theAsianparent Logo

Usahlah bergaduh, damaikan lebih baik? Ikut 10 langkah ini untuk berhenti gaduh dengan pasangan

Dalam hubungan suami isteri, kita tidak dapat mengelakkan konflik. Jadi bagaimana cara anda berhenti gaduh dengan pasangan? Berikut 10 cara yang boleh diikuti.

Tiada siapa ingin bergaduh dengan pasangan. Mungkin sesetengah pihak kata bagus bergaduh supaya apa yang terpendam dalam hati terluah. Tapi apabila terlalu kerap bergaduh, tidakkah akan rasa hambar dalam rumah tangga? Justeru, bagaimanakah cara berkesan untuk berhenti gaduh dengan pasangan ini?

Jangan risau, hari ini kami di theAsianparent Malaysia akan menyenaraikan bagaimana anda boleh berhenti gaduh dengan pasangan. Ikuti 10 langkah mudah yang kami sediakan di bawah. 

Bagaimana anda boleh berhenti gaduh dengan pasangan?

“Setiap orang mempunyai pendapat sendiri” – kata Debbie Mandel, seorang pengarang buku. Walaubagaimanapun, betapa kuat jeritan atau kemarahan yang diluahkan kepada pasangan tidak akan meramal kebahagian dalam perkahwinan.

Ada sesetengah pasangan apabila bergaduh, mereka kemudiannya akan melakukan hubungan kelamin. Tetapi tidak semuanya begitu, ada yang pergi “meninggalkan” pasangan dengan kemarahan dan kebencian.

berhenti gaduh dengan pasangan, pasangan bergaduh, gaduh dalam perkahwinan, bergaduh depan anak, bergaduh dalam hubungan

Berhenti gaduh dengan pasangan kerana kesihatan anda boleh menderita

Kajian daripada Brigham Young University mengamati pasangan yang kerap bergaduh dan kaitannya dengan kesihatan yang buruk. Kajian menyimpulkan pasangan yang tidak berdebat sebenarnya hidup lebih lama.  

Sekiranya pergaduhan adalah perkara biasa dalam hubungan anda, anda tidak perlu terlalu bimbang. Terdapat beberapa teknik yang boleh membantu berhenti gaduh dengan pasangan ini. 

10 cara untuk berhenti gaduh dengan pasangan

1. Masuk tidur dengan rasa marah

Tidak, ini bukan tersalah taip atau typo! Beberapa ahli terapi mengatakan sebelum menyelesaikan pergaduhan, biarkan seseorang itu tidur di atas sofa.

Menurut Lisa Earle McLeod, beliau mendapati tidur dalam keadaan marah menjadi pilihan terbaik. Ia membolehkan seseorang itu membersihkan pemikiran mereka dan mendapatkan tidur yang baik.

berhenti gaduh dengan pasangan, pasangan bergaduh, gaduh dalam perkahwinan, bergaduh depan anak, bergaduh dalam hubungan

2. Melepaskan ketegangan dalam pergaduhan

Melody Brooke, seorang ahli terapi nikah mengatakan terdapat 2 perkara penting dalam pergaduhan:

  • Mengakui kesilapan anda sendiri pada pasangan.
  • Menunjukkan simpati terhadap pasangan.

Brooke, pengarang The Blame Game, mengatakan melepas ketegangan dalam pergaduhan seakan bertentangan tetapi sebenarnya ia memberikan kesan yang baik.

3. Senyap dan sentuh pasangan

Kadang-kadang, perbincangan tidak membantu dalam pergaduhan. Oleh itu, pasangan harus saling berpegangan antara satu sama lain. Ia dilihat lebih berfungsi untuk perdamaian.

4. Jangan guna perkataan “TAPI”

Pengarang, Jane Straus mengatakan cukup, berhenti bergaduh dan mulakan kehidupan seharian anda.

