anda praktikkan atau lakukan untuk merangsang pertumbuhan rambut bayi anda.

Cara Melebatkan Rambut Bayi

Menurut New York Times, kajian mendapati pertumbuhan rambut bayi menjadi lebih baik sekiranya  ibu hamil dengan kadar estrogen tinggi kerana berupaya merangsang rambut dengan lebih banyak.

Selain itu, gaya pemakanan turut mempengaruhi bayi rambut lebat. Antara keperluan nutrisi yang diperlukan ialah:

  • Zat besi seperti bayam, kentang dan kacang merah.
  • Omega-3 seperti minyak ikan, ikan salmon dan kacang kenari.
  • Protein seperti telur, ikan, daging dan susu.
  • Pelbagai vitamin seperti gandum, buah dan sayur-sayuran.

Namun sebenarnya anda boleh mengamalkan gaya pemakanan sihat sejak bayi masih dalam kandungan. Antaranya ialah:

#1. Cara melebatkan rambut: Minyak zaitun

cara melebatkan rambut

Minyak zaitun atau olive oil mempunyai pelbagai manfaat untuk kesihatan tubuh ibu mengandung dan juga bayi dalam kandungan. Untuk 100 gram minyak zaitun memiliki sebanyak 884 kalori, vitamin A dan E serta lemak.

Menurut USDA, untuk satu sudu minyak zaitun bersamaan 14 gram mengandungi:

  • Kalori sebanyak 120
  • Jumlah lemak 14g 
  • Lemak tepu 2.2g
  • Lemak tidak tepu 1.8

Selain baik untuk perkembangan jantung dan otak, ia turut membantu meningkatkan pertumbuhan rambut bayi dalam kandungan.

#2. Cara Melebatkan Rambut: Kacang hijau

Ibu mungkin pernah mendengar bahawa pengambilan kacang hijau semasa hamil antara cara melebatkan rambut bayi dalam kandungan. Selain ia mudah diperoleh dan harganya sangat murah, kacang hijau adalah selamat untuk diamalkan kerana rendah kalori, tinggi zat besi dan fitoestrogen.

Bukan itu sahaja, ia dikatakan dapat membantu melegakan masalah loya dan pening sepanjang tempoh kehamilan.

#3. Cara Melebatkan Rambut: Buah pic

Tidak hanya kaya dangan fitoestrogen, buah pic turut mengandungi beberapa nutrien lain dalam membantu menggalakkan pertumbuhan rambut bayi. Biotin streoid dikatakan mampu menggalakkan kesihatan kulit kepala tanpa sebarang kesan sampingan.

#4. Cara Melebatkan Rambut: Mengamalkan roti gandum atau multigrain

Ketika membeli roti, ibu dinasihatkan untuk memilih jenis multigrain atau bijirin penuh kerana ia mempunyai zat lebih baik berbanding roti putih. Kebiasaannya untuk menghasilkan roti jenis ini memerlukan pelbagai jenis tepung seperti tepung gandum penuh, pelbagai guna dan tepung rai.

Ia menyediakan sumber kalsium optimum yang diperlukan oleh ibu hamil dan perkembangan janin dalam kandungan. Vitamin C yang terkandung juga dapat memperkuatkan lagi sistem imunisasi dan sekaligus membantu menggalakkan pertumbuhan rambut bayi.

#5. Cara Melebatkan Rambut: Minum air kelapa muda

Kebanyakan ibu hamil mengamalkan pengambilan air kelapa muda sehingga bayi selamat dilahirkan. Hal ini adalah untuk mendapatkan kulit bayi yang putih dan bersih.

Air kelapa berguna sebagai diuretik semula jadi untuk melancarkan sistem perkumuhan bagi membolehkan pembuangan air kencing lebih lancar dan bersih daripada sebarang bahan mengandungi toksin.

Bukan itu sahaja, amalan minum air kelapa muda secara teratur ketika hamil dapat menggalakkan pertumbuhan rambut bayi.

#6. Cara Melebatkan Rambut: Buah avokado

Buah avokado tidak hanya memberikan khasiat kepada bayi, tetapi kesihatan ibu juga. Ia mengandungi banyak vitamin B dan E yang penting untuk kesihatan rambut. Hal ini sekaligus dapat membantu melebatkan rambut bayi sejak dalam kandungan.

