Bayi Susah Tidur? Di Sini Ada Penyelesaian Semudah ABC Untuk Semua Ibu Bapa!

Susah untuk tidurkan si kecil anda? Jangan risau lagi. Kami ada penyelesaian untuk tidurkan bayi anda... semudah ABC saja! Tak percaya? Mari tengok...

Semua ibu bapa ingin si kecil mereka mendapat waktu tidur yang konsisten lagi mencukupi. Tapi, sukar bukan? Anda sebagai ibu bapa yang terpaksa berkorban (ya berkorban lagi) demi menjaga si kecil kini yang kerap bangun dan sukar untuk tidur semula.

Oleh sebab itu kami di Asianparent ingin berkongsi jalan penyelesaian semudah ABC ini! Kami faham anda dan si kecil harus mendapatkan tidur yang menncukupi. Dirujuk daripada laman web Parenting. mari tengok apa penyelesaian yang mudah sangat ini...

1. [A] untuk Avoid Eye Contact

Perkara terakhir yang anda tidak patut buat sebelum menidurkan bayi adalah "mengagah" dan meransang si kecil anda. Jadi, cuba elak daripada bertembung mata walaupun ketika ingin menidurkan atau cuba menenangkan si kecil untuk tidur balik.

2. [B] untuk Bathtime

Air yang suam dan sentuhan yang lembut dari seorang ibu mampu memberi nikmat santai pada sesiapa saja. Si kecil pasti menikmati saat ini.

3. [C] untuk Co-sleeping

Kanak-kanak yang tidur sekali dengan ibu bapa akan membesar dengan keyakinan diri yang lebih tinggi dan kurang bimbang. Tapi jangan berkongsi katil. Cuba letak katil bayi di sebelah katil anda.

4. [D] untuk Dreamfeed

Dreemfeed adalah usaha memberi makan pada si kecil ketika waktu malam sebelum atau semasa dia ingin tidur. Kajian mendapati memberi makanan lebih kepada mereka boleh meningkatkan jumlah tidurnya.

5. [E] untuk Empty the Crib

Tak payah letak sebarang permainan dalam katil itu. Mereka berisiko untuk lemas dan tercekik.

6. [F] untuk Fragrance 

Hidung si kecil boleh dibuai dengan kesyahduan bau-bauan yang mampu buat mereka tertidur. Selalunya, ibu bapa akan menggunakan minyak lavender semulajadi. Tapi si kecil yang berusia 6 bulan ke bawah tidak digalakkan berada dekat dengan wangian. Jadi, anda boleh saja pilih pencuci pakaian dengan wangian semulajadi.

7. [G] untuk GERD

Penyakit refluks gastroesophageal (GERD) adalah salah satu punca si kecil sukar untuk tidur. Ia disebabkan oleh otot yang tidak berfungsi, lalu esofagus memenuhi perut. Antara simptom yang anda harus peka ialah - meludah, meragam, berdehit, tercekik dan sukar untuk makan. Dapatkan rawatan doktor dengan segera!

8. [H] untuk Hands-on

Cuba anda belai, letakkan tangan di atas perut atau kepala si kecil untuk memberi keselesaan dan ketenangan padanya.

9. [I] untuk Ideal Bedtime

Waktu tidur yang paling sesuai adalah sepanjang 6.30 hingga 7 malam. Kalau si kecil tidur lebih awal, tidak bermaksud dia akan bangun awal.

10. [J] untuk Jammies

Cuba guna baju tidur dari kain kapas, seperti jammies. Selalunya, si kecil sensitif dengan fabrik sintetik, jadi mereka sukar untuk tertidur!

11. [K] untuk Kipas

Kalau panas, macam mana si kecil nak lelap, kan? Menurut The American Academy of Pediatrics, suhu bilik paling sesuai untuk bayi tidur adalah antara 65 hingga 70 degree.

12. [L] untuk Lampu

Jangan lupa untuk padamkan lampu, ibu bapa semua!

13. [M] untuk Massage

Bayi yang diurut selama 15 minit sebelum tidur akan terlelap dengan lebih cepat.

14. [N] untuk Naps

Naps adalah tidur sebentar. Jangan halang si kecil daripada tidur sebentar kerana risau dia tidak boleh tidur malam nanti!

15. [O] untuk Overnight Diaper

Lampin basah boleh menyebabkan ruam dan ketidakselesaan. Jika lampin si kecil kerap basah ketika malam, cuba guna lampin overnight.

16. [P] untuk Puting!

Tapi jangan lupa untuk cabut puting bila si kecil sudah tertidur! Nanti dia tak akan terbangun sebab puting jatuh.

17. [Q] untuk Quirky Fixes

Takpa, apa pun cara yang anda cuba, kami takkan hukum. Janji semuanya selamat!

18. [R] untuk Rutin

Bina rutin tidur agar si kecil faham sudah tiba masa untuk tidur. Kunci kejayaan: Konsisten.

19. [S] untuk Swaddling

Bendung, ya! Si kecil akan tertidur dengan lebih selesa jika dibalut dengan bendung. Ia umpama mereka berada dalam rahim.

20. [T] untuk Telling a Story

Mungkin si kecil masih belum faham, tapi suara yang menenangkan dari anda boleh merangsang mereka untuk tertidur.

21. [U] untuk Understanding Cues

Tak payah tunggu dia menangis, cuba tengok tanda-tanda si kecil sudah mengantuk. Dia kerap menggosok matanya atau menguap.

22. [V] untuk Voice

Suara anda lah! Suara siapa lagi... Si kecil sudah biasa dengan suara ibu mereka sejak dalam kandungan, tahu?

23. [W] untuk White Noise

Bayi tidak biasa dengan "kesunyian". Dalam kandungan anda dulu, dia akan dengar bunyi degupan jantung atau bunyi perut. Jadi, cuba buka white noise seperti bunyi mesin dan kipas untuk memberi keselesaan padanya.

24. [X] untuk XOXO

Cium dan peluk si kecil anda itu!

25. [Y] untuk You Are My Sunshine

Cuba menyanyi padanya. Nyanyian boleh membantu si kecil bertenang.

26. [Z] untuk Zzzz

Bunyi apa itu? Bunyi si kecil telah tidur! Sekarang duduk diam-diam ya.

 

Semoga perkongsian ini menghiburkan!

Sumber rujukan: Parenting