Diaper Bag Memudahkan Ibu Dan Ayah Untuk Bawa Keperluan Si Comel, Ini 6 Beg Lampin Anak Yang Versatil

Diaper Bag Memudahkan Ibu Dan Ayah Untuk Bawa Keperluan Si Comel, Ini 6 Beg Lampin Anak Yang Versatil

Ibu ayah masih mencari beg lampin bayi sempena kehadiran cahaya mata? Jom semak beberapa beg yang versatil dan cantik yang boleh dipilih di sini!

Dalam menyediakan barangan keperluan ibu dan bayi semasa menunggu kelahiran si comel, pasti beg lampin atau diaper bag akan menjadi salah satu item perlu dapatkan di dalam senarai barangan bayi. Setiap ibu memerlukan sekurang-kurangnya satu beg baby untuk 2 tahun pertama kehidupan bayi.

Mungkin ada yang berpendapat tidak perlu namun hakikatnya ia memudahkan untuk membawa semua keperluan si manja seperti lampin, tisu, pakaian tambahan dan mainan, terutama apabila pulang ke kampung atau sekadar berjalan-jalan di luar rumah.

Mencari Diaper Bag Yang Terbaik di Malaysia

Di zaman moden kini, golongan parents pastinya lebih bergaya, kerap beriadah bersama keluarga dan rakan-rakan malah. Setiap personaliti berbeza parents pastinya memerlukan kelainan walaupun dalam pemilihan diaper bag.

Namun pemilihan beg baby pun harus memenuhi ciri-ciri seperti berikut:

  • Fungsi. Pastinya diaper bag perlu mematuhi fungsinya untuk menyimpan keperluan bayi tdak seperti beg biasa seperti mempunyai bahagian dalaman yang berpoket, sesuai untuk meletakkan barangan kecil dan juga botol susu yang berrisiko untuk tumpah!
  • Saiz yang selesa untuk dibawa namun cukup luas untuk mengisi barangan si manja.
  • Mudah dicuci. Pastikan ia bermaterial yang mudah untuk dilap dan dicuci dengan mesin basuh. 
  • Kukuh. Jika boleh, pilih beg lampin yang nadir dengan sulaman jahitan yang kukuh, yang mana boleh membantu beg tersebut tahan lama dan dapat menampung cucian di dalam mesin basuh. Juga pastikan zip bergigi besar dan mudah untuk digunakan. Elak beg dengan penutup bermagnet, yang mana beg akan mudah terbuka pabila terlebih muatan
  • Terdapat banyak ruang penyimpanan. Poket dan bahagian penyimpanan, kedua-dua dalam dan luar, menambah lebih fungsi kepada mana-mana beg lampin bayi. Anda juga pasti mahukan ruang penyimpanan barangan peribadi. Sesetengah beg lampin juga bercirikan seksyen insulasi demi memastikan botol susu dalam keadaan suam atau sejuk.
  • Strap dan pemegang yang selesa. Penting untuk anda pastikan pemegang atau strap beg berfungsi dengan baik dan selesa, kerana percayalah yang mana beg baby atau apa-apa jenis beg sekalipun jika ia tidak selesa untuk dipegang atau disandang atau digalas, pastinya ia akan membuatkan kita merasa turn-off sekaligus tidak lagi mahu memakainya. Satu pembaziran di situ.
  • Tidak terlalu berat. Ini adalah satu faktor penting kerana sekali diaper bag anda penuh ia akan bertambah berat. Jadi, sebelum beli, periksa berapa berat beg tersebut. Satu idea bernas untuk anda pilih yang lebih ringan jika anda merancang untuk menyandangnya di bahu atau menggalasnya di belakang.
  • Pad menukar lampin. Banyak diaper bag yang hadir dengan pad menukar lampin yang boleh dilipat dan disimpan di dalamnya. Ini bermakna anda boleh menukar lampin bayi lebih mudah ketika keluar. 

