Nyaring Tangisan Bayi Bila Sakit Perut, Ibu Ayah Harus Peka Dengan Simptom & Cara Merawatnya

undefined

Ibu mana yang tak risau bila bayi sakit perut. Namun ibu harus lebih peka terhadap beberapa keadaan ini supaya tahu cara rawatan yang betul.

Bayi sakit perut mungkin disebabkan oleh pelbagai punca. Malah, sebahagiannya mungkin boleh hilang dengan sendiri manakala yang lain pula mungkin memerlukan rawatan dan perubatan.

Walaubagaimanapun, ibu dan ayah tak perlu risau lebih-lebih kerana kesakitan tersebut boleh dirawat dengan cara yang betul.

Apakah yang menyebabkan bayi sakit perut?

#1. Jangkitan perut atau usus

bayi sakit perut

Sejumlah bakteria dan virus mungkin boleh menyebabkan sakit perut dan ini sebabnya:

– Rotavirus: Ia adalah penyebab utama gastroenteritis usus pada bayi. Jangkitan virus ini boleh menyebabkan sakit perut akut bersama cirit birit dan muntah. Selain boleh mengakibatkan dehidrasi yang teruk dan si kecil akan mengalami keletihan sepanjang masa.

– Salmonella: Ini adalah sejenis bakteria yang menjangkiti perut dan usus, yang akhirnya menyebabkan sakit perut.

– Streptococcus: Bakteria ini juga boleh menyebabkan sakit perut pada bayi melalui hubungan rapat dengan orang yang dijangkiti.

#2. Kolik

Penyakit kolik yang berulang kepada bayi boleh menyebabkan otot usus tiba-tiba rasa tidak selesa lalu menyebabkan sakit perut.

#3. Alahan terhadap makanan

Alergi makanan berlaku apabila sistem kekebalan tubuh bertindak balas dengan lebihan protein luaran lalu menyerang sistem imun. Ia sekaligus menyebabkan makanan tidak dapat mencerna sebatian makanan tertentu lantas menyebabkan ketidakselesaan pada perut.

#4. Radang usus

Keradangan pada apendiks juga boleh menyebabkan bayi sakit perut yang rasa tajam di sudut kanan bawah perut. Gejala radang usus ini biasanya dikaitkan dengan demam dan muntah. Rasa sakit biasanya sangat kuat hingga bayi menangis tanpa henti.

#5. Hernia

Bayi berisiko mendapat dua jenis hernia iaitu inguinal dan umbilik. Hernia inguinal berlaku apabila usus tergelincir ke saluran inguinal yang menyebabkan pembengkakan di sekitar pangkal paha. Sementara, hernia umbilik pula berlaku apabila dinding perut, mengalami kerosakan dan bahagian kecil usus meluncur keluar.

#6. Jangkitan saluran kencing

Nyaring Tangisan Bayi Bila Sakit Perut, Ibu Ayah Harus Peka Dengan Simptom & Cara Merawatnya

Jangkitan saluran kencing UTI boleh menyerang seawal 12 bulan atau lebih awal. Tanda-tanda keadaannya adalah sakit di bahagian bawah perut dan rasa tidak selesa semasa membuang air kecil.

Selain itu, ia juga boleh berlaku kerana tidak menjaga kebersihan bayi seperti lewat menukar lampin yang kotor dan kawasan pangkal paha yang tidak dibersihkan.

#7. Sembelit

Sembelit pada bayi yang berumur kurang dari 12 bulan adalah normol kerana najis mereka mengeras.

Disebabkan tidak membuang najis maka perut mereka akan mengalami kembung lalu menyebabkan sakit dan kekejangan.

#8. Kesakitan berlebihan dan rasa lapar

Makan berlebihan dan kelaparan terlalu lama boleh menyebabkan sakit perut. Ini kerana, tubuh bayi yang sedang berkembang tidak dapat bertahan lama.

Malah, makan berlebihan lebih kerap berlaku pada bayi yang diberi susu botol daripada bayi yang diberi susu ibu kerana puting botol memberikan susu yang berterusan.

Ini juga boleh berlaku pada bayi yang menyusu di mana ibu menghasilkan susu berlebihan sehingga menyebabkan laktosa berlebihan.

Bila patut berjumpa doktor?

– Sakit perut disertai dengan najis berdarah atau muntah secara tiba-tiba. Ini merupakan masalah yang teruk dan anda harus membawanya segera berjumpa doktor.

– Cirit birit atau demam tinggi. Ini disebabkan jangkitan kerana ia diselang selikan dengan cirit birit. Sekiranya ini adalah jangkitan akut maka ia boleh menyebabkan demam tinggi dan bayi perlu diberi rawatan dengan segera.

– Menganggu waktu makan dan tidur. Perut yang sakit tentunya akan menganggu waktu tidur dan makan bayi hingga dia boleh mengalami penurunan berat badan yang ketara.

– Perut yang bengkak juga petunjuk adanya jangkitan, kecederaan atau sebab-sebab lain.

Gejala sakit perut pada bayi

Nyaring Tangisan Bayi Bila Sakit Perut, Ibu Ayah Harus Peka Dengan Simptom & Cara Merawatnya

– Tiada selera makan atau kurang menyusu tidak seperti selalu
– Menggosokkan tangan mereka ke perut seterusnya menunjukkan ekspresi yang menyakitkan dan menangis.
– Melipat kaki selepas menyusu atau beberapa jam kemudian. Setiap kali bayi melakukan itu, dia akan merengek atau menangis untuk menahan sakit.
– Sakit ketika disentuh pada bahagian perut. Otot perut juga kelihatan tegang dan ketika disentuh pada perut bayi menangis tak selesa.
– Menangis dengan nada yang tinggi dari biasa.

Rawatan yang boleh diberikan

– Memberikan ubat sapu yang selamat untuk mengurut perut si kecil anda.
– Mengurut perut bayi dengan betul lalu mengurangkan kesakitan yang dialami. Kadang-kadang bila bayi selesa diurut, mereka boleh tertidur dan berehat seketika.
– Boleh mencuba menggerakkan kaki bayi dengan gerakan mengayuh basikal
– Sendawa selepas memberi susu ibu pada bayi.

Semoga bermanfaat.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber : Mom Junction 

Baca juga 

https://my.theasianparent.comanak-sakit-tanda-tanda

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!