TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Berapa kali anak yang berusia 1-3 tahun perlu makan dalam sehari?

3 min bacaan
Berapa kali anak yang berusia 1-3 tahun perlu makan dalam sehari?

Berapa kali sehari anak harus makan? Jangan hairan jika anak selalu lapar dan perlu makan dengan lebih kerap. Ada sebabnya anak perlu makan lebih 3 kali.

Berapa kali sehari anak makan?

Adakah ibu bapa tertanya-tanya, berapa kali sehari anak harus makan? Biarpun sudah makan makanan pejal, jangan hairan jika anak selalu cepat lapar dan perlu makan dengan lebih kerap.

Disebabkan perutnya yang masih kecil, anak tidak dapat makan dengan banyak dan tidak dapat menahan lapar seperti orang dewasa.

Sewajarnya anak perlu makan sekurang-kurangnya 3 sajian utama sehari, tetapi ibu bapa boleh memberi makanan kepada anak sehingga 6 kali.  

#1 Sarapan pagi

berapa kali sehari anak harus makan

Mulakan setiap hari dengan sarapan pagi, tetapi ibu bapa tidak perlu menyediakan sarapan pagi yang banyak pun!

Jangan lupa, perut anak anda masih kecil. Untuk sarapan pagi ibu bapa boleh menyediakan: telur masak hancur, oat dengan susu, buah-buahan, sekeping roti ataupun secawan susu.

#2 Snek pertama 

Snek pertama boleh diberikan 2 jam selepas sarapan pagi. Tapi pastikan ibu bapa beri snek ini 1 1/2 jam sebelum makan tengah hari supaya anak tidak terlalu kenyang nanti.

Walaupun ia hanya snek kecil, elakkan dari memberi makanan yang diproses. Sebaliknya, beri anak makan keju semulajadi, buah-buahan atau yogurt. Jangan lupa beri anak air juga ya!

#3 Makan tengah hari

berapa kali sehari anak harus makan

Apabila menyediakan makanan tengah hari, ibu bapa boleh cuba cara yang lebih kreatif dan kalau boleh jangan beri makanan yang sama.

Ini kerana anak cepat bosan dan apabila mereka bosan dengan menu atau cara hiasan yang sama setiap hari, mereka akan enggan untuk makan.

Pastikan makanan anak seimbang dan mempunyai protein, karbohidrat dan sayur-sayuran (serat). 

#4 Snek kedua  

Seperti orang dewasa yang rehat waktu minum teh, anak anda juga memerlukan snek keduanya selepas bangun dari tidur.

Snek kedua anak patut diberikan 3 jam selepas makan tengah hari supaya dia kekal aktif dan bertenaga sehingga masa makan malam. Jangan beri snek seperti kerepek ataupun keropok yang mempunyai kandungan MSG tinggi dan tidak berkhasiat.

Cuba beri buah-buahan yang lain, telur rebus yang dipotong kecil ataupun biskut dan secawan air.

#5 Makan malam

berapa kali sehari anak harus makan

Kebanyakkan kanak-kanak kecil tidak akan makan dalam kuantiti yang banyak apabila makan malam. Ini kerana mereka sudahpun makan banyak makanan yang bernutrien sepanjang hari.

Meskipun begitu, anak anda masih perlu makan malam. Ini untuk memastikan anak kenyang sepanjang malam.

Anak yang bangun tengah malam kerana lapar, susah untuk tidur balik. Jadi pastikan mereka makan dan mulakan dengan hidangan yang lebih sedikit dulu.

Kalau tidak cukup ibu bapa boleh tambah lagi. 

#6 Snek sebelum tidur 

Sebelum anak tidur, ibu bapa masih boleh memberi mereka snek yang kecil tapi pastikan anak tidak terlalu kenyang. Buah pisang atau setengah cawan susu sudah memadai.

Jika anak masih lapar, ibu bapa boleh memberi sandwic keju yang kecil.  

Ibu bapa tidak perlu terlalu tegas berapa kali sehari anak harus makan, yang penting makanan yang disajikan berkhasiat dan bernutrien tinggi.

 

 

 

 

Artikel ini telah diterbitkan semula dari theAsianparent Singapore

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The Asianparent Malaysia

Baca juga:

10 Idea Bekal Anak Sekolah Bento, Si Manja Pasti Sukakannya!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Rosanna Chio

  • halaman rumah
  • /
  • Snek
  • /
  • Berapa kali anak yang berusia 1-3 tahun perlu makan dalam sehari?
Kongsikan:
  • 8 Jenis Cheese Ini Terbaik Untuk Tambah Selera Makan Si Kecil, Ibu Boleh Beli Terus Di Sini, Mudah!

    8 Jenis Cheese Ini Terbaik Untuk Tambah Selera Makan Si Kecil, Ibu Boleh Beli Terus Di Sini, Mudah!

  • Ibu Ayah Mencari Makanan Ringan Yang Enak Dan Sihat Untuk Si Comel? Ini 9 Pilihan Yang Pasti Anak Suka!

    Ibu Ayah Mencari Makanan Ringan Yang Enak Dan Sihat Untuk Si Comel? Ini 9 Pilihan Yang Pasti Anak Suka!

  • Sedapnya Buah Naga! Ia Kaya Dengan Nutrisi & 3 Resipi Mudah Untuk Si Manja 6 Bulan Ke Atas Cuba

    Sedapnya Buah Naga! Ia Kaya Dengan Nutrisi & 3 Resipi Mudah Untuk Si Manja 6 Bulan Ke Atas Cuba

  • 8 Jenis Cheese Ini Terbaik Untuk Tambah Selera Makan Si Kecil, Ibu Boleh Beli Terus Di Sini, Mudah!

    8 Jenis Cheese Ini Terbaik Untuk Tambah Selera Makan Si Kecil, Ibu Boleh Beli Terus Di Sini, Mudah!

  • Ibu Ayah Mencari Makanan Ringan Yang Enak Dan Sihat Untuk Si Comel? Ini 9 Pilihan Yang Pasti Anak Suka!

    Ibu Ayah Mencari Makanan Ringan Yang Enak Dan Sihat Untuk Si Comel? Ini 9 Pilihan Yang Pasti Anak Suka!

  • Sedapnya Buah Naga! Ia Kaya Dengan Nutrisi & 3 Resipi Mudah Untuk Si Manja 6 Bulan Ke Atas Cuba

    Sedapnya Buah Naga! Ia Kaya Dengan Nutrisi & 3 Resipi Mudah Untuk Si Manja 6 Bulan Ke Atas Cuba

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham