Rupa kening lambang personaliti? Jom tengok personaliti anda bagaimana!

lead image

Kalau anda nak tahu, bentuk kening juga boleh menggambarkan personaliti anda. Tapi hanya bentuk yang asal ya! Yang mana satu bentuk kening anda?

Jika anda perhatikan, ramai yang mementingkan bentuk kening. Ada yang suka tebal ada yang suka nipis. Kadang-kadang ada yang mengambil masa berjam-jam hanya untuk bentuk kening mereka.

Kalau anda nak tahu, bentuk kening juga boleh menggambarkan personaliti anda. Tapi hanya bentuk yang asal ya! Jadi, yang mana satu bentuk kening anda? Jom kita tengok...

1. Kening penuh

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/04/image 14.jpg Rupa kening lambang personaliti? Jom tengok personaliti anda bagaimana!

Orang yang keningnya tebal dan penuh ini adalah orang yang aktif, percaya pada diri sendiri, dan rajin berusaha untuk mencapai apa yang diinginkan.

Bekerja keras dan tegas juga adalah antara personaliti si kening tebal ini.

2. Kening nipis

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/04/image 15.jpg Rupa kening lambang personaliti? Jom tengok personaliti anda bagaimana!

Pemilik kening nipis ini biasanya susah untuk membuat keputusan hingga memerlukan bantuan orang lain untuk memberi cadangan. Mereka juga tidak suka mengambil risiko sehingga perlu berfikir lama sebelum membuat sesuatu.

Dia suka berkumpul bersama rakan-rakannya kerana boleh meningkatkan keyakinan diri.

3. Kening bersambung

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/04/image 16.jpg Rupa kening lambang personaliti? Jom tengok personaliti anda bagaimana!

Kajol adalah antara orang yang memiliki kening yang bersambung ini. Biasanya orang yang memiliki kening begini merupakan seoramg yang unik dan kreatif.

Tapi mereka juga suka berkhayal dan memiliki kecenderungan untuk menilai orang sekeliling.

4. Kening pendek

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/04/image 17.jpg Rupa kening lambang personaliti? Jom tengok personaliti anda bagaimana!

Orang yang memiliki kening ini tidak boleh mengurus stress mereka dengan baik. Mereka memerlukan hidup tanpa stress tetapi selali memilih untuk melakukan banyak kerja.

Mereka juga tidak sukakan drama dan sering fokus dalam melakukan sesuatu.

5. Kening panjang

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/04/image 18.jpg Rupa kening lambang personaliti? Jom tengok personaliti anda bagaimana!

Pemilik kening ini senang untuk menghadapi cabaran kerana dia merupakan orang yang suka menyelesaikan masalah.

Mereka mudah menyelesaikan masalah peribadi atau pekerjaan. Mereka juga sangat suka berdaya saing dan bekerja keras.

6. Kening melengkung

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/04/image 19.jpg Rupa kening lambang personaliti? Jom tengok personaliti anda bagaimana!

Orang yang kening melengkung ini seorang yang peramah dan mudah didekati, oleh itu dia disukai ramai orang.

Selain dari pandai berkonunikasi, mereka sering berfikir tentang orang lain selain diri sendiri.

7. Kening tinggi

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/04/image 20.jpg Rupa kening lambang personaliti? Jom tengok personaliti anda bagaimana!

Bentuk kening yang tinggi menandakan yang mereka ini sangat memilih dan cergas. Mereka suka pertimbangkan sesuatu sebelum mengambil keputusan. Oleh itu mereka tidak suka orang memaksanya untuk mengambil keputusan secara cepat dan spontan.

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: theAsianparent Indonesia

Baca juga:

14 maksud tahi lalat dan kaitannya dengan personaliti anda, no 5 paling mengejutkan!