Senarai Kelengkapan Bersalin Yang Wajib Ada Dalam Beg Sebelum Ibu Ke Hospital

Kelengkapan bersalin hendaklah disediakan lebih awal agar memudahkan urusan melahirkan kerana bila-bila masa saja anda akan dimasukkan ke hospital

Minggu-minggu terakhir kehamilan banyak perkara yang perlu diambil perhatian oleh ibu hamil terutamanya senarai barang kelengkapan bersalin nanti.

Tapi sejak berbadan dua, anda tentu sudah bijak dalam menguruskan apakah keperluan anda dan si manja dalam kandungan seperti kelengkapan bersalin untuk diri dan bayi sebelum ke hospital.

Bukan apa, nanti bila-bila masa saja anda akan berasa sakit untuk bersalin. Ketika itu, pasangan anda pasti kelam-kabut dan panik. Lebih baik anda sediakan kelengkapan diri dan benda wajib ini dalam satu beg dan tinggalkan dalam kereta siap-siap. Nanti mudah, anda boleh terus ke hospital.

Waktu Terbaik Sediakan Beg Kelengkapan Bersalin

kelengkapan bersalin, keperluan ibu bersalin, barang keperluan bersalin, checklist bersalin, checklist persiapan bersalin

Waktu yang paling sesuai untuk anda sediakan beg kelengkapan adalah pada usia kehamilan yang ke-36 minggu atau 37 minggu. Tetapi jika kehamilan anda adalah dalam kategori berisiko, adalah lebih baik sekiranya anda menyediakan semua barang keperluan bersalin yang perlu dibawa lebih awal untuk memudahkan segala urusan dan tidak menjadi kelam kabut.

Persediaan barang keperluan bersalin yang awal adalah lebih baik dan dapat menghilangkan sedikit kerunsingan mengenainya dan anda boleh menggunakan lebihan masa yang ada untuk berehat dan menenangkan diri. Pastikan juga anda membuat checklist persiapan bersalin beberapa kali.

Checklist persiapan bersalin ini sangat penting agar tidak ada barang yang tercicir atau lupa dimasukkan. Checklist bersalin juga penting untuk memudahkan anda melihat barang apa yang penting dan tidak penting untuk dibawa dan susunan barang juga akan lebih teratur pada tempatnya.

Persediaan Kelengkapan Untuk Ibu, Bayi & Ayah

kelengkapan bersalin, keperluan ibu bersalin, barang keperluan bersalin, checklist bersalin, checklist persiapan bersalin

Berikut merupakan barang keperluan bersalin bukan sahaja untuk ibu tetapi lengkap untuk bayi dan juga ayah.

Kelengkapan Bersalin Untuk Ibu

kelengkapan bersalin, keperluan ibu bersalin, barang keperluan bersalin, checklist bersalin, checklist persiapan bersalin

Sesetengah hospital memberikan beberapa kelengkapan diri buat anda dan bayi. Namun, terdapat beberapa hospital yang langsung tidak menyediakan sebarang keperluan ibu bersalin dan kelengkapan bayi.

Jadi, mari semak apa keperluan ibu bersalin yang anda harus bawa:

#1. Maklumat perlindungan perubatan

Kelengkapan bersalin yang paling utama ialah pastikan anda bawa maklumat perlindungan perubatan diri untuk memudahkan proses pendaftaran.

#2. Cermin mata

Jangan pakai kanta lekap ketika ingin bersalin, ia bawa banyak masalah!

#3. Blouse/bathrobe

Kebanyakan hospital akan menyediakan gown untuk bersalin. Tapi anda boleh bawa blouse/bathrobe yang selesa buat anda.

#4. Bra untuk menyusu

Payudara anda akan membengkak selepas bersalin. Jadi pilih bra yang selesa dan memudahkan proses penyusuan. Breast pads boleh menyerap cecair yang keluar.

#5. Selipar dan stokin tebal

Lantai di hospital licin. Untuk menjaga keselamatan malah memudahkan anda, bawa selipar yang mudah disarung.

Stokin tebal mungkin disediakan oleh hospital. Namun, anda tidak mahu berasa sejuk ketika ingin bersalin, kan? Jadi, lebih baik bawa sendiri!

#6. Benda buat anda tenang (bantal & muzik)

Anda boleh bawa bantal atau pilih muzik anda sendiri untuk dibawa ke hospital. Mendengar muzik ketika bersalin dikatakan mampu menenangkan ibu dan memudahkan proses bersalin.

#7. Seluar dalam dan pad bersalin

Sediakan beberapa helai seluar dalam adalah antara keperluan ibu bersalin. Pastikan bekalan seluar dalam ini mencukupi kerana khuatir dikotori darah nifas! Bawa pad untuk bersalin jika risau terlalu banyak pengaliran darah nifas.

Lebih mudah jika anda bawa seluar dalam pakai buang! Senang nak buang nanti!

#8. Minyak urut

Sakit akibat kontraksi boleh dilegakan dengan sapuan minyak urut.

#9. Barang mandi

Jangan lupa perkakas mandi anda! Ubat gigi, berus gigi, lip balm, deodoran, sikat, alat mekap dan getah rambut. Selalunya, hospital akan menyediakan sabun mandi, syampu dan losyen. Tapi anda boleh bawa pilihan sendiri.

#10. Pakaian salin

Jangan lupa pakaian salin anda untuk pulang ke rumah. Pilih pakaian daripada kain cotton yang selesa dan besar.

#11. Tuala

Dua helai tuala wajib ada dalam beg anda! Satu tuala muka untuk mengelap peluh. Satu lagi tuala besar yang boleh anda simpan dalam kereta ketika bertolak ke hospital (mungkin air ketuban pecah dalam kereta).

