Bila Bayi Anda Takut Dengan Bunyi Kuat, Adakah Normal?

undefined

Bayi anda takut dengan bunyi kuat dan asyik terkejut? Mengapa agaknya ia berlaku? Jom baca mengenai ketakutan bayi dan cara ibu bapa mengatasinya disini.

Anak berasa terkejut dan takut bila dengar bunyi kuat?

Adakah ini yang berlaku kepada anak anda? Takut bila dengar bunyi kuat? Sama ada bunyi kilat, guruh sambar menyambar, bunyi blender sampaikan bunyi vaccum sekali pun sampai menangis-menangis dan melalak. Adakah anak anda menangis teruk apabila terdengar bunyi mercun atau bunyi kuat? Reaksi pertama mesti ada sangkakan yang anak anda terkejut. 

Untuk pengetahuan ibu bapa, bayi dilahirkan dengan refleks moro. Perasan tak bagaimana bayi kecil rasa terkejut? Tangannya dan kakinya merentang bila dengar bunyi kuat. Sebab itulah, ibu bapa perlu membendung anak mereka. 

Kenapa agaknya bayi mudah rasa takut ya? Kami akan kongsikan sesuatu yang menarik untuk anda kali ini.

Bayi memang takut bunyi kuat

takut

Kredit: Pexels

Perasaan takut atau ketakutan pada bunyi bising ini adalah merupakan sesuatu yang normal sewaktu anak anda kecil. Apabila bayi mula dilahirkan ke dunia, mereka tidak menyedari apa itu makna bahaya dan bagaimana sesuatu itu boleh menjadi sesuatu yang bahaya buat mereka. Jika anak anda merasa takut, ini bermaksud bahawa anak anda sedang mula untuk memahami apa yang berlaku di sekeliling mereka. 

Menjadi tanggung jawab ibu bapa untuk membantu anak mereka dalam menangani perasaan takut yang mereka alami. Walaupun, perkara ini adalah sesuatu yang biasa dialami bayi kecil tetapi jangan pandang enteng ya, ibu bapa!

Jangan risau! Semakin anak anda membesar, semakin kurang rasa takutnya pada bunyi selepas anak anda memahami bunyi tersebut. 

Bila bayi takut bunyi

takut, bayi takut bunyi kuat, takut in english

Kredit: Pexels

Untuk bayi yang baru lahir, ini adalah antara ketakutan yang mereka alami. Bunyi bising dan takut jatuh. Mengapa agaknya? Untuk bayi yang baru lahir, sistem saraf bayi masih belum matang sepenuhnya. Ini membuatkan bayi anda mudah terkejut kerana masih tidak memahami apa yang berlaku.

Bagi bayi yang memang takutkan bunyi bising, ia biasa berlaku apabila mereka masih kecil. Tetapi, apabila mereka kian membesar, mereka akan mula memahami dari mana bunyi itu datang dan punca bunyi tersebut. 

Walaupun begitu, mungkin juga anak anda sensitif terhadap bunyi-bunyi bising dan kuat dan mungkin menunjukkan reaksi yang berlebihan. Ataupun terdapat punca yang menyebabkan anak anda trauma apabila mendengar bunyi kuat ini. Apa-apa pun sebabnya, anda sebagai ibu bapa kenalah peka dan ambil tahu mengapa anak anda jadi takut bila terdengar bunyi bising.

Ibu bapa perlu mengetahui sama ada anak anda takut atau fobia pada sesuatu. 

Persoalannya di sini, apa anda nak buat bila anak anda terlalu takut dengan bunyi bising? Kami ingin kongsikan beberapa cara untuk ibu bapa membantu anak menangani ketakutan mereka.

Cara untuk membantu bayi anda yang berasa takut

takut, bayi takut bunyi kuat, takut in english

Kredit: Pexels

#1 Tanya soalan kepada anak anda

Ini adalah cara terbaik untuk anda membantu anak anda sebagai permulaan. Tanya kepada anak anda kepada anak anda takut bila anda bertanya kepada anak anda, ini menunjukkan bahawa anda prihatin dan cuba untuk memahami anak anda. Malah, ia juga mewujudkan pengalaman yang positif kepada anak anda bahawa perasaan takut ini adalah normal. Anda tanya sebab anda sayang. 

#2 Ajar anak anda bertenang

Bila anak anda takut atau terlampau takut, anak anda akan lebih resah dan gelisah. Anda boleh memainkan peranan anda dengan cuba ajar anak anda bertenang. Tepuk anak anda atau peluk anak anda. Katakan bahawa anda ada disisinya. Ajar anak anda juga teknik bertenang agar anak anda tidak cemas.

#3 Jangan perlekehkan atau paksa anak menghadapi ketakutannya

Walaupun bagi anda ketakutan yang anak anda alami adalah perkara biasa dan remeh bagi anda, tetapi tidak bagi anak anda sebenarnya. Jadi, jangan sesekali anda menganggap atau mengatakan kepada anak bahawa ketakutan ini bukan perkara besar. Jangan ambil mudah dengan paksa anak hadap kekuatannya. Jika anak anda tidak boleh dengar bunyi bising, jangan lagi paksa anak anda dengar bunyi tersebut. Ajarkan teknik untuk anak anda bertenang dan lakukan secara perlahan-lahan.

#4 Puji anak anda 

Jika anak anda cuba untuk melawan ketakutannya, itu adalah berita yang baik! Puji anak anda apabila anak anda boleh mula melawan ketakutannya. Baik apa sahaja perkembangannya dalam melawan ketakutannya, itu adalah perkara yang perlu anda puji dan ambil perhatian. Jangan sesekali memalukan anak dan menggunakan kata-kata yang membuatkan anak anda berkecil hati dan malu keranan mengalami ketakutan sebegitu.

#5 Jadikan bunyi yang anak anda takut sebagai sesuatu yang positif

Untuk cara ini, jika anda membacakan anak anda buku cerita. Anda boleh bercerita mengenai anak anda mengenai konteks bunyi tersebut. “Oh bunyi ini bunyi mercun”. Dan tunjukkan kepada anak anda gambar mercun dan buat bunyi sekali. Anda nak berlakon pun tak apa. Janji anak anda faham.

Sumber: Motherforlife

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca Juga: Anak Takut Basah,Takut Pegang Ais, Geli Pegang Pasir?Dia Mungkin Ada Masalah Sensori!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!