X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Alami BENTAN Selepas Bersalin Bahayakan Ibu & Bayi, Ketahui Cara Atasinya

6 min bacaan
Alami BENTAN Selepas Bersalin Bahayakan Ibu & Bayi, Ketahui Cara Atasinya

Bentan berlaku pada ibu yang baru lepas bersalin ketika tempoh berpantang akibat daripada terlalu aktif dan tidak menjaga pemakanan.

Perkataan bentan sering kali kita dengar apabila selamat melahirkan bayi tidak kira secara normal mahupun pembedahan. Ia dikaitkan dengan komplikasi dalam tempoh berpantang yang perlu dijaga rapi selama 44 hari.

Bentan selepas bersalin dikatakan berlaku gara-gara melanggar pantang larang. Adakah ia betul?

Jika wanita bersalin menjaga pantang dengan baik, pasti bentan tidak akan terjadi.  Tetapi jika sebaliknya seperti melanggar pantang larang tertentu, ia boleh berlaku.

Isi Kandungan

  • Apakah Maksud Bentan?
  • Punca Bentan 
  • Jenis-Jenis Bentan
  • Cara Elak Bentan Lepas Bersalin
  • Info Ringkas Bentan Cara Tradisional
  • Sekiranya Bentan Apa Perlu Dilakukan?
  • Bila Perlu Jumpa Doktor

Apakah Maksud Bentan?

bentan, maksud bentan, tanda tanda masuk angin selepas bersalin, pantang

Bentan bermaksud ibu bersalin yang mengalami sakit badan, sakit urat dan pinggang dan sakit di kawasan peranakan yang boleh menyebabkan tumpah darah. Dari aspek perubatan, bentan adalah komplikasi akibat jangkitan kuman yang dialami selepas proses kelahiran bayi.

Antara sumber jangkitan kuman yang menyebabkan bentan adalah apabila berlakunya jangkitan pada payudara, jangkitan pada saluran kencing, jangkitan pada saluran pernafasan, jangkitan pada luka kelahiran, jangkitan pada saluran peranakan ataupun jangkitan pada bahagian tubuh lain yang tidak berkaitan dengan kelahiran.

Punca Bentan 

  • Tidak menjaga pemakanan
  • Melakukan kerja berat 

Apabila larangan ini dilanggar, badan akan berasa sejuk dan anda akan rasa ingin pitam. Ia berpunca daripada dalaman ibu yang belum sembuh sepenuhnya.

Jika ia berlaku, sukar ibu untuk sihat dan pulih segera. Ada yang berminggu dan ada yang berbulan untuk sembuh. Jadi, disebabkan itu ibu yang baru melahirkan anak perlu menjaga pemakanan dan tidak melakukan sebarang kerja berat sepanjang tempoh berpantang.

Jenis-Jenis Bentan

bentan, maksud bentan, tanda tanda masuk angin selepas bersalin, pantang

#1.Bentan urat pinggang

Biasanya bentan urat pinggang terjadi kepada wanita yang melahirkan bayi secara caesarean/pembedahan. Lenguh di bahagian pinggang akan dirasai sehari atau dua hari selepas melahirkan.

Semasa berpantang ini, duduk dan bangun harus lebih berhati-hati kerana luka jahitan belum pulih. Jangan buat kerja berat, jalan secara perlahan dan elak menghentak kaki dengan kuat supaya bentan tidak berlaku.

#2. Bentan urat peranakan/rahim

Semasa berpantang, jangan buat kerja berat atau angkat benda berat di luar kemampuan wanita berpantang. Hal ini kerana rahim belum cukup kuat untuk mengampu tubuh daripada angkat benda yang berat.

Selain itu, bimbang sekiranya tumpah darah terjadi. Lebih baik anda tidak berbuat apa-apa dan hargailah tubuh badan agar tidak mengalaminya. 

#3. Bentan urat

Bentan urat antara paling kerap berlaku dalam kalangan wanita bersalin. Harus diingat, jika anda terkena yang jenis ini sepanjang hari tidak dapat bangun.

