Berhati-hati menggunakan produk kecantikan kulit
Beliau yang dahulunya berkulit licin dan cerah mengalami masalah jerawat dan bernanah di serata muka dan dahinya, serta berminyak
Asmida Wahab, pemilik Instagram yang berasal dari Melaka berkongsi kisah mengenai masalah kulit yang dialaminya sejak menggunakan produk penjagaan kulit tempatan. Dia yang dahulunya berkulit licin dan cerah mengalami masalah jerawat dan bernanah di serata muka dan dahinya, serta berminyak.
Dugaan yang terpaksa dialami olehnya ialah kawan-kawan yang lain menjauhkan diri. Sebab masalah kulit yang dialaminya, kulitnya menjadi lebih sensitif, dan dia tidak dapat mengenakan sebarang solekan, cuma mengenakan celak dan maskara untuk “touch up” matanya sahaja, serta pemerah bibir.
A photo posted by mida???? (@asmidawahab) on
Mukanya masih lagi nampak manis dan cerah cuma masalah kulit yang dialaminya membuatkan mukanya nampak agak keruh, gelap dan muram.
Dia juga mendakwa yang dia sudah memberhentikan pemakaian produk penjagaan kulit tempatan. Dia mengharapkan doa daripada orang ramai dan kawan-kawan agar kulitnya cepat sembuh.
Memiliki kulit yang cerah dan bersih menjadi idaman setiap orang terutamanya wanita. Oleh itu, pemilihan produk penjagaan kulit muka perlu dilakukan dengan berhati-hati kerana kulit setiap orang adalah berbeza, tahap sensitivitinya juga adalah berbeza.
Oleh yang demikian, elakkan terpengaruh dengan iklan di internet atau media masa yang menjanjikan kulit yang putih dalam masa yang singkat serta murah. Kita semua sudah dikurniakan kulit yang sudah cukup baik dan sempurna, ia adalah tanggungjawab kita untuk memelihara kulit kita.
Jika mempunyai masalah kulit, anda hendaklah berjumpa dengan pakar kulit yang lebih arif tentang masalah kulit. Jangan memperjudikan kesihatan anda dengan membeli produk penjagaan kulit yang tidak berdaftar dan merbahaya. Selain itu, berbelanjalah lebih sedikit untuk membeli keperluan penjagaan kulit muka. Belilah produk penjagaan kulit di farmasi dan pilihlah jenama yang boleh dipercayai. Ianya terlalu banyak untuk disebutkan di sini.
Kenalpasti bahan-bahan yang berbahaya terhadap kesihatan anda yang menjadi ramuan di dalam produk penjagaan kulit anda.
A video posted by mida???? (@asmidawahab) on
Ciri-ciri produk penjagaan kulit yang bahaya adalah:
- Mempunyai merkuri.
- Melekit-lekit:Ada krim yang dicampurkan dengan bedak sejuk supaya tahan lebih lama.
- Tidak homogen : Lapisan minyak dan lapisan krim akan terpisah dengan lapisan padat.
- Krim berwarna terang : Untuk memudarkan warna logam merkuri, mereka akan tambah dengan bahan pewarna seperti putih metallic atau kuning.
- Rasa panas dan gatal : Pada peringkat awal pemakaian, Kulit akan menjadi panas dan gatal, kerana iritasi sedang berlaku. Kulit Anda juga tidak dapat terkena matahari, oleh sebab ini.
- Kulit bebas jerawat : oleh sebab pencemaran merkuri di atas kulit anda, epidermis kulit sudah menjadi nipis dan melanin(yang memberikan tona warna kulit) serta sebarang bakteria tidak dapat hidup di atas kulit anda oleh sebab merkuri yang berlebihan. Kesan “penipuan” produk kecantikan ialah pori kulit anda seolah-olah mengecil. Kesan lama penggunaan produk beracun adalah kulit berjeragat serta hitam kekelabuan. Dengan itu, untuk memulihkan semula kulit anda, anda terpaksa berjumpa doktor pakar, dan terpaksa membayar harga berganda, untuk mengubati semula kulit anda. Mencegah lebih baik daripada mengubati.
Jadilah pengguna yang bijak dan jangan cepat terpedaya dengan iklan kosmetik yang murah.
Artikel dipetik dari Siakap Keli