Nap time atau lebih dikenali dengan tidur siang adalah waktu tidur yang diperuntukkan untuk bayi terutamanya pada waktu siang.
Kenapa agaknya bayi perlu nap time?
Bayi dan kanak-kanak perlukan tidur yang banyak dalam tempoh 24 jam sehari. Tidur ini tersangatlah penting untuk tumbesaran mereka. Dalam tempoh ini, bayi memerlukan rehat dan tidur yang cukup. Ini sebab kenapa bayi perlu nap time.
- Tak boleh berjaga lama: Bayi tidak boleh berjaga lama seperti kanak-kanak yang lebih besar kerana mereka masih dalam proses pembesaran.
- Membantu mereka belajar dengan lebih baik: Tidur sebenarnya membantu bayi untuk meningkatkan pembelajaran mereka. Pada tahap ini, segalanya adalah baru bagi mereka. Jadi tidur yang cukup sangat-sangat membantu mereka untuk pembelajaran bahasa, kognitif dan memori dan banyak lagi.
- Tidur malam: Apabila bayi tidur siang, ia membantu mereka untuk tidur pada waktu malam supaya mereka lebih lena.
Malah, kami rasa ibu bapa juga mesti tahu apa yang terjadi kalau anak tidak cukup nap time? Mulalah, anak anda mengamuk, tak nak makan dan macam-macam lagilah. Orang kata buat perangai? Jadi, anda kena beri anak tidur yang mencukupi supaya anak anda dapat berehat sepuasnya.
Berapa kali anak anda patut tidur siang?
Kredit: Unsplash
Ini adalah soalan yang sangat bagus. Buat ibu bapa yang ingin tahu, bayi dan kanak-kanak sebenarnya mempunyai bilangan tidur siang yang berbeza mengikut tahap toleransi mereka.
Umum kita ketahui bahawa bayi lebih banyak memerlukan tidur siang sewaktu baru lahir sehinggalah mereka menjangkau umur 1 tahun. Apabila mereka sudah mula membesar, waktu tidur mereka akan berkurangan dan mereka tidak lagi perlu tidur banyak seperti keadaan sewaktu mereka masih bayi. Ini kerana semakin anak anda besar, anak anda tidak memerlukan tidur kerana mereka sudah boleh mempunyai keupayaan atau toleransi untuk berjaga siang. Tidak seperti bayi.
Mari kita rujuk panduan untuk bayi dan kanak-kanak mengenai waktu tidur mereka.
Waktu tidur bayi
#1 Bayi baru lahir sehingga 6 bulan
Kredit: Unsplash
Bayi yang baru lahir dan masih kecil memerlukan tidur yang jauh lebih banyak berbanding kanak-kanak lain. Untuk bayi baru lahir, mereka memerlukan waktu tidur siang sebanyak 7 hingga 9 jam tetapi dengan bilangan tidur sebanyak 3 kali. Manakala untuk bayi dibawah umur 6 bulan, mereka memerlukan hanya 4 hingga 5 jam waktu tidur dengan bilangan nap time sama ada 3 kali ataupun 2 kali.
#2 Bayi usia 6 hingga 12 bulan
Untuk bayi berusia 6 bulan hingga 9 bulan, waktu tidur mereka panjang sedikit berbanding bayi 9 hingga 12 bulan. Mereka memerlukan 3 hingga 4 jam waktu tidur. Untuk tahap usia bayi ini, mereka memerlukan bilangan tidur sebanyak 2 kali.
#3 Bayi 12 hingga 18 bulan
Apabila bayi sudah menjangkau umur setahun, mereka hanya memerlukan 2 hingga 3 jam sahaja waktu tidur dan bilangan tidur mereka juga sudah semakin berkurangan. Mereka boleh tidur siang sebanyak 1 hingga 2 kali sehari.
#4 Bayi 18 bulan hingga 2 tahun
Bagi bayi yang kian membesar, mereka hanya memerlukan 2 jam sahaja nap time dan bilangannya hanyalah 1. Kebiasaannya, bayi tidur pada awal tengahari.
Bolehkah bayi berumur bawah 1 tahun tidur siang sekali sahaja?
Kredit: Unsplash
Ini telah menjadi satu tanda tanya untuk setiap ibu bapa bila anak mereka tidur siang sekali sahaja. Anda mungkin sudah tahu jawapannya. Bila anak anda kurang tidur sahaja, memang banyak benda tidak kena kerana mereka tidak cukup rehat.
Sebaiknya anda lihat kesediaan anak anda terlebih dahulu dan lihat keperluan tidur mereka. Bagi bayi yang berumur 12 tahun ke bawah sememangnya tidak digalakkan untuk mereka tidur kurang daripada keperluan mereka. Tetapi, ada juga bayi yang telah tidur sekali sahaja seawal umur 10 bulan. Untuk mengetahui sama ada anak anda bersedia atau pun tidak untuk tidur siang lebih kurang daripada keperluan mereka, mari kita lihat selanjutnya.
Tanda anak anda bersedia kurang tidur
- Anak tidak mahu nap: Anda dah cuba tidurkan anak anda tetapi anak anda masih lagi tidak mahu tidur.
- Anak lebih banyak main waktu siang: Anak anda lebih rela bermain.
- Tidur kurang: Anda lihat bahawa waktu tidur anak anda semakin singkat dan anak anda terjaga dengan mudah.
- Bertenaga: Anak anda tidak ada masalah apabila terlepas waktu tidur siang mereka dan nampak bertenaga.
Perhatikan anak anda selama 2 hingga 3 minggu. Jika anak anda ingin tidur lebih kurang, pastikan anak anda sudah bersedia dan jangan terlalu drastik kerana takut ia akan mengganggu emosinya.
Sumber: mypositiveparentingPeringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca Juga: Jadual Tidur Bayi Tak Sama Setiap Umur, Jangan Panik! Tapi Ini 6 Sebab Tidur Bayi Terganggu
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!