Senarai 4 beg bayi yang cantik dan popular, mudah kerja ibu lepas ini!

undefined

Beg bayi memang antara keperluan untuk memudahkan urusan anda membawa anak anda keluar. Jom tengok beg mana yang sesuai untuk anda.

Bila ada anak ni, memang tak boleh kalau nak bawa handbag je bila keluar. Barang-barang anak banyak, lagi-lagi kalau masih kecil. Nak cari beg bayi yang sesuai pula bukannya senang, kan?

Jika anda ada tote beg yang besar pun dah mencukupi sebenarnya. Tapi, jika anda nak beg bayi yang lengkap dengan tempat letak susu, pampers baju dan sebagainya, jom kami bantu anda dengan senarai ini.

Ya, walaupun bawa barang anak, anda mesti masih nak bergaya, kan?

Jangan risau, sekarang banyak beg untuk bayi yang keluarkan design yang cantik dan elegant memang tak nampak macam beg barang anak. Jom tengok!

4 senarai beg bayi yang popular dan cantik!

1. Skip Hop Chelsea Downtown Chic

beg bayi, beg galas baby, beg baby, beg baby murah, beg galas untuk barang baby, beg barang bayi, beg pampers

Haa, memang nampak bergaya kalau pakai beg Skip Hop yang ini.

Apa yang menarik tentang jenama Skip Hop ini, anda boleh dapat aksesori seperti tikar tukar lampin, pemegang botol dan puting dengan design yang matching tau.

Harga beg: RM414

2. Petunia Pickle Bottom

beg bayi, beg galas baby, beg baby, beg baby murah, beg galas untuk barang baby, beg barang bayi, beg pampers

Petunia Pickle Bottom ini pula ada bermacam-macam corak yang boleh anda pilih ikut personaliti anda. Cantik-cantik belaka!

Harga beg: RM508

3. Sokano Insular

beg bayi, beg galas baby, beg baby, beg baby murah, beg galas untuk barang baby, beg barang bayi, beg pampers

Sokano memang terkenal dengan jenama barangan bayi. Mereka juga ada mengeluarkan beberapa design beg bayi dan Insular ini adalah antara design yang ranggi mereka hasilkan.

Ayah pun takdelah “malu” nak bawa beg ini.

Harga beg: RM69

4. Aimababy

beg bayi, beg galas baby, beg baby, beg baby murah, beg galas untuk barang baby, beg barang bayi, beg pampersKalau anda sukakan beg kulit tapi dengan harga yang murah, Almababy adalah jenama yang tepat untuk anda. Warna-warnanya pun cantik sangat!

Harga beg: RM129

Cara memilih beg bayi yang betul

Apa pun beg yang anda pilih, pastikan beg tersebut akan mudahkan pergerakan anda semasa anda keluar dengan bayi anda.

Seperti contoh, beg belakang lebih sesuai untuk anda jika anda perlu mendukung anak anda dengan menggunakan baby carrier. 

Anda juga perlu mengambil kira siapa yang akan memakai beg ini selain anda dan membeli design yang sesuai untuk dipakai oleh pasangan anda atau penjaga.

Ruang yang disediakan juga penting supaya selepas anda mengeluarkan untuk membeli beg bayi, mesti anda mahukan beg ini untuk menampung segala keperluan bayi anda bila anda keluar kan?

Material beg yang anda pilih juga penting kerana ada kemungkinan beg anda akan cepat kotor bila terkena najis, susu atau muntah bayi anda. Jadi kalau boleh, pilih material yang mudah untuk dibersihkan.

Jangan risau kalau anda rasa beg bayi sedikit mahal untuk anda beli. Jika anda dah tak perlu gunakan beg ini untuk keperluan bayi anda, anda boleh jadikan beg ini sebagai beg laptop pula!

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Sumber: Lucie’s List, Baby List

Baca juga: 

https://my.theasianparent.comsusu-untuk-anak-ekzema

 

 

 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!