Adakah normal jika bayi saya selalu sedu? Apa saya boleh buat?

lead image

Walaupun bunyinya comel, tapi normal ke jika bayi selalu sedu dan perlukah ibu bapa rasa bimbang? Apa yang kita boleh buat untuk melegakan sedu pada anak?

Apa yang menyebabkan bayi selalu sedu?

Apabila bayi selalu sedu, bunyinya macam comel saja, bukan? Tapi kalau dia asyik sedu dan dalam masa yang lama, kesian juga kita melihat keadaannya.

Sedu adalah kekejangan secara spontan pada diafragma di pangkal paru-paru yang membantu pernafasan. Bunyi “hic” yang kita dengar apabila anak sedu itu adalah akibat pengecutan pita vocal suara yang cepat dengan setiap kekejangan.

Antara sebab-sebab mengapa bayi selalu sedu adalah kerana:

1. Menelan udara

bayi selalu sedu

Bayi selalu sedu apabila mereka tertelan udara

Salah satu sebab mengapa bayi selalu sedu adalah apabila dia tertelan udara. Bayi pasti akan tertelan udara apabila menyusu dari susu ibu mahupun botol susu dan ini boleh menyebabkan bayi anda tersedu.

Jika si manja terlalu lapar atau letih, dia pasti akan menangis dan akibatnya si manja akan menelan lebih banyak udara.

2. Perut kenyang

bayi selalu sedu

Bayi selalu sedu apabila terlalu kenyang

Bayi anda juga mempunyai perut dan badan yang sangat kecil.

Apabila bayi anda terlalu kenyang, perutnya mungkin akan membesar dengan terlalu cepat dan hal ini mengakibatkan diafragma di pangkal paru-parunya tertolak sehingga menyebabkan bayi sering tersedu.

3. Makanan pedas

Bayi selalu sedu jika ibunya menyusu dan suka makanan yang pedas

Bayi selalu sedu jika ibunya menyusu dan suka makanan yang pedas

Sudah tentu bayi anda tidak akan menikmati sup tom yum sedap dan pedas! Tapi jika anda yang suka makanan pedas dan anda seorang ibu menyusu, ia boleh menyebabkan bayi selalu sedu.

Ini kerana apa yang dimakan oleh ibu boleh masuk ke dalam susu ibu. Apabila bayi minum susu ibu selepas ibu makan makanan yang pedas, bayi mungkin akan sedu.

Apa ibu bapa boleh buat untuk tolong bayi selalu sedu?

Bayi biasanya akan berhenti sedu selepas beberapa minit, tetapi di bawah ada beberapa cara untuk memberhentikan sedu.

Tapi ingat, tidak semua petua ini sesuai untuk bayi kecil.

  • Jika bayi selalu sedu, berikan sedikit susu, sama ada dengan menyusu atau dari botol. Apabila mereka telan, ini boleh membantu diafragma bayi kembali normal.
  • Beri bayi anda puting kosong
  • Dukung dan dodoi bayi untuk menenangkannya
  • Gosok belakang bayi dengan perlahan 
  • Sendawakan bayi anda untuk mengeluarkan angin dalam perut
  • Menyusukan anak sebelum dia menjadi terlalu lapar untuk mengelak dia dari menangis terlalu lama.

Jangan buat perkara ini:

bayi selalu sedu

Kredit: Baby Center

  • Jangan picit hidung anak untuk menahan pernafasannya, kerana ini boleh memudaratkan bayi dan menyebabkan lemas.
  • Jangan beri bayi anda air kerana terlalu banyak air boleh memudaratkan bayi di bawah 6 bulan.
  • Pastikan mulut dan hidung bayi tidak ditutup untuk mengurangkan oksigen ketika bernafas ke dalam beg kertas. 
  • Jangan ingat bayi selalu sedu boleh diberi makanan seperti peppermint, lemon, cuka, mentega kacang atau jus jeruk kerana ini boleh menjejaskan sistem pencernaannya
  • Jangan cuba kejutkan bayi anda untuk menghentikan sedunya.

Sebagai ibu bapa baru, anda cuma perlu bersabar dan cuba tenangkan bayi anda sehingga dia berhenti sedu. Ia mungkin nampak tidak selesa tetapi ia sebenarnya tidak membahayakan.

Perlukah ibu bapa bimbang kalau bayi selalu sedu?

Sedu biasanya akan hilang sendiri selepas beberapa minit. Tetapi jika bayi anda sedu sehingga beberapa jam, baik ibu bapa dapatkan nasihat doktor.

Walaupun doktor mungkin memberi diagnosis yang tidak berbahaya seperti sakit tekak atau ada sesuatu yang menyentuh gegendang telinga bayi anda, sedu yang lama juga mungkin tanda isu kesihatan lain seperti di bawah:

  • Gastroesophageal Reflux (GERD)
  • Tumor atau sista di kerongkong
  • Masalah buah pinggang
  • Masalah kencing manis
  • Pneumonia

Ambil perhatian perubahan lain pada tingkah laku bayi anda, contohnya ketika menyusu, tabiat tidur dan bila masanya bayi anda selalu mula merengek – maklumat ini boleh membantu doktor memberi diagnosis serta rawatan yang lebih tepat.

 

 

 

 

 

 

 

Artikel ini diterbitkan semula dari theAsianparent Singapore.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

Tips Untuk Menyendawakan Bayi Selepas Minum Susu

 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!