Badan turut berasa lemah dan terasa sendi-sendi di seluruh tubuh. Hingga ada ketikanya menggigil kesejukan walaupun cuaca panas.

Cara Elak Bentan Lepas Bersalin

  • Banyakkan berehat: Sebaiknya selepas bersalin, anda seharusnya merehatkan diri kerana badan memerlukan rehat yang secukupnya bagi memulihkan tenaga yang sudah hilang. Jangan sesekali angkat benda berat dan pastikan anda jaga pemakanan sepanjang berpantang. Dapatkan bantuan suami atau individu yang menjaga anda sekiranya perlu melakukan sesuatu yang diluar kemampuan anda ketika berpantang. 
  • Menjaga kebersihan: Sepanjang berpantang, jagalah kebersihan diri dengan sebaiknya seperti menukar lampin wanita dan mencuci alat kelamin dengan menggunakan garam dan kunyit atau menggunakan produk pencuci yang sesuai. Jangan ambil remeh ya!
  • Menjaga pemakanan: Pastikan anda makan makanan berpantang dan elakkan makanan yang boleh memudaratkan anda dan bayi yang menyusu. Ambil petua dan nasihat orang tua. Kadang-kadang berguna juga ya! Asalkan selamat, tidak mengapa jika anda ikut sahaja. 
  • Pantang ‘bersama’ suami : Adalah tidak sesuai untuk bersama suami selama 46 hingga ke 100 hari. Kedua-duanya harus berpantang bagi memulihkan dalaman isteri. 

Info Ringkas Bentan Cara Tradisional

  • Kerap sapu minyak panas di seluruh badan untuk membuatkan badan rasa selesa, ringan dan mudah membuang angin.
  • Memakai baju yang tebal dan panas bagi mengelakkan kesejukan di malam hari.
  • Menyarung stoking sepanjang masa selepas mandi bagi mengelakkan angin masuk ke tubuh.
  • Akhir sekali, jangan lupa bertungku untuk mengembalikan perjalanan darah ke seluruh tubuh.

Sekiranya Bentan Apa Perlu Dilakukan?

Kalau ibu-ibu baru lepas bersalin terkena bentan, jangan main-main memang boleh sakit satu badan, ditambah dengan demam pula dan sakitnya di bahagian luka. Allah sahaja yang tahu siksanya. Ini apa yang anda boleh lakukan:

#1. Makan nasi bawang putih

Bakar bawang putih, jangan sampai rentung nanti pahit. Ambil nasi lembek dan kepalkan bersama bawang putih tadi kemudian selawat dan makan macam makan sushi. 

Kunyah perlahan-lahan, inshaAllah bentan akan berkurangan. Lebih elok, selepas makan ibu ambil rehat yang cukup dan minum air suam dengan cukup. 

#2. Pakai stokin

Jangan biar kaki terbiar dan masuk angin. Pakai stokin dan selimut, kalau boleh tidur tanpa menggunakan alat pendingin hawa. 

Tanda-tanda masuk angin selepas bersalin termasuklah badan merasa sakit dan tidak selesa serta muntah-muntah. 

#3. Luka pastikan kering

Kalau boleh setiap kali selepas mandian suam (jangan mandi air sejuk) keringkan luka dengan betul. Elakkan ia daripada jangkitan. Luka yang terkena jangkitan juga boleh jadi punca bentan.

#4. Tuam bengkak susu

bentan, maksud bentan, tanda tanda masuk angin selepas bersalin, pantang

Bengkak susu boleh jadi punca bentan juga. Bengkak susu boleh terjadi akibat saluran susu yang tersumbat atau rekahan pada puting buah dada yang tidak dirawat. 

Jadi jika payudara mengalami bengkak akibat susu tersumbat, tuam perlahan-lahan dan keluarkan susu yang tersumbat menggunakan pam atau tangan.

