Derita ibu 4 penyakit dan bayi hidap sakit jantung, betapa kuatnya ujian mereka...

lead image

Penyakit jantung ini boleh dikesan selepas bayi dilahirkan, kemudian doktor akan minta ibu bapa melakukan rawatan segera sebelum sebarang kemungkinan boleh terjadi

Tak siapa yang inginkan hidup yang susah dan serba kekurangan. Namun itulah ujian yang harus digalas keluarga lima beranak ini. Mereka bakal diusir keluar dari rumah sewa manakala bayi sakit jantung kerana dilahirkan pramatang sejak usia kandungan tujuh bulan. 

Tidak cukup dengan penderitaan bayi sakit jantung, keluarga kecil ini juga diuji apabila si ibu, Nuryusma Ayob, 30 menghidap empat jenis penyakit dan suaminya, Muhammad Fashan Johari, 34 telah dibuang kerja sebelum Syawal yang lalu.

Bayi sakit jantung, ayah pula dibuang kerja 

Menurut laporan Mstar Online, keluarga kecil ini sedih dengan apa yang menimpa mereka terutama apabila melihat bayi sakit jantung mereka yang baru berusia dua bulan, diberi nama Nur Aisy Arsylia. 

Menurut keluarga ini, mereka ada terfikir untuk berpindah ke rumah pusaka yang terletak di Kuala Kangsar akibat tak mampu bayar rumah sewa di Sentul.

bayi1 Derita ibu 4 penyakit dan bayi hidap sakit jantung, betapa kuatnya ujian mereka...

Kredit: Mstar

Namun, niat mereka itu terpaksa ditunda kerana bayi sakit jantung mereka perlu dirawat di Hospital Kuala Lumpur kerana di Kuala Kangsar, tak ada doktor pakar yang boleh merawat kes tersebut. 

Apatah lagi si ibu tersebut menghidap empat penyakit iaitu buah pinggang, diabetes, radang otak dan masalah tulang belakang. 

Akibat selalu kerap cuti untuk menjaga bayi sakit jantung mereka, Fashan dibuang kerja kerana majikan tak boleh bertolak ansur lagi. Lantas dia terpaksa akur dengan keputusan itu. 

Keluarga bayi sakit jantung buntu cari jalan penyelesaian 

Menurut mereka lagi…

“Kini, saya dan suami sedang berfikir untuk selesaikan masalah ini dan mencari peluang pekerjaan.

Selain itu, kami kena fikir untuk cari rumah sewa lain yang lebih murah. Kami pernah mohon baitulmal, tapi tak berjaya. 

“Pernah juga rasa nak mati saja kerana banyak susahkan suami tapi mereka iaitu anak-anak dan suami sentiasa beri sokongan untuk teruskan hidup ini,” katanya lagi berkongsi kisah.

Pasangan ini berkahwin pada tahun 2007 dan dikurnikan tiga cahaya mata. Dua orang perempuan berusia lapan dan empat tahun. Selain Aisy, bayi sakit jantung itu. 

Simptom bayi sakit jantung 

detikHealth Derita ibu 4 penyakit dan bayi hidap sakit jantung, betapa kuatnya ujian mereka...

Kredit: Detik Health

  • Jantung berbunyi (murmur) 
  • Cyanosis (biru di wajah dan badan) 
  • Kesukaran untuk menyusu 
  • Nafas laju 
  • Kurang berat badan 
  • Pendarahan 

Rawatan moden yang boleh dilakukan jika bayi sakit jantung

ICP Capsule Derita ibu 4 penyakit dan bayi hidap sakit jantung, betapa kuatnya ujian mereka...

kredit: ICP Capsule

Sesetengah penyakit jantung ini harus menerima rawatan segera selepas dikenal pasti. Antara rawatan yang boleh dibuat seperti:

  • Katerer – Boleh dirawat dengan menggunakan teknik catheterization yang boleh dibaiki tanpa membuka dada dan jantung.
  • Pembedahan jantung – Jika doktor sedikit sukar menggunakan katerer jika kes serius, doktor perlu melakukan pembedahan untuk cuba memperbaiki kecacatan jantung anak dan memerlukan jangkan masa panjang untuk pulih. 
  • Pemindahan jantung – Jika kes serius doktor perlu melakukan pembedahan pemindahan jantung. 
  • Ubat-ubatan – Jika masalah jantung anak anda tidak serius, ubat-ubatan boleh membantu jantung untuk bekerja dengan lebih baik. 

Info perlu tahu: Bagi masalah sakit jantung berlubang seperti kes adik Aisy ini, prosedur cardio cathetherization atau kaedah belon (keyhole) boleh dilakukan. Kos prosidur juga lebih murah berbanding pembedahan terbuka yang menelan belanja lebih mahal. 

Untuk anda yang ingin meringankan beban keluarga ini, anda bolehlah menyalurkan bantuan di akaun Maybank atas nama Nuryusma Ayob 15709115075 atau terus hubungi mereka di talian 011-61182360 atau Fashan (019-3536033).

Kongsikan di laman Facebook anda! 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Kredit gambar: Merdeka.com 

Kredit: Mstar.comBorneo tasly

Baca juga

Doktor cuai tersalah bagi ubat suntikan, jantung bayi ini terhenti dan hampir lemas!