Filem Beauty and the Beast tidak akan ditayangkan di Malaysia

Share this article with other mums

Walt Disney telah membuat keputusan untuk tidak menayangkan filem terbaru mereka "Beauty and the Beast" di Malaysia

Walt Disney telah membuat keputusan filem terbaru mereka ” Beauty and the Beast ” tidak akan dipotong, dan tidak akan ditayangkan di Malaysia. Disebabkan klip kira-kira 4 1/2 minit dalam filem itu yang berunsur homoseksual dan dianggap tidak sesuai, Lembaga Penapisan Filem Malaysia telah meminta adegan tersebut dipotong.

Mengikut Abdul Halim Abdul Hamid(Pengerusi Lembaga Filem) dalam satu mesej teks, jika klip itu dipotong, Lembaga Penapisan Filem Malaysia sudahpun meluluskan filem tersebut dengan penarafan P13.

Panggung boleh menayangkan filem itu pada bila-bila masa selepas pemotongan. Penarafan P13 memerlukan mereka yang di bawah 13 tahun untuk diteman penjaga.

Tetapi Disney telah memberitahu Bloomberg melalui e-mel bahawa “filem itu tidak akan dipotong untuk rakyat Malaysia.”

Di pawagam Golden Screen Cinemas di Kuala Lumpur pada 14 Mac 2017. Jurugambar: Manan Vatsyayana / AFP / Getty Images

Filem Beauty and the Beast akan ditayangkan mulai 17 Mac

Kira-kira USD160 juta telah digunakan untuk membuat filem ini. Jualan boleh mencecah sebanyak USD120 juta pada hujung minggu pertama di Amerika Syarikat dan Kanada, kata Disney.

Malaysia bukan diantara 20 pasaran filem terbesar di dunia, menurut Motion Picture Association di Amerika. Mungkin ini satu lagi sebab mereka tidak akan memotong klip itu khas untuk kita.

Golden Screen Cinemas, rantaian pawagam terbesar di Malaysia, telah berkata mereka menangguhkan tayangan “Beauty and the Beast” atas permintaan studio.

Golden Screen akan menawarkan bayaran balik kepada pelanggan yang telah membeli tiket terlebih dahulu untuk tayangan filem tersebut dan acara berkaitan.

Ramai ibubapa dan kanak-kanak yang telah lama menunggu filem ini, sangat kecewa. Walaupun bayaran balik sudah dalam proses, banyak yang masih sedih filem ini tidak akan ditayangkan di Malaysia.

Undang-undang terhadap homoseksualiti

Malaysia mempunyai undang-undang terhadap homoseksualiti. Ketua Kluster Governans, Perundangan dan Pengurusan Awam Majlis Profesor Negara, Prof. Dr. Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood berkata, kewujudan undang-undang berkaitan homoseksual itu selaras dengan undang-undang Islam dan peraturan agama lain di Malaysia.

“Menghalalkan gejala homoseksual dan seumpamanya akan merosakkan reputasi negara kita pada mata dunia Islam sebagai negara Islam yang berpegang kuat kepada undang-undang agama itu di samping menjadi sebuah negara di ambang status negara maju,” katanya lagi.

Malaysia mempunyai beberapa peruntukan undang-undang yang menghukum perlakuan homoseksual dalam Kanun Keseksaan, sebagai contoh Seksyen 377A, 377C serta 377D.

Undang-undang Syariah juga menetapkan bahawa hubungan sejenis seperti liwat dan musahaqah (lesbian) sebagai kesalahan.

 

Sumber: Bloomberg, Utusan Melayu

Gaya Hidup