#7. Cara Melebatkan Rambut: Telur

Telur adalah sumber protein yang terbaik. Setiap bakal ibu disarankan untuk mengambil telur setiap hari untuk menyokong kehamilan yang sihat.

Antara manfaat lainnya ialah telur membantu menggalakkan pertumbuhan rambut bagi bayi yang belum lahir. Oleh itu, ibu boleh menambahkan telur semasa sarapan unuk mendapatkan bekalan nutrisi baik seperti zat besi, zink dan lain-lain.

Justeru, pemakanan yang sihat dapat membantu anda mendapatkan bayi comel dengan rambut yang lebat. Kebiasaannya, rambut bayi akan tumbuh dengan sendirinya setelah usia kehamilan anda memasuki minggu ke-14 sehingga ke-15.

Cara Melebatkan Rambut: Punca Rambut Bayi Gugur

cara melebatkan rambut

Berikut merupakan beberapa kemungkinan yang boleh menjadi penyebab kepada keguguran rambut bayi.

#1. Geseran Yang Berterusan

Bayi sememangnya banyak menghabiskan masa mereka dengan berbaring sehinggalah mereka boleh duduk. Ia adalah normal bagi kepala mereka untuk bersentuhan dengan permukaan luaran. Hubungan yang berulang boleh membawa kepada geseran, jika cukup terus pula boleh menyebabkan keguguran rambut.

Jenis kehilangan rambut seperti geseran alopecia ataupun tekanan alopecia boleh berlaku sehingga menyebabkan bayi anda botak. Dalam kes seperti ini, keguguran rambut kebiasannya akan terhenti sebaik sahaja bayi anda mulai duduk dan menghabiskan lebih banyak masa dalam posisi duduk daripada berbaring.

#2. Jangkitan Kulit Kepala Bayi.

Keadaan seperti jangkitan kulit kepala termasuk jangkitan kurap juga boleh menyebabkan keguguran rambut dalam kalangan si kecil. Kurap boleh menimbulkan tompokan bulat pada kulit kepala bayi dan memberikan kesan seolah-olah kepala mereka botak.

#3. Alahan.

Reaksi alahan terhadap sebarang bentuk boleh mengakibatkan keguguran rambut dalam kalangan bayi. Bayi mungkin juga alah dengan minyak urut yang disapu pada kulit mereka. Keadaan alahan seperti ekzema juga boleh menyebabkan keguguran rambut.

#4. Bayi Berulang-ulang Tarik Rambut Sendiri.

Akan ada juga keadaan di mana bayi anda cenderung untuk bermain dengan rambut mereka sehingga menarik rambut dengan berulang-ulang kali. Keadaan psikologi seperti trichotillomania – di mana individu terjejas suka menarik rambut juga boleh menjadi salah satu penyebabnya.

Cara Melebatkan Rambut: Minyak Lebatkan Rambut

Umum kita ketahui bahawa minyak kelapa mempunyai banyak sangat manfaat dan khasiat. Salah satunya yang kita nak ketengahkan di sini adalah ianya kaya dengan Vitamin E yang sangat baik untuk rambut.

Ia penuh dengan antioksida dan membantu pengaliran darah pada kulit kepala. Kalau orang dewasa pakai pun boleh bawa manfaat yang mana ianya akan memberikan seri pada rambut. Tak adalah rambut nampak kusam, kan?

Anda boleh lumurkan minyak kelapa atau minyak zaitun pada kulit kepala anak anda. Lebih baik anda gunakan minyak kelapa asli dan bukannya minyak yang mengandungi bahan kimia.

Caranya mudah sahaja, ibu ayah hanya perlu urut kepala anak anda dengan perlahan-lahan dan biarkan selama 20 minit. Kemudian, bilas dengan air suam.

Petua-petua Lain Untuk Cara Melebatkan Rambut Bayi

  • Jangan ikat rambut anak dengan ketat
  • Sapu bawang putih yang dibakar, ambil jusnya sahaja
  • Sapu santan pada kulit kepala
  • Guna minyak buah keras

Semoga bermanfaat!

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Cara MELEBATKAN RAMBUT Bayi Dengan Cepat, Bolehlah Cuba Dan Lihat Hasilnya!

Baca juga: Rambut Bayi Lambat Tumbuh, Siap Ada Kesan Botak Di Tengah Kepala, Ini Tips Untuk Ibu Ayah

Baca juga: 9 Cara Tebalkan Rambut Anak Kecil Supaya Lebat Dan Cantik Semula Jadi!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!