theAsianparent Logo

Bakal bayi Siti Nurhaliza tiada 'baby shower' tapi ada lagu sendiri!

Bayi Siti Nurhaliza akan dilahirkan bulan Mac kelak, yay! Kata Siti, bayi itu takkan disambut dengan baby shower, tapi sudah ada lagu sendiri, wow!

Wah, bertuah sungguh bakal bayi Siti Nurhaliza ini. Kami pasti baby girl tersebut akan ditatang seperti minyak yang penuh oleh kedua-dua ibu bapanya.

Tempoh hari, Datuk Seri Siti Nurhaliza telah menjelaskan yang beliau tidak berniat untuk merancang sebarang “baby shower” atau sambutan kelahiran selepas beliau bakal bersalin kelak.

Bayi Siti Nurhaliza itu dijangka akan dilahirkan pada bulan Mac. Alahai, cepatnya! Bulan depan saja kita akan dapat melihat bayi comel Datuk Siti!

Bayi Siti Nurhaliza tiada ‘baby shower’ tapi ada lagu sendiri!

Datuk Siti menjelaskan, sebelum ini, beliau dan suaminya – Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa telah mengadakan majlis doa selamat buat bayi mereka.

bayi Siti Nurhaliza, baby Siti Nurhaliza, Siti Nurhaliza hamil, Siti Nurhaliza mengandung, anak Siti Nurhaliza

Kredit: asiaone.com

Dalam majlis itu pun segala sahabat handai, saudara mara dan beberapa pelajar tahfiz telah dijemput. Maka, tiada lagi perancangan untuk melakukan baby shower pula.

Penyanyi kesayangan ramai itu menambah, beliau sedang berehat dan menyimpan tenaga sekarang untuk kembali ke industri muzik semula selepas bersalin.

Saya akan berpantang selama 44 hari, tapi saya juga akan melakukan latihan vokal,” jelas Datuk Siti di majlis keraian kelab peminat Sitizoner di Kompleks Metro Pudu tempoh hari.

Bayi Siti Nurhaliza dihadiahkan dengan 3 melodi

Penyanyi ini juga dilaporkan telah memiliki 3 melodi yang bakal dipilih untuk dijadikan sebuah lagu istimewa buat bayi perempuannya. 

Siti berkata, beliau mendapat idea untuk mencipta lagu tersebut sebagai hadiah untuk zuriat pertamanya. 

Idea datang dalam bilik mandi. Ketika itu saya tengah menyanyi-nyanyi. Saya terfikir, apa salahnya kalau saya buat lagu istimewa untuk bayi ini nanti?” ujar Datuk Siti Nurhaliza sambil ketawa.

Bayi Siti Nurhaliza baby girl atau baby boy?

bayi Siti Nurhaliza, baby Siti Nurhaliza, Siti Nurhaliza hamil, Siti Nurhaliza mengandung, anak Siti Nurhaliza

Kredit: medan.tribunnews.com

Berdasarkan perkongsian imej imbasan ultra dari Datuk Siti Nurhaliza, kelihatan bayi yang dikandung oleh artis terkenal ini merupakan baby girl, yay!

Agak-agak apa namanya nanti ya?

Siti menjelaskan, nama untuk bayi tersebut mungkin akan bermula dengan “Siti” juga jika merupakan baby girl. Namun, jika baby boy, namanya akan bermula dengan huruf A.

Baby shower itu apa?

Baby shower adalah satu majlis yang dilangsungkan untuk meraikan bayi yang bakal lahir. Dalam majlis baby shower itu, bakal bayi akan dihadiahkan dengan pelbagai hadiah.

Malah, ibu mengandung juga akan dirai kerana tranformasi beliau sebagai seorang wanita kepada seorang ibu.

Biasanya, majlis baby shower akan dianjurkan oleh orang terdekat atau ahli keluarga ibu mengandung. 

Kalau anda teringin nak mengadakan baby shower, ikut beberapa etika dan perancangan yang harus kalian buat. Ini supaya majlis tersebut tidak hanya tertumpu pada ibu mengandung, namun selesa untuk bayi dan tetamu.

Kami di theAsianparent Malaysia tidak sabar untuk menanti kehadiran bakal bayi Siti Nurhaliza ini. Semoga Datuk Siti menjalani proses bersalin yang berjalan lancar.

Amin.

 

 

Sumber rujukan: Asia One, MStar

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

Siti Nurhaliza Tak Kisah Makin Berisi Dan Bakal Buka Pusat Rawatan Kesuburan