#12. Buku nota & pen

Anda harus ketahui sesi menyusu bagi bayi anda. Oleh itu, anda perlu buku nota dan pen untuk mencatat maklumat ini. 

#13. Makanan

Mana mungkin anda lupa akan makanan! Saat tenaga anda hilang kerana bertarung untuk bersalin, anda perlu makan untuk menambah tenaga. Bawa kurma, roti gandum dan sebagainya.

Selepas menyediakan barang keperluan untuk anda, jangan dilupa dengan kehadiran bayi yang anda kandung itu! Dalam tak sabar menanti kehadiran si istimewa ini, anda pasti sudah mengemas barangannya bukan?

Kami ada senaraikan barang baby yang perlu ibu siapkan sebelum bersalin di sini.

Mari semak sekali lagi kelengkapan untuk bayi yang perlu anda sediakan:

Barang Keperluan Bersalin Untuk Bayi

#1. Tempat duduk kereta

Jangan lupa pasang tempat duduk kereta atau kerusi keselamatan untuk bayi! Anda boleh mengendong bayi anda, tapi pasang tempat duduk khas buat bayi dalam kereta untuk keselamatan anak anda. 

#2. Barangan untuk menyusu

Jika anda pilih untuk menyusu, jangan lupa bawa barangan seperti bra menyusu dan pad.

#3. Susu formula dan botol susu bayi

Jika anda pilih untuk tidak menyusu.

#4. Selimut

Hospital akan menyediakan selimut untuk bayi anda selepas bersalin. Tapi anda perlu selimut sendiri ketika ingin membawa bayi anda pulang. Jangan biar mereka kesejukan!

#5. Barangan lampin

Lampin, pin untuk lampin dan sebagainya.

#6. Barangan bayi

Kulit bayi anda amat sensitif. Maka, sediakan cotton balls, minyak untuk ruam lampin, sabun yang lembut, berus rambut dan termometer.

Barang Keperluan Untuk Ayah

Selain barang keperluan ibu dan bayi, ayah juga perlu disediakan barang kelengkapannya bagi menemani ibu sepanjang keberadaan mereka di hospital.

Jadi, ayah tidak perlu berulang-alik dari hospital dan rumah dan membuang begitu banyak masa di jalanan sahaja. Di bawah ini senarai barang kelengkapan yang boleh dibawa iaitu :

#1. Makanan ringan, roti atau air kotak

Pastikan semua ini disediakan untuk kekal bertenaga sepanjang berada di hospital nanti kerana ayah perlu ke sana sini untuk beberapa urusan berkaitan proses bersalin dan kelahiran bayi.

Malah, ayah juga boleh duduk dengan tenang di ruangan menunggu serta tidak perlu ke kafeteria hospital yang mungkin jauh dari dewan bersalin dan doktor atau misi juga tidak perlu mencari atau menghubungi ayah untuk tandatangan dokumen dan sebagainya.

#2. Duit syiling dan duit kertas bernilai rendah

Di perkarangan hospital selalunya terdapat kemudahan vending machine, tetapi ia memerlukan duit syiling atau duit kertas nilai yang rendah. Jadi lebih baik sediakannya lebih awal.

#3. Bahan bacaan

Sediakan juga bahan bacaan untuk hilangkan bosan serta tekanan. 

#4. Kamera

Pastikan alat penting dicas penuh bagi mencipta memori bersama ibu dan bayi nanti.

#5. Pengecas telefon dan powerbank

Antara alatan wajib yang perlu dibawa. Proses bersalin dan rawatan selepas bersalin kadang-kadang mengambil masa yang lama, jadi sediakan pengecas untuk dicas jika telefon kehabisan bateri atau jika pihak hospital tidak mempunyai soket elektrik yang cukup anda boleh gunakan powerbank yang telah dicas penuh.

#6. Hoodie

Cuaca yang tidak menentu akan membuatkan anda berada dalam kesejukan terutama pada waktu malam. Bagi ahli keluarga yang menunggu pesakit, terdapat balai pelawat yang disediakan tetapi kebanyakannya menggunakan lantai jenis mozek serta tidak beralas, dan pasti keadaan itu akan menambah kesejukan lagi jika anda berbaring di atasnya. Oleh itu, hoodie antara penyelamat keadaan.

#7. Berus dan ubat gigi

Barang asas yang wajib dibawa.

#8. Bantal kecil

Untuk rehatkan leher anda setelah lama duduk dan berdiri. Pastinya ia dapat melegakan ketegangan di bahagian leher dan belakang anda jika dapat berbaring sebentar. 

#9. Hadiah kecil

Sebagai penghargaan buat isteri tercinta yang berkorban nyawa melahirkan zuriat untuk anda.

Semoga semuanya berjalan lancar. Selamat menjalani kehidupan baru sebagai seorang ibu bapa dan tahniah atas anugerah Tuhan itu!

  1. whattoexpect.com (Mei 17, 2021) Hospital Bag Checklist. www.whattoexpect.com/pregnancy/checklist/hospital-packing.aspx

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga : Ibu Merancang Bersalin Di Hospital FPP/ Full Paying Patient? Ini Info LENGKAP Anda Perlu Tahu!

Baca juga : Induce Semasa Dalam Proses Bersalin, Selamat Atau Tidak? Benarkah Ia Sangat Sakit?

Baca juga : Persediaan Penting Sebelum Bawa Bayi Baru Lahir Pulang Ke Rumah Buat Kali Pertama 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!