"Boleh Ke Bayi Saya Tersedak Susu Semasa Dia Tidur?"

lead image

Ramai ibu bapa tertanya-tanya, boleh ke bayi tersedak muntah semasa tidur sejurus selepas mereka menyusu. Ketahui jawapannya dalam artikel ini.

Anda baru saja selesai menyusukan bayi dan sejurus selepas itu, belum sempat anda menyendawakannya, bayi terus tertidur kekenyangan. Dek risau, pasti anda tertanya-tanya “boleh ke bayi tersedak muntah semasa tidur?”

Jangan risau! Kami ada jawapan yang jelas tentang posisi tidur bayi yang boleh dielakkan agar kejadian anak tersedak susu/muntah yang tak diingini ini dari berlaku.

“Boleh ke bayi tersedak muntah semasa tidur?”

bayi tersedak muntah, bayi tersedak susu, bayi tercekik susu, bayi tercekik muntah, muntah bayi, bayi muntah, muntah susu, bayi tertidur selepas menyusu

Jawapannya, ia bergantung pada cara mereka tidur.

Bayi yang tidur terlentang mempunyai risiko yang rendah untuk tersedak muntah berbanding bayi yang tidur mengiring atau meniarap.

Malah, tidur terlentang juga dapat melindungi saluran udara bayi anda!

Bagi bayi yang tidur dalam posisi terlentang, saluran udara bahagian atas akan berada di atas esofagus. Esofagus adalah saluran makanan yang membolehkan makanan dari mulut turun ke perut.

Kebanyakan masa, bayi yang tidur meniarap juga boleh memusingkan kepala mereka dan melindungi saluran udara mereka jika mereka muntah. Mereka juga tak mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat masalah pernafasan atau penghadaman dibandingkan dengan bayi tidur meniarap.

Sebabnya, sukar untuk cecair bergerak melawan graviti dan masuk ke saluran pernafasan. Oleh itu, adalah lebih baik untuk anda biarkan bayi anda tidur terlentang untuk kurangkan risiko bayi tersedak muntah.

bayi tersedak muntah, bayi tersedak susu, bayi tercekik susu, bayi tercekik muntah, muntah bayi, bayi muntah, muntah susu, bayi tertidur selepas menyusu

Bayi tersedak muntah jika mereka tidur meniarap

bayi tersedak muntah, bayi tersedak susu, bayi tercekik susu, bayi tercekik muntah, muntah bayi, bayi muntah, muntah susu, bayi tertidur selepas menyusu

Jika bayi tidur dalam posisi meniarap, esofagus mereka akan berada pada atas saluran udara. Selain itu, bayi yang tidur dengan lena semasa meniarap akan jarang menelan.

Bayi yang muntah susu atau cecair lain boleh berisiko untuk mengumpul muntah ini pada saluran udara. Ini membuatkan mereka sukar untuk menghirup cecair masuk ke dalam paru-paru.

Ini juga sama dengan bayi yang tidur mengiring. Posisi ini akan meningkatkan risiko untuk menghirup cecair ke dalam saluran udara dan paru-paru.

bayi tersedak muntah, bayi tersedak susu, bayi tercekik susu, bayi tercekik muntah, muntah bayi, bayi muntah, muntah susu, bayi tertidur selepas menyusu

Jadi, apa yang anda perlu buat adalah memastikan bayi anda tidur dalam keadaan terlentang.

Bukan saja ia adalah posisi paling selamat, tapi ia juga boleh meminimakan risiko dari bayi tersedak muntah kerana mereka boleh menelan cecair dengan lebih baik semasa mereka sedang tidur.

Mitos tentang bayi tidur terlentang yang ibu bapa sering disalah anggap

Ramai ibu bapa, lebih lagi ibu bapa baru, sedar tentang kelebihan tidur terlentang. Sebagai contoh, ramai yang tahu tidur terlentang boleh mencegah Sindrom Bayi Mati Mengejut (SIDS).

Tak kurang juga, masih ramai ibu bapa yang risau tentang bahaya bayi tidur terlentang. Ini adalah antara mitos yang sering dimomokkan kepada ibu bapa hingga mereka risau untuk membiarkan bayi mereka tidur terlentang.

Antara mitos tidur terlentang yang terbukti salah ialah:

1. Kepala rata

Memang betul kepala bayi masih belum terbentuk sepenuhnya dan posisi tidur mereka memainkan peranan penting untuk membentuk kepala mereka.

Tapi, kepala rata bukanlah isu besar untuk bayi yang tidur terlentang. Ini kerana, anda mempunyai kawalan penuh pada posisi tidur mereka.

Apa yang perlu anda lakukan adalah dengan memusingkan posisi mereka setiap kali mereka baring terlentang – sama ada ketika mereka tidur atau bangun.

Berikan bayi anda tummy time  yang cukup dan posisi lain semasa baring ketika mereka berjaga juga boleh mengurangkan risiko mereka mendapat kepala rata.

2. Lambat berkembang

Beberapa ibu bapa mungkin pernah diberitahu yang tidur terlentang boleh mengganggu perkembangan motor batu mereka. Seperti contoh, mereka lambat bergolek.

Jangan risau, bayi anda pasti akan boleh melakukannya.

Secara keseluruhannya, untuk menguatkan otot bayi anda bagi membolehkan mereka bergolek atau mengurangkan risiko kepala rata boleh dicapai dengan memberikan mereka tummy time yang cukup ketika mereka jaga.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Artikel asal ditulis oleh Kevin Wijaya mendapat keizinan daripada theAsianparent Singapore untuk diterjemahkan. 

Baca juga

Bayi tidur tertonggeng petanda dia mahu adik baru, benarkah?

 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android, sekarang!

Written by

Nadia Ghafar