Cara Menenangkan Bayi Yang Tumbuh Gigi

lead image

Semua ibu paling takut apabila bayi mula menunjukkan tanda-tanda tumbuh gigi kerana ia boleh menyebabkan kesakitan dan punca mengapa anak akan merengek.

Semua ibu paling takut apabila bayi mula menunjukkan tanda-tanda tumbuh gigi. Gigi susu ini akan keluar dengan perlahan-lahan melalui tisu gusi.

Gigi tajam yang keluar melalui gusi yang kembang dan sensitif boleh menyebabkan kesakitan dan punca mengapa anak akan merengek.

Air Liur Meleleh Akibat Tumbuh Gigi

Semasa fasa tumbuh gigi, air liur akan keluar dengan banyak. Ibu bapa mungkin akan perasan bayi mereka mula masukan mainan ke dalam mulut.

Ada yang akan menghisap atau mengigit jari mereka. Pakailah kain alas dada pada bayi supaya mereka lebih selesa dan baju mereka tidak basah.

Ruam Akibat Air Liur

Cara Menenangkan Bayi Yang Tumbuh Gigi

Sumber : HealthyChildren.org

Air liur yang berlebihan juga boleh menyebabkan ruam pada muka bayi, terutamanya apabila kulit yang selalu tergeser pada permukaan yang basah dengan air liur mereka sendiri.

Ruam ini nampak merah, kembang sedikit dan akan muncul di sekitar bibir dan dagu bayi. Bersihkan air liur berlebihan dari kulit dengan kain dan air suam, kemudian lap kering dengan perlahan-lahan. Sapukan dengan cream ringan seperti Bud’s Super Soothing Cream

Cirit-birit

Sesetengah bayi akan cirit- birit disebabkan air liur yang berlebihan. Kedua-dua anak perempuan saya menghadapi masalah cirit-birit apabila mereka tumbuh gigi.

Apabila di bawa berjumpa doktor, dia menjelaskan bahawa apabila bayi tumbuh gigi, macam-macam benda akan masuk ke dalam mulut mereka.

Ini juga satu lagi sebab mengapa bayi cirit-birit apabila tumbuh gigi. Kalau kulit punggung selalu basah, ada kemungkinan besar mereka akan mengalamai ruam lampin. Jadi jangan lupa sapukan krim dan pastikan mereka minum air agar sentiasa terhidrat.

Demam dan cepat marah

Apabila gigi keluar melalui tisu lembut gusi, ia boleh menghasilkan demam yang rendah (kira-kira 38.3 darjah C). Anak mungkin akan lebih merengek akibat menaham sakit dan demam.

Anda boleh cuba buat “sponging” untuk mengawal suhu bayi dengan tuala dan air suam. Jika demam masih berterusan, bawa pergi jumpa

Suka Mengigit

Cara Menenangkan Bayi Yang Tumbuh Gigi

Sumber : Internet

Cuba tawarkan sesuatu yang sejuk dan keras. Buah-buahan beku atau sejuk adalah pilihan baik untuk anak yang sedang tumbuh gigi. Untuk mengelak mereka dari tercekik, saya telah menggunakan produk ini dari Munchkins.

Sebenarnya banyak juga jenis teething toys yang boleh menyenangkan gusi anak. Carilah teething toy yang senang dipegang dan pastikan anda kerapkan pembersihan mainan itu.

Sumber: Ask Dr Sears, Dr Zubaidi

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

app info
get app banner