Bila Perlu Jumpa Doktor

Jika ibu mengalami demam panas iaitu di antara 40 hingga 42 darjah Celcius, tumpah darah yang terlalu banyak dan teruk atau kemurungan, sila jumpa doktor untuk dapatkan rawatan dengan segera. Anda mungkin mengalami gejala bentan tanpa disedari sehingga boleh memudaratkan anda sepanjang berpantang.

Elak membuat aktiviti lasak dan banyak bergerak ketika berpantang bagi mengelakkan anda bentan. Berehat sahaja secukupnya dan jangan buat kerja berat bagi memastikan tempoh berpantang anda berjalan dengan lancar. 

  1. PregnancyPedia (n.d). Post-Partum Taboos. www.prenagen.com/en/post-partum-taboos

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Jamu Selepas Bersalin: 5 Bahan Asas dan Khasiat Yang Ibu Perlu Tahu

Baca juga: Cara Elak Tekanan Darah Tinggi Ketika Hamil, Ibu Berisiko Alami Kelahiran Pramatang!

Baca juga: Nak Ambil Ubat Tahan Sakit Ketika Hamil? Jaga-Jaga, Ini Yang Ibu Kena Tahu Dulu!

Stories Rakan Kongsi
Pencemaran Udara Di Dalam Rumah Lebih Berisiko Menyebabkan Kelahiran Bayi Pramatang, Ini Apa Yang Anda Patut Lakukan!
Pencemaran Udara Di Dalam Rumah Lebih Berisiko Menyebabkan Kelahiran Bayi Pramatang, Ini Apa Yang Anda Patut Lakukan!
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Ibu-Ibu, Ini Cara Untuk Kembali Yakin Dengan Diri Sendiri Selepas Pembedahan C-Section! Tiada Lagi Parut Ketara
Ibu-Ibu, Ini Cara Untuk Kembali Yakin Dengan Diri Sendiri Selepas Pembedahan C-Section! Tiada Lagi Parut Ketara
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Izzati Saadin

  • halaman rumah
  • /
  • Penjagaan pantang dan selepas bersalin
  • /
  • Alami BENTAN Selepas Bersalin Bahayakan Ibu & Bayi, Ketahui Cara Atasinya
Kongsikan:
  • Benarkah Mandi Lama-Lama Dalam Pantang Boleh Jadi Bentan, Doktor Ini Ada Jawapannya!

    Benarkah Mandi Lama-Lama Dalam Pantang Boleh Jadi Bentan, Doktor Ini Ada Jawapannya!

  • Elak Terlalu Aktif Selepas Bersalin, Bentan Ketika Berpantang Boleh Mengundang Maut

    Elak Terlalu Aktif Selepas Bersalin, Bentan Ketika Berpantang Boleh Mengundang Maut

  • Bengkung Antara Keperluan Penting Ketika Berpantang, 8 Bengkung Terbaik Ini Antara Yang Mesti Dicuba Untuk Kekal Langsing!

    Bengkung Antara Keperluan Penting Ketika Berpantang, 8 Bengkung Terbaik Ini Antara Yang Mesti Dicuba Untuk Kekal Langsing!

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

  • Benarkah Mandi Lama-Lama Dalam Pantang Boleh Jadi Bentan, Doktor Ini Ada Jawapannya!

    Benarkah Mandi Lama-Lama Dalam Pantang Boleh Jadi Bentan, Doktor Ini Ada Jawapannya!

  • Elak Terlalu Aktif Selepas Bersalin, Bentan Ketika Berpantang Boleh Mengundang Maut

    Elak Terlalu Aktif Selepas Bersalin, Bentan Ketika Berpantang Boleh Mengundang Maut

  • Bengkung Antara Keperluan Penting Ketika Berpantang, 8 Bengkung Terbaik Ini Antara Yang Mesti Dicuba Untuk Kekal Langsing!

    Bengkung Antara Keperluan Penting Ketika Berpantang, 8 Bengkung Terbaik Ini Antara Yang Mesti Dicuba Untuk Kekal Langsing!

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai kehamilan.