Berapa banyak bayi perlu minum susu? Jangan sampai dia TAK KENYANG!

lead image

Ramai ibu menyatakan kebimbangan tentang sukatan (onz) susu yang perlu diberikan pada bayi. Ini maklumat lengkap yang anda patut tahu.

Menjadi kebiasaan bila baru bersalin, anda akan tertanya-tanya berapa banyak bayi minum susu dalam satu hari atau dalam satu-satu masa? 

Ada yang menyatakan, si kecilnya minum susu enam hingga lapan auns dalam satu masa. Wah, banyaknya minum! Tapi, tidakkah ia terlalu banyak bagi perut bayi yang baru lahir? 

Kalau dua auns pula nampak macam sikit sangat, alamak! Berapa banyak bayi minum susu dalam satu masa sebenarnya ini? 

Berapa banyak bayi minum susu? Ini segalanya anda patut tahu 

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/07/hello sehat 1.jpg Berapa banyak bayi perlu minum susu? Jangan sampai dia TAK KENYANG!

Kredit: Hello sehat

Persoalan ini sering membelenggu ibu dalam pantang. Berapa banyak bayi minum susu? Kenapa bayi minum susu formula lebih banyak berbanding bayi yang diberi susu ibu?

Purata pola makan untuk bayi baru lahir

Ibu, jangan terlalu risau dan yakin bahawa anda tidak melakukan sesuatu yang salah. Minum lebih banyak susu tidak semestinya lebih baik. 

Terdapat satu kajian dijalankan pada 16,755 bayi di Belarus. Pengambilan susu formula diberi pada kesemua bayi tersebut.

Mereka mendapati bayi yang diberi susu formula minum sebanyak 49% pada usia satu bulan, 57% ketika tiga bulan dan 71% pada umur lima bulan. 

Kajian lain juga dijalankan di Austaralia terhadap bayi yang menyusu terus dari ibu umur antara 1 hingga 6 bulan.

Mereka minum 3 auns dalam satu masa. Tapi sewajarnya, bayi bawah enam bulan minum jumlah susu yang sedikit berbanding bayi 6 bulan hingga 1 tahun. 

Mengapa bayi yang diberi susu formula minum lebih banyak daripada bayi yang menyusu?

Terdapat beberapa sebab untuk perkara ini. Antaranya ialah

1. Aliran susu 

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/07/lifestyle okezone.jpg Berapa banyak bayi perlu minum susu? Jangan sampai dia TAK KENYANG!

Kredit: lifestyle okezone

Hal ini berkaitan aliran susu ketika bulan pertama selepas bersalin. Si kecil mempunyai refleks secara automatik mencetuskan tindakan ketika menyusu. 

Ada beza antara susu ibu dan susu formula. Antaranya, susu ibu akan melalui penurunan jika anda tidak menyusu secara konsisten.

Tapi, susu formula lebih konsisten. Sebab itu bayi akan lebih cenderung rasa kenyang bila minum susu formula. 

2. Bayi yang diberi susu ibu ada kawalan yang lebih besar

Masalah dalam penyusuan adalah anda tidak tahu berapa banyak bayi minum susu. Jika dia nampak puas hati lepas lima minit minum, anda mungkin akan memujuknya lagi untuk minum lebih banyak. 

Walaubagaimanapun, jika anda melihat berat badan bayi semakin meningkat dan kelihatan gembira setiap hari selepas diberi minum susu, anda harus percaya naluri bayi sendiri untuk berapa banyak susu yang si kecil mahu minum.

3. Kadar metabolisme yang berbeza

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/07/lunatots.jpg Berapa banyak bayi perlu minum susu? Jangan sampai dia TAK KENYANG!

Kredit: lunatots

Nutrisi yang terdapat dalam susu ibu digunakan dengan lebih cekap dan bermanfaat. Selain itu, susu ibu mempunyai hormon leptin dan adiponectin. 

Hormon ini membantu bayi mengawal selera makan dan metabolisme tenaga mereka. 

5. Stok susu yang dipam tidak mencukupi 

Situasai lain yang membuat ibu dilema adalah antara direct breast feed atau nak pam susu badan. Ramai ibu tidak ada masalah nak direct feed baby. Namun mereka ada masalah bila susu tidak mencukupi untuk dibuat stok. 

Kadang-kadang ibu perlu pam susu sebanyak dua ke tiga kali sehari supaya si kecil kenyang semasa menyusu. Ini yang membuatkan ibu bimbang tentang berapa banyak bayi minum susu dalam satu masa. 

Jadi, berapa banyak bayi minum susu? 

Bayi yang menyusu dengan botol susu minum lebih banyak dan ia juga berkaitan dengan jenis susu yang diberikan. 

Namun, anda boleh kawal penyusuan itu dengan memberikan botol susu yang mempunyai lubang lebih kecil supaya aliran susu lebih perlahan. 

Bagaimana nak buat? 

  • Jangan upgrade lubang botol susu. Biarkan si kecil minum secara perlahan yang sesuai dengan usianya yang masih bayi. 
  • Pastikan bayi anda tegak ketika menyusu supaya dia berasa penuh dan tidak memerlukan lebih banyak susu.
  • Ketika menyusu rehatkan bayi sekejap. Biarkan si kecil tahu perutnya sudah kenyang dan tidak hanya menghisap puting botol susu dengan lebih lama. 

Semoga artikel ini bermanfaat dan ibu pun tak bimbang lagi tentang berapa banyak bayi minum susu dalam satu masa. 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: penulis asal Nasreen Majid. Artikel ini mendapat keizinan dari theAsianparent Singapore untuk diterjemahkan. 

Baca juga:

Berapa kerap bayi baru lahir perlu menyusu dan apa cara menyusu yang betul?