6 Diaper Bag Terbaik di Malaysia

[product-comparison-table title="Diaper Bag Terbaik"]

Mama's Choice Multi-Function Diaper Bag

Terbaik Pelbagai Fungsi

Mama's Choice diaper bag

Diaper bag keluaran Mama's Choice menjadi jenama pilihan No. 1 ibu bapa di Malaysia. Mama's Choice Multifunction Diaper Bag bukan sahaja mempunyai kapasiti yang besar dengan 15 bahagian, malah hadir dengan zip tambahan supaya anda mudah mengambil barang dengan mudah dan pantas.

Pada bahagian dalam beg baby ini juga terdapat beberapa compartment yang banyak. 2 poket berzip untuk meletakkan kunci, puting bayi atau wipe tissue dan 3 poket dengan foil aluminium khas untuk menyimpan susu.

Ia boleh mengekalkan suhu panas botol susu,  jadi si manja sentiasa mendapat bekalan susu yang berkhasiat. Sesuai untuk travel atau ketika bersiar-siar.

Apa yang menarik, diaper bag ini bukan seperti beg lampin biasa. Ia hadir dengan lubang kabel USB! Bukan sahaja mempunyai reka bentuk yang cantik, malah produk ini didatangkan dengan warna neutral yang sesuai untuk ibu dan ayah!

Apa yang kami suka?

  • Jenama diyakini
  • Harga yang berpatutan
  • Tahan lasak dan mudah dicuci
  • Boleh digantung pada stroller
  • Beg galas dengan tali bahu boleh laras
  • Boleh dijadikan sebagai backpack atau beg tangan
  • Ruang compartment yang banyak dan pelbagai
  • Material kanvas premium, jadi ibu tidak perlu risau jika tertumpah susu
  • Disertakan kabel port USB memudahkan untuk mengecas alat elektronik
  • Rekaan yang minimalis, jika ayah memakainya ia tidak seperti diaper bag 
  • Dengan dimensi 40x28x20cm

Skip Hop Forma Backpack Diaper Bag

Terbaik Bergaya Untuk Jangka Masa Panjang

skip hop diaper bag

Jika ibu mencari beg baby yang cantik dan boleh dipakai untuk jangka masa panjang, apa kata beli Skip Hop Malaysia baby bag ini? Ia bukan sahaja ringan dan luas, malah dengan bukaan yang besar sememangnya ia memudahkan penyimpanan barangan ibu dan si manja. 

Skip Hop diaper bag boleh disangkut dengan baik di stroller dan juga menyediakan changing pad yang juga berfungsi sebagai tepat alas laptop bila saat ibu ayah memerlukan!

Ibu ayah pasti tidak menyesal jika memilih Skip Hop backpack ini kerana sangat berbaloi sepadan dengan harganya!

Apa yang kami suka?

  • Bahagian depan membolehkan akses mudah ke kubus simpanan
  • Ruang poket yang elastik
  • Pembukaan zip berganda yang sangat luas
  • Poket botol sisi bertebat
  • Tali bahu yang empuk
  • Material bebas phthalate, bebas PVC
  • Dimensi 16l x 8w x 14j; (cm): 41l x 20w

HALLUBY Daddy Cool 2.0

Terbaik Untuk 'Cool Daddy'

diaper bag

Melihat pada namanya saja sudah tahu yang beg lampin ini merupakan rekaan khusus buat si ayah, betul tak? Beg lampin ini yang pernah menerima anugerah ini diperbuat daripada kain poliester kitar semula ECO WEAVE.

Jika ayah lebih sukakan reka bentuk ringkas tetapi memerlukan beg kapasiti maksimum untuk semua keperluan si manja, produk ini ternyata disediakan untuk anda. Bawa dengan yakin dan selesa sambil menyembunyikan fakta bahawa si ayah sebenarnya memakai baby bags. 

Apa yang kami suka?

  • Diperbuat dari botol kitar semula.
  • Rekabentuk ergonomik.
  • Mempunyai banyak bahagian dalaman.
  • Bahagian dalaman yang boleh menjamin susu tahan panas.
  • Bahagian tersembunyi bagi memastikan keselamatan barangan.
  • Sesuai untuk dibawa travel.
  • Tahan lasak dan kalis air.

Terminus Daddy Cool Diaper Backpack

Terbaik Minimalis Untuk Bapa

diaper bag

Dikatakan yang mana sebuah beg Daddy Cool bersamaan dengan diaper bag Malaysia berjenama antarabangsa. Ia direka untuk bapa yang arif yang mana memilih untuk satu rekaan yang minimalis sekaligus memerlukan beg berkapasiti maksimum untuk semua keperluan bayi.

Rekaannya yang cukup sleek akan membuatkan para bapa menggalasnya dengan keyakinan sementara menyembunyikan fakta yang mana sebenarnya anda sedang membawa beg lampin anak. Jadi, bapa cool mana yang tidak cool dengannya bukan?

Apa yang kami suka?

  • Akses mudah kepada tisu basah dengan penutup bermagnet (direka untuk tisu basah bersaiz 200mm x 150mm/80 helai)
  • Poket berzip dengan akses mudah untuk puting bayi
  • 4 poket dengan lapisan inner untuk barangan keperluan bayi (seperti botol, bekas makanan dan sebagainya)
  • Hadir dengan pad menyiapkan bayi 2 dalam 1 dan bekas untuk kereta sorong dengan pembahagi boleh laras
  • Termasuklah tikar menukar lampin tidak bertoksik bergred hospital
  • Bahagian penyimpanan versatil dengan pad untuk menyimpan tikar menukar lampin boleh lipat dan sebuah komputer riba bersaiz 15 inci jika perlu
  • Tali sternum boleh laras untuk mengurangkan beban dan meningkatkan kestabilan ketika menggalas
  • Strap bahu dengan span Polyurethane berketumpatan yang tinggi untuk keselesaan ketika menggalasnya
  • Bahagian penyimpan berzip tersembunyi untuk penyimpanan barangan berharga
  • Fabrik kalis air

Princeton Urban Reborn Series Baby Diapers Bag

Terbaik Dengan Sokongan Belakang Yang Selesa

diaper bag

Princeton bag ini direka khas dengan saiz yang besar cukup untuk menyokong saiz tubuh ibu ayah. Yang menariknya, ia hadir dengan jumlah 3 bahagian utama; untuk pakaian dan lampin bayi, untuk botol susu dan bekas makanan dan barangan peribadi parent, dengan ruangan ini membolehkan ibu bapa untuk menyimpan barangan persendirian tanpa perlu membawa beg tambahan lain.

Malah ia juga mempunyai akses mudah poket untuk kunci dan puting bayi. Jangan bimbang lagi akan sakit belakang, kerana rekaan diaper bag Princeton ini adalah tebal dan lembut menyokong tulang belakang dengan tahap keselesaan yang tinggi pabila beg dalam keadaan yang penuh dan muatan berat.

Apa yang kami suka:

  • Direka dengan Luggage Strap, yang mana beg tersebut boleh disambungkan pada pemegang bagasi ketika kembara
  • Turut direka dengan Stroller Buckle, untuk memudahkan ia digantung kereta sorong bayi
  • Terdapat dua bahagian penyimpanan yang direka dengan insulasi kerajang aluminium yang membantu untuk mengekalkan suhu minuman selama 3 ke 6 jam
  • Ia juga dicipta dengan poket anti-pencuri untuk tujuan keselamatan
  • Poket mudah akses untuk kunci dan puting bayi
  • Direka dengan sokongan tebal dan lembut untuk meningkatkan kadar keselesaan pabila beg dalam keadaan berat
  • Sesuai untuk kegunaan ibu bapa dan penjaga bayi
  • Ia menyediakan banyak bahagian penting dan perincian yang cukup handy seperti pad menukar lampin dan akses mudah untuk tisu basah yang memastikan item penting mudah untuk dicapai
  • Rekaannya cukup ergonomik
  • Strap bahu berspan yang cukup selesa
  • Pembahagi bahagian penyimpanan untuk meletakkan botol susu, balang makanan thermos yang cukup memudahkan
  • Direka dengan zip anti-pencuri dan materialnya kalis air

Babyshop Giggles Solid Diaper Bag

Terbaik Rekaan Chic Dan Elegan

Babyshop Giggles diaper bag

Ibu kalau cari diaper bag yang jenis boleh bergaya sekali dengan outfit, boleh pilih beg lampin Babyshop Giggles ini. Ia boleh dipakai sebagai backpack atau sandang tepi seperti beg harian.

Yang bagusnya, ia direka dari material yang tinggi kualiti, jadi semestinya diaper bag Giggles ini adalah yang terbaik untuk ibu ayah isi barang keperluan si comel.

Apa yang kami suka:

  • Material kualiti tinggi
  • Rekaan chic dan elegan
  • Boleh jadi backpack dan beg sandang tepi
  • Kain tahan lasak, kalis air
  • Ruang dalam beg luas
  • Hadir dengan alas tukar lampin
  • Banyak ruang penyimpanan (compartment)

Perbandingan Harga Diaper Bag di Pasaran

Produk Saiz (L x W x H cm) Berat (kg) Harga Pasaran (RM)
Mama's Choice Multi-Function Diaper Bag 40 x 28 x 20 null RM134.83
Skip Hop Forma Backpack Diaper Bag 40.64 x 20.32 x 35.56 0.64 RM285.00
HALLUBY Daddy Cool 2.0 19.05 x 31.75 x 42.54 +/- 1.5 RM349.00
Terminus Daddy Cool Diaper Backpack 17.78 x 33 x 42.5 +/- 1.34 RM299.00
Princeton Urban Reborn Series Baby Diapers Bag 26 x 21.5 x 40 +/- 1.2 RM179.00
Babyshop Giggles Solid Diaper Bag null null RM139.00

Sebab Kenapa Anda Perlukan Diaper Bag

Buat pengetahuan anda, diaper bags bukan ‘beg hospital’ ya, tetapi lebih kepada beg baby yang dibawa selepas bayi lahir untuk membawa keperluan.

Baby bag kini direka lebih bergaya dan pastinya mempunyai banyak pilihan yang menepati bukan sahaja citarasa ibu, tetapi juga sesuai untuk pemakaian si bapa. 

Boleh kata ramai ibu bapa yang mempunyai pandangan sendiri di mana mereka berfikir "kenapa kita perlukan beg baby sedangkan jika ada beg galas biasa di rumah?"

Sebenarnya fungsi beg baby lain dengan beg galas biasa di rumah. Ini kerana diaper bag lebih banyak poket dan bahagian penyimpanan yang dapat membantu anda untuk kekal rapi dan tersusun.

Antara beberapa barang yang anda perlu masukkan dalam diaper bags termasuklah lampin, tisu basah, kain lap, krim lampin, dan apa sahaja ubat-ubatan yang bayi anda perlu ambil, serta pakaian tambahan bayi, puting, kain untuk proses sendawa, dan botol susu. 

Malah ada juga yang mahu memasukkan sekali satu atau dua permainan untuk bayi.

Bergantung kepada sama ada anda mahu membawanya di dalam beg lain atau masukkan sekali di dalam satu beg, dan sudah pastinya anda mahukan satu beg lampin bayi yang mempunyai ruang tambahan untuk barangan peribadi seperti dompet, telefon bimbit atau tablet.

Jenis Diaper Bag

beg Lampin Bayi

Sebenarnya terdapat banyak jenis diaper bag yang tersedia di pasaran mengikut pilihan, citarasa dan keperluan masing-masing. Berikut adalah antara jenis beg baby:

1. Beg galas belakang

Salah satu jenis beg baby yang cukup terkenal di antara kalangan ibu bapa kerana ia dapat memuatkan banyak barang keperluan bayi serta item peribadi dalam satu beg berikutan tersedia banyak bahagian penyimpanan.

Pastikan anda cari jenis beg galas belakang yang besar dan kuat untuk anda bawa ke mana sahaja.

2. Beg tote

Jenis ini kelihatan seakan satu beg wanita yang besar, hadir dengan strap dan pemegang yang mana ibu bapa boleh sandang tepi atau dibawa dengan tangan. Sesetengah model boleh memuatkan laptop juga.

3. Diaper bag boleh tukar (Convertible)

Stail ini menawarkan anda dengan pelbagai pilihan, berikutan ia boleh ditukar kepada beg galas atau beg messenger, bergantung kepada keperluan anda pada hari tersebut.

Ia ideal jika anda seorang yang tidak dapat memilih jenis yang mana terbaik buat anda atau jika mungkin anda memerlukan kedua-dua jenis stail ini. 

4. Diaper bag dengan boleh sambung pada kereta sorong

Ada sesetengah beg lampin direka dengan penggantung untuk kereta sorong atau strap yang boleh disambungkan pada pemegang kereta sorong.

Walaubagaimanapun, apabila beg tersebut dalam keadaan yang sarat dan berat, ia boleh menyebabkan kereta sorong tersebut memberat ke arah belakang sekaligus berbahaya untuk bayi anda. Jadi pastikan yang pemegang kereta sorong anda mampu menampung berat diaper bag.

Yang paling ideal adalah apabila anda tidak menggalas atau memegang diaper bag tersebut, boleh diletakkannya di dalam bakul atau ruang di bawah tempat duduk kereta sorong tersebut.

Checklist Diaper Bag

Umum tahu yang bayi memerlukan banyak gear untuk keperluan mereka. Diaper bag akan jadi rumah kedua anda yang mana ia boleh dibawa ke mana sahaja. 

Jadi pilihlah beg yang direka dengan banyak poket. Anda amat memerlukannya untuk menyimpan semua barangan bayi anda, tambahan lagi dengan barangan peribadi anda. Poket yang mudah akses akan membolehkan anda untuk mengambil keluar lampin atau tisu atau telefon bimbit dengan mudah dan cepat apabila memerlukannya.

Di sini, kami kongsikan checklist item untuk diaper bag anda.

  • Pad boleh lipat untuk sesi menukar lampin
  • Lampin ( 1 ke 2 untuk setiap jam anda rancang untuk keluar - dua kali ganda jika anda mempunyai anak kembar)
  • Tisu basah dalam versi pek kembara
  • Beg plastik untuk membungkus lampin kotor atau pakaian basah
  • Krim ruam lampin
  • Kain untuk sesi sendawa atau untuk melindung bayi lelaki ketika menukar lampin
  • Sebotol kecil cecair antibakteria untuk tangan
  • Pakaian tambahan untuk bayi
  • Topi untuk cuaca panas atau sejuk
  • Selimut bayi
  • Botol susu bersih dan susu formula (jika anda menyusukan bayi dengan botol)
  • Bibs
  • Air dan snek untuk anda
  • Permainan untuk bayi
  • Puting
  • Carrier bayi mudah pakai
  • Krim tabir suria (untuk bayi lebih 6 bulan). Rujuk pada pakar pediatrik anda tentang kegunaan krim tabir suria untuk bayi di bawah usia 6 bulan
  • Kamera

Jadi, kami harap agar artikel ini cukup bermanfaat buat ibu bapa yang sedang mencari diaper bag. Happy shopping!

Nota Editor: Setiap item dan harganya adalah terkini pada masa artikel ini dikeluarkan. Walau bagaimanapun, mana-mana item boleh jadi ketiadaan stok atau harganya berbeza pada masa akan datang.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 10 Benda Wajib Ada Dalam Beg Lampin Sebelum Ibu Keluar Rumah

Baca juga: Beg Lampin | 10 Benda Wajib Ada Dalam Beg Sebelum Keluar Rumah

Baca juga: Beg Bayi 4 Paling Popular Dan Cara Memilih Beg Yang Tepat