5 Jenis Benjolan Payudara Yang Tak Berbahaya - Jom Kenali Tanda-Tandanya!

lead image

Jika anda terjumpa benjolan pada payudara, mungkin anda akan panik. Tapi, jangan risau kerana kebanyakan benjolan tak berbahaya. Jom kenal 5 jenis benjolan berikut.

Anda sedang mandi dan buat pemeriksaan payudara, tapi tiba-tiba, anda rasa ada benjolan pada payudara anda. Apa yang perlu anda lakukan?

Pertama sekali, jangan panik. 80-85% benjolan pada payudara itu adalah tak berbahaya. Lebih-lebih lagi pada wanita berumur bawah 40 tahun.

Ada 5 jenis benjolan pada payudara yang tak berbahaya. Jom ketahui jenis-jenis benjolan ini.

5 jenis benjolan pada payudara yang tak berbahaya

1. Perubahan Fibrocystic

src=https://www.ilmiopiccolosegreto.it/wp content/uploads/2017/09/dolori al seno in menopausa 682x452.jpg 5 Jenis Benjolan Payudara Yang Tak Berbahaya   Jom Kenali Tanda Tandanya!

Benjolan ini terjadi kerana perubahan hormon yang akan meningkat bila anda di pertengahan usia dan hilang bila anda menopaus.

Tanda benjolan ini adalah anda rasa sakit atau bengkak ketika payudara diraba dan terasa ada benjolan yang padat dan kelihatan berisi.

Jika anda mengalami perubahan fibrocystic ini, doktor biasanya akan suruh anda kurangkan pengambilan garam dan kafein dalam diet untuk mengurangkan cecair yang terbentuk. 

2. Risa lendir (cysts)

src=https://asianparent assets my.dexecure.net/wp content/uploads/sites/6/2018/05/mammogram.jpg 5 Jenis Benjolan Payudara Yang Tak Berbahaya   Jom Kenali Tanda Tandanya!

Cysts berbentuk bulat atau bujur dan berukuran sebesar satu ke dua inci. Ia lembut apabila disentuh dan mengandungi cecair.

Ia akan datang dan pergi semasa anda datang haid dan akan lebih besar dan sakit pada awal haid dan hilang ketika anda habis haid. Doktor mungkin akan buat imbasan ultra untuk memastikan ia hanyalah cysts dan bukan benda lain.

Kes jarang berlaku adalah apabila risa lendir menjadi besar dan sakit, doktor akan menggunakan jarum untuk mengeluarkan atau mengurangkan cecair di dalamya.

Risa lendir ini biasanya terjadi kepada wanita berusia antara 35 dan 50 tahun.

3. Fibroadenoma

src=https://asianparent assets id.dexecure.net/wp content/uploads/sites/24/2018/11/benjolan di payudara 1 1024x667.jpg 5 Jenis Benjolan Payudara Yang Tak Berbahaya   Jom Kenali Tanda Tandanya!

Fibroadenoma biasanya berlaku kepada remaja dan wanita pada usia 20-an dan lebih biasa terjadi kepada wanita yang menggunakan pil perancang kehamilan sebelum usia 20 tahun.

Tumor jinak ini berbeza saiz dari sekecil-kecil benjolan ke beberapa inci. Ia boleh digerak-gerakkan di bawah kulit, bulat dan keras seperti guli.

Jika Fibroadenoma mengecil atau tak membesar dan doktor pasti dengan diagnosis mereka, biasanya mereka akan biarkan saja.

4. Nekrosis lemak

src=https://www.breastcancercare.org.uk/sites/default/files/styles/full width 960 /public/files/lobules illustration web.jpg?itok=OxC24pSo 5 Jenis Benjolan Payudara Yang Tak Berbahaya   Jom Kenali Tanda Tandanya!

Kredit gambar: Breast Cancer Care

Nekrosis lemak berlaku apabila lemak tisu pada payudara anda rosak akibat kecederaan dan menyebabkan terjadinya benjolan yang bulat dan keras.

Ia biasa terjadi kepada wanita yang mempunyai payudara besar dan obes. Doktor akan memerhatikan benjolan ini selama beberapa kitaran haid dan mungkin akan membuangnya melalui pembedahan.

5. Mastitis

src=https://asianparent assets my.dexecure.net/wp content/uploads/sites/6/2017/05/jpg0402f1.jpeg 5 Jenis Benjolan Payudara Yang Tak Berbahaya   Jom Kenali Tanda Tandanya!

Mastitis adalah jangkitan saluran susu. Keadaan ini boleh menyebabkan benjolan merah dan hangat disertai dengan demam.

Ia biasanya terjadi pada wanita yang menyusukan anak, tapi ia juga boleh terjadi kepada wanita yang tak menyusukan anak. 

Rawatan kepada masalah ini adalah antibiotik. Biasanya simptom mastitis lebih kurang sama dengan kanser payudara dan jika ia berlaku kepada wanita yang tak susukan anak dan tak hilang selepas diberi antibiotik, doktor mungkin akan membuat pemeriksaan lanjut.

Semua benjolan pada payudara perlu diperiksa oleh pakar perubatan dan mereka boleh bantu anda untuk memberi penjelasan tentang masalah anda.

Kebanyakan benjolan ini boleh dirawat atau hilang dengan sendiri. Tapi, pastikan anda sentiasa dapatkan nasihat doktor jika anda terjumpa benjolan pada payudara anda.

Jangan lupa lakukan rutin pemeriksaan payudara setiap bulan!

 

 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: theAsianparent Indonesia, Everyday Health

Baca juga:

8 tanda awal kanser payudara yang ramai wanita abaikan

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android, sekarang!