Bayi tercekik susu meninggal dunia

Bayi itu meninggal dunia dipercayai akibat tercekik susu di Kampung Sungai Pinang. Muhammad Adam Rayyan Shahrul Nizam berada di ruang tamu ketika insiden tersebut berlaku sekitar waktu tengah hari.

News Strait Times telah melaporkan kejadian yang berlaku di TUMPAT itu. Bayi lelaki yang berusia enam bulan itu merupakan anak kepada penyanyi dikir barat Kelantan yang terkenal, Rosalinda.

Bayi itu meninggal dunia dipercayai akibat tercekik susu di Kampung Sungai Pinang. Muhammad Adam Rayyan Shahrul Nizam berada di ruang tamu ketika insiden tersebut berlaku sekitar waktu tengah hari. Menurut abang Rosalinda, Syaiful Asyraf Mohd Alwi, 22, bayi tersebut dibiarkan seorang diri di ruang tamu kerana membuat kerja rumah di dapur.

“Kakak saya kembali ke ruang tamu beberapa minit kemudian dan menemukan anaknya yang sudah pucat.” “Dia merasakan ada sesuatu yang tidak kena lalu bergegas membawa anaknya ke Klinik Kesihatan Tendong namun bayinya itu telah dikatakan meninggal dunia semasa tiba,” kata Syaiful Asyraf Mohd Alwi ketika dijumpai di Kampung Tendong, Pasir Mas untuk pengebumian bayi itu.

Adam, merupakan adik bongsu daripada dua adik beradik, telah dikebumikan di tanah perkuburan kampung selepas waktu Maghrib.

Ia adalah normal untuk mendapati kita selalu memeriksa bayi kita bagi memastikan semuanya baik. Namun anda juga boleh mengambil langkah mudah ini untuk mengurangkan risiko kematian bayi secara tiba-tiba, SUDI (Sudden Unexpected Death in Infancy) termasuklah SIDS dan kemalangan maut ketika tidur.

Faktor terjadinya SUDI

Antara faktor yang membawa kepada SUDI ialah:
  • bayi tidur meniarap atau mengiring
  • bayi tidur di atas permukaan lembut (sofa, tilam, bantal, katil air)
  • kepala atau muka bayi tertutup dengan selimut
  • merokok semasa mengandung atau selepas bersalin

Langkah tidur yang selamat untuk mengurangkan risiko SUDI

 
1. Tidurkan  bayi secara menelentang
Ini adalah posisi paling selamat untuk bayi yang sihat. Tidur secara meniarap dan mengiring meningkatkan risiko SUDI dan SIDS. Sekiranya anda risau bayi anda mungkin tercekik dengan muntah, sebenarnya bayi sihat yang tidur menelentang lebih kurang cenderung untuk tercekik dengan muntahnya berbanding bayi yang tidur meniarap atau mengiring.
 
Bagi bayi yang sudah boleh berpusing (lebih kurang 4-6 bulan), tidurkan mereka menelentang namun jika dia berpusing, biarkan dia pada posisi yang dia selesa.

2. Pastikan kepala bayi tidak tertutup semasa mereka tidur

Letakkan bayi anda pada hujung katil bayi supaya kaki mereka dekat dengan hujung katil. Kemaskan selimut dan cadar supaya tidak terkeluar dan tertutup kepala bayi.

3. Elakkan merokok

Terdapat banyak bukti kukuh yang menunjukkan pendedahan perokok pasif (secondary smoker) boleh membahayakan bayi, dan merokok semasa mengandung dan selepas bersalin akan meningkatkkan  risiko SUDI termasuklah SIDS dan kemalangan maut semasa tidur. Walaupun anda merokok jauh dari bayi anda, kesan rokok pada baju dan badan masih lagi boleh membahayakan bayi anda.

4. Elakkan menggunakan barang terlampau banyak

Kurangkan bantal, selimut dan mainan di dalam katil bayi untuk mengurangkan risiko lemas.

5. Kongsi bilik

Tempatkan katil bayi anda di dalam bilik anda sekurang-kurangnya untuk 6-12 bulan yang pertama.

6. Susukan susu badan jika mampu

Menyusu badan boleh mengurangkan 50% risiko SUDI termasuk SIDS. Ibu bapa penjaga yang memberi minum melalui botol susu di minta mematuhi langkah keselamatan menyusukan bayi ketika tidur.

7. Elakkan bayi tidur di kerusi atau sofa

Bayi boleh tersangkut di celah sofa yang akan menyebabkan risiko punca kematian.

8. Pakaian

Elakkan pakaian yang terlampau nipis atau tebal.

safe_sleeping_1

safe_sleeping_2

safe_sleeping_3

Foto : ABC Parenting

 

Sebenarnya kenapa bayi boleh meninggal dunia secara tiba-tiba masih lagi tidak dapat dijelaskan. Namun kita boleh kurangkan risiko dengan langkah keselamatan yang telah dikongsikan.

Sumber:

raising childrenABC ParentingNHShealthychildren

 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!