Seorang Bayi Tertelan 2 Keping Duit Syilling Melalui Pembedahan Berisiko

Seorang wanita (Normala Hussain) diuji lagi sekali dengan kematian ayahnya selepas Syawal. Pada kali ini dia lagi dengan bayinya.

Pada mulanya, dia menyangka bayinya mengalami masalah kahak berlebihan. Asalnya, dia menghantar anaknya ke klinik kerajaan (KK Seberang Jaya) kemudian dirujuk kepada pakar ENT di Hospital Seberang Jaya.

Di Hospital Seberang Jaya, misteri sakit berpanjangan bayi tersebut hampir terjawab setelah doktor mengesyaki oesofagus bayi tersebut terdapat terdapat bendasing. Setelah diamati, ia bukanlah kuman, tetapi bendasing, sebab objek itu tiba-tiba naik ke atas esofagus. Ternyata doktor lebih mempunyai perasaan ingin tahu dan sangsi, kerana doktor mempersoalkan kehadiran objek itu kepada Normala.

Selepas doktor berterus terang dan menyatakan anaknya tertelan 2 keping syilling, dunia terasa terhenti dan hampir berakhir. Doktor memberitahu anaknya harus dibedah pada malam itu juga dan disuruh berpuasa masa itu juga selama 2 hari.

Doktor pakar datang pada keesokan harinya, tetapi lambat kerana mereka memikirkan strategi untuk mengeluarkan 2 keping duit syilling itu daripada esofagus bayi itu. Pakar bedah juga datang untuk mengeluarkan syilling tersebut, tetapi bukan secara pembedahan. Tetapi ia amat mengancam nyawa bayi itu.

Akhirnya, doktor pakar bedah memberi ubat bius untuk meredakan tangisan bayi itu. Bayi(Mohd Aidan) dan ibunya terpaksa dihantar terus ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Star pada malam yang sama. Perjalanan mengambil masa sejam kerana ambulan terpaksa memecut laju, memandangkan kes ini hampir meragut nyawa pesakit. Doktor pakar bedah di Hospital Sultanah berterus terang kepada ibu bayi itu kerana risiko pembedahan 50:50.

Normala tidak berhenti berdoa kepada Tuhan supaya meyelamatkan bayinya. Cara mengeluarkan syilling amat mudah tetapi berisiko, dengan cara scooping syilling dari mulut bayi itu, kerana dikhuatiri bayi mendapat komplikasi lain.

Normala Hussain, menyatakan akan lebih berhati-hati selepas ini, dengan membelikan sebuah baby walker kepada anak itu supaya tidak bebas merangkak di atas lantai.

*** Kisah di atas amat memberi seribu satu pengajaran kepada ibu bapa atau penjaga dalam memantau anak kecil supaya tidak menyesal di kemudian hari. Ibu bapa haruslah menjadi lebih teiti dalam memantau bayi yang baru belajar merangkak kerana bayi seperti ini tidak tahu ancaman bahaya di sekeliling. Setiap benda kecil yang bersepah di atas lantai pasti menarik minat sikecil untuk memasukkannya kedalam mulut.

Ibu bapa haruslah memastikan rumah kemas dan tiada sebarang benda kecil atau tajam bersepah di atas lantai.Simpan benda kecil dalam tempat yang tidak mudah dicapai.

Selain itu, ibu bapa haruslah lebih peka dengan kesihatan anak-anak, lebih lebih lagi jika anak terkena batuk dan selsema, dan lebih peka terhadap gambar xray anak dan jangan segan silu bertanyakan berkenaan gambar xray anak kepada pakar, kerana dalam kisah si ibu tidak terlalu peka dan teliti.

Di samping itu, untuk langkah keselamatan lain, ibu bapa harus menutup tong air dan juga pintu bilik air agar anak tidak mudah bermain dalam bilik air. Janji Tuhan itu pasti, dugaan diberikan kepada hambanya untuk lebih tabah dan berhati-hati untuk masa akan datang.