Mengapa Bayi Tidak Menangis Selepas Dilahirkan, Ini Penjelasan Pakar

Mengapa Bayi Tidak Menangis Selepas Dilahirkan, Ini Penjelasan Pakar

Tangisan bayi ketika lahir bukti paru-paru mereka berfungsi dengan baik. Tapi bagaimana jika bayi tidak menangis ketika dilahirkan? Patutkah ibu mula risau?

Suara tangisan bayi menangis selepas ibu bersalin

Bunyi yang paling dinanti-nantikan oleh setiap ibu dalam bilik bersalin adalah suara anak mereka yang menangis dengan kuat.

Marahnya bunyi!” gurau jururawat bertugas sambil ketawa dan mengatakan – “paru-paru dia baik dan sihat!

Tangisan anak yang lantang biasanya menunjukkan bayi itu dalam keadaan baik dan sihat.

Tapi apa pula maksudnya jika bayi anda tidak menangis ketika mereka dilahirkan?

Ini adalah beberapa penjelasan pakar:

#1 Kekurangan oksigen
Mengapa Bayi Tidak Menangis Selepas Dilahirkan, Ini Penjelasan Pakar

Sumber gambar: Youtube

Menurut Dr Yvonne Bohn, OB-GYN di Providence Pusat Kesihatan Saint John di Santa Monica, California –

Bayi mungkin tidak menangis dengan segera akibat kesan ubat bius yang diberi kepada ibu, atau tali pusat yang berada di sekeliling leher ataupun ibu yang telah menolak untuk masa yang lama.

Semua ini boleh mengurangkan oksigen kepada bayi.

#2 Peralihan ke kehidupan di luar rahim

Bayi memerlukan masa untuk beralih dari kehidupan dalam rahim ke kehidupan di luar rahim.

Yang penting, bayi mempunyai denyutan jantung yang baik, otot yang baik, dan warna yang normal, tangisan yang lambat sedikit adalah perkara biasa.

Jururawat akan melakukan beberapa perkara untuk merangsang bayi agar dia menangis, seperti menggosok belakang bayi, mengeringkan bayi dengan kain, dan menyedut cecair keluar dari mulut dan hidungnya.

#3 Menangis kerana perubahan suhu

Mengapa Bayi Tidak Menangis Selepas Dilahirkan, Ini Penjelasan Pakar

Dr. Allison Hill, OB-GYN berdaftar dan pengarang Your Pregnancy, Your Way berkata, seorang bayi biasanya akan menangis kerana mereka terdedah pada bilik yang sejuk dan sensasi yang tidak dikenali. 

Fungsi menangis adalah untuk mengembangkan paru-paru bayi, serta membuang lendir dan cairan amniotik yang terperangkap di dalamnya.

Abby Reichardt, seorang bidan di Florida School of Traditional Midwifery menambah seorang bayi tidak perlu menangis jika respirasi dan denyutan mereka adalah normal. 

“Tetapi tangisan mereka meyakinkan kita yang mereka sedang bernafas dengan baik.”

#4 Sentuhan kulit ke kulit
Mengapa Bayi Tidak Menangis Selepas Dilahirkan, Ini Penjelasan Pakar

Sumber gambar: Flickr | Nelson Kwok

“Bayi yang dapat sentuhan kulit ke kulit untuk masa yang lama dengan ibu mereka, sejurus selepas mereka dilahirkan biasanya akan kurang menangis berbanding bayi yang dipisahkan dari ibu mereka untuk dimandi, diukur, atau diletakkan dalam pemerhatian segera,” kata Carley Mendes, pakar pemakanan holistik yang berdaftar, pendidik kelahiran, dan pakar di The Tot.

Suhu dan keadaan bilik yang terang,  juga boleh mempengaruhi tindak balas mereka.

Bilik yang hangat dengan lampu malap dan suara yang tenang boleh membantu peralihan bayi yang lebih selesa.

#5 Personaliti bayi

Mengapa Bayi Tidak Menangis Selepas Dilahirkan, Ini Penjelasan Pakar

Dr. Salli Tazuke, OB-GYN dan pengarah pusat perubatan Colorado untuk ubat pembiakan di San Francisco, California berkata semasa tempoh kehidupan bayi, dia akan menangis untuk menandakan keperluan atau ketidakselesaan, seperti kelaparan, lampin kotor, ataupun sakit gas kolik

Tetapi ia ikut perangai bayi,” katanya.

Sesetengah bayi lebih sensitif atau lebih cepat marah akan menangis dengan lebih banyak.

Secara purata, bayi baru lahir akan menangis sebanyak 2 jam sehari, menurut Babycenter.

Tetapi antara saat kelahiran dan bayi yang berusia 6 minggu, tangisan mereka boleh meningkat hingga ke 3 jam sehari

Ibu bapa akan terbiasa dengan tangisan mereka dan belajar mengenali keperluan anak dari cara mereka menangis.

Namun, tangisan bayi yang terlalu sedikit atau terlalu banyak mungkin petanda masalah kesihatan seperti apnea atau penyakit lain.

Sesetengah bayi juga perlu bangun lebih kerap untuk menyusu supaya tidak dehidrasi

Ibu bapa perlu pandai membezakan antara apa yang normal dan tidak normal apabila mereka sudah biasa dengan perangai anak mereka.

Sekiranya anda rasa tangisan bayi anda jauh dari normal, dapatkan nasihat pakar.

Sumber: Romper

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

Trik Bapa Ini Menghentikan Bayinya Dari Menangis Menarik Perhatian Ramai

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

app info
get app banner