Apabila berlakunya pertengkaran, pasangan akan kerap kali menggunakan perkataan TAPI. Contohnya, “Abang memang bagi sayang masa me time, tapi abang tak pernah tolong sayang kemas rumah!”

5. Ingat apa yang penting

berhenti gaduh dengan pasangan, pasangan bergaduh, gaduh dalam perkahwinan, bergaduh depan anak, bergaduh dalam hubungan

Perkahwinan membabitkan 3 perkara iaitu suami, isteri dan perkahwinan. Jadi, kita perlu menjaga ketiga-tiganya.

Bertolak ansur adalah penting dalam rumahtangga dan jangan sesekali mengatakan anda sibuk bekerja jadi urusan rumahtangga diserahkan semua kepada isteri.

Sebaiknya saling bekerjasama agar institusi kekeluargaan terjalin dengan sempurna.

6. Bersantai dan berehat

Berehat selalam 30 saat boleh membawa kepada perdamaian. Seperti Timothy Warneka berkata, berhenti berkata-kata, keluar dari bilik dan sambung semula perbincangan apabila keadaan kembali tenang.

Biasanya apabila bergaduh keadaan akan jadi tegang dan panas. Tindakan biasa yang diambil adalah menyerang pasangan.

Jadi bagi mengelak ia berlaku, tarik nafas dalam dan buat kiraan 10 kali.

7. Jangan balas

Sekiranya pasangan memarahi atau mencetuskan pergaduhan, sebaiknya anda tidak membalas. Cuba mendengar apa yang ingin disampaikan terlebih dahulu.

Jika diri anda salah di mana-mana, segera meminta maaf tapi jika dia yang salah tegurlah secara berhemah.

8. Tangani dengan mesra

Cuba dengar perasaan pasangan anda. Kemudian, katakan sesuatu agar pasangan memahami.

Letakkan tangan di bahunya dan katakan yang dirinya amat penting bagi anda. Sebenarnya ia amat sukar dilakukan tetapi ini adalah jalan terbaik untuk berhenti gaduh dengan pasangan.

Tindakan ini biasanya boleh mencairkan hati pasangan dan seterusnya pergaduhan tidak terjadi.

9. Empati

berhenti gaduh dengan pasangan, gaduh dengan suami, pergaduhan depan anak, bergaduh dalam perkahwinan

Untuk berhenti gaduh dengan pasangan, letakkan diri anda di tempatnya dan simpati dengan apa yang dirasakan olehnya.

Contoh, sekiranya pasangan cemburu anda sering lewat pulang ke rumah kerana berjumpa rakan-rakan. Cuba bayangkan jika anda di tempatnya, pasti anda juga merasakan yang sama, kan? Kemudian, akuilah kesilapan itu.

10. Berkomunikasi dengan perasaan anda

Langkah seterusnya untuk menghentikan perkelahian adalah menyesuaikan dengan apa yang sebenarnya anda rasa pada masa ini.

Kemudian boleh mengakui atau berkongsi dengan pasangan. Misalnya apa yang berlaku dan bagaimana ingin selesaikannya.

Anda boleh mengambil risiko bersikap jujur dan terbuka terhadap perasaan sendiri. 

Berhenti gaduh dengan pasangan secara berkomunikasi

Semakin anda berkomunikasi dengan jujur dan belas kasihan, semakin mudah menghentikan pergaduhan. Jaga hubungan seharian dengan baik.

Benar, tidak ada perkahwinan yang sempurna dan pergaduhan hanyalah benteng perceraian. Jika tips dan langkah ini anda ikuti, pastinya akan ada rasa hormat antara satu sama lain.

Dengan itu, kehidupan yang bahagia bisa membuatkan anda untuk hidup dengan lebih lama! Renung-renungkan.

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber rujukan : theAsianparent Singapore 

Foto kredit:Pixabay

Baca juga:

"Bagaimana hendak selamatkan perkahwinan saya?" – Wanita ini menjumpai caranya!