4 Sebab Mengapa Bedak Membahayakan Kesihatan Bayi

lead image

Tetapi sebenarnya, ibu-ibu perlu berhati-hati. Bedak adalah suatu benda yang boleh membahayakan kesihatan anak-anak kita. Kenapa?

Antara barangan keperluan bayi yang selalu kita beli adalah bedak bayi.

Rutin harian selepas memandikan bayi pula ialah menyapukan bedak pada kulit bayi (kadang kala dari kepala sehingga ke kaki) supaya bayi terasa segar dan sentiasa berbau wangi.

Ada juga antara kita yang merasakan jika bedak tidak diletakkan, bayi itu tidak akan berbau seperti bayi. Sememangnya bau bedak sudah sinonim dengan bau bayi!

Seperti dalam iklan-iklan bedak bayi, ibu akan menyapu bedak di bahagian alat sulit bayi ketika menukar lampin dan juga akan jelas terpancar keriangan si manja bermain dengan bedak sewaktu dilumuri bedak.

Wah, indah sungguh detik sebegini, kan?

Tetapi sebenarnya, ibu-ibu perlu berhati-hati. Bedak adalah suatu benda yang boleh membahayakan kesihatan anak-anak kita. Kenapa?

Kandungan utama bedak bayi ialah talkum

Talkum, atau talc, adalah sejenis mineral yang mengandungi silica magnesium yang telah dihidrasi.

Talkum boleh mengewap dan juga diserap oleh kulit. Apabila mineral dari talkum diserap oleh kulit bayi anda, itulah yang akan membahayakan kesihatannya.

Berikut adalah antara risiko kita menggunakan bedak pada bayi:-

1. Sukar untuk bernafas

Ada kes di mana bayi di bawa ke hospital akibat masalah pernafasan.

Selepas pemeriksaan, doktor mendapati puncanya adalah partikel bedak bayi yang telah meliputi paru-paru bayi dan menyebabkan bayi sukar untuk bernafas!

2. Pneumonia

Paru-paru bayi akan diliputi bedak jika bayi sentiasa terdedah kepada partikel bedak.

Apabila dihidu, talkum boleh mengeringkan membran mukus seorang bayi, menjejaskan pernafasan bayi, dan menyebabkan kerosakan paru-paru yang serius.

Mendedahkan bayi anda kepada partikel bedak boleh menghalang saluran pernafasannya dalam jangka lama.

Sesetengah bayi telah mendapat pneumonia melalui bedak dan ada juga, yang meninggal dunia akibat kegagalan pernafasan dari terhidu serbuk bedak.

3. Kanser Ovari Dan Jangkitan Bakteria

Berdasarkan kajian oleh American Academy of Pediatrics, ada kemungkinan risiko untuk bayi mendapat kanser ovari jika bedak disapukan pada bahagian sulit bayi perempuan dengan kerap.

Oleh kerana partikel bedak sangatlah halus dan ringan, ia memudahkannya untuk merebak melalui faraj, rahim dan tiub fallopio kepada ovari.

Selain itu, menyapu bedak pada bahagian sulit bayi perempuan anda juga boleh meningkatkan risiko jangkitan bakteria.

4. Selaput lendir akan mengering

Fungsi selaput lendir adalah untuk menapis kotoran yang ada di dalam tubuh manusia.

Jika bayi sentiasa terdedah kepada debu bedak bayi, lama-kelamaan selaput lendir ini akan menjadi kering.

Ini tidak bermakna yang anda langsung tidak boleh menggunakan bedak pada bayi anda, tetapi ibu-ibu perlu tahu kebaikan dan keburukan bedak ke atas bayi.

Jika masih mahu menggunakan bedak, ikutilah tips berikut:-

  • Memilih bedak bebas asbestos.
  • Jangan terus meletakkan bedak ke atas badan bayi. Letakkan dahulu bedak di atas tapak tangan anda, kemudian baru menyapukannya ke atas badannya.
  • Elakkan bahagian mukanya dan bahagian sulit.
  • Elakkan bayi dari bermain dengan bedak.
  • Anda boleh mencuba bedak cecair seperti Ezerra.