Anda Mahu Suami Berhenti Merokok? Ini 7 Cara Anda Boleh Bantu Mereka

lead image

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan anda sukar untuk berhenti merokok. Kenali faktor tersebut dan tanganinya dengan 7 cara berhenti merokok ini.

Mulai 1 Januari 2019, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengeluarkan arahan larangan merokok di semua premis makanan. Jadi, mungkin ini adalah peluang untuk para suami dan ayah berhenti merokok.

Pasti anda sudah tahu kesan buruk yang boleh dialami dari merokok, seperti kanser paru-paru

Mesti anda dah cuba nak berhenti merokok, tapi gagal kan? Jadi, jom ketahui kenapa susah sangat nak berhenti dari merokok ini.

Berhenti merokok: 3 faktor kenapa anda sukar berhenti

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/10/Fotolia 147837269 S.jpg Anda Mahu Suami Berhenti Merokok? Ini 7 Cara Anda Boleh Bantu Mereka

1 – Faktor fizik

Ketika nikotin masuk ke dalam saluran darah, ia akan pergi ke otak dan mencetuskan pelepasan adrenalin dan dopamin.

Adrenalin akan membuatkan anda lebih berhati-hati manakala dopamin pula memberikan anda rasa kepuasan dan ketenangan.

Rasa puas dan tenang ini akan dirasai selama hanya beberapa minit dan membuatkan anda rasa seperti ingin menyelakan sebatang lagi rokok.

2 – Faktor psikologi

Dadah seperti heroin atau kokain akan membuatkan anda berada dalam keadaan yang ekstrem dan tak terkawal.

Lain halnya dengan nikotin. Ia membuatkan anda rasa seimbang sehingga ramai yang merasakan rokok boleh membantu mengawal emosi, tekanan, rasa cemas dan kurangkan rasa bosan.

3 – Faktor sosial

Ramai orang hanya menekankan faktor susah berhenti merokok hanya dari segi fizik dan psikologi. Tapi, faktor sosial juga memainkan peranan penting.

Ia seperti bila anda keluar lepak bersama rakan-rakan dan apabila mereka merokok, keinginan anda untuk merokok bersama mereka juga membuak-buak.

Jadi, apa cara untuk berhenti merokok?

src=https://media.istockphoto.com/photos/hand refusing cigarette picture id462264231?k=6&m=462264231&s=612x612&w=0&h=5gOtPUVXMSe5hYuAGugP 9o2kJGcHMiS 9bMY3j4 Ic= Anda Mahu Suami Berhenti Merokok? Ini 7 Cara Anda Boleh Bantu Mereka

Anda boleh menetapkan satu tarikh untuk anda berhenti dan komited untuk berhenti pada tarikh yang anda tetapkan itu.

Pilih tarikh yang mudah untuk anda ingat seperti hari jadi anak anda. Ketika tiba tarikh ini, penuhkan masa anda dengan aktiviti bersama keluarga hingga anda tak berpeluang untuk merokok.

Beritahu tarikh ini kepada rakan-rakan anda yang biasa merokok bersama anda. Ini supaya mereka dapat mengingatkan anda tentang niat anda dan tak mengajak anda untuk merokok bersama mereka.

Lebih baik lagi jika anda mempunyai kawan yang sama-sama ingin berhenti dan dapat mengingati satu sama lain.

7 cara untuk menghindari godaan merokok

Anda perlu mengelakkan diri dari benda atau orang yang boleh membuatkan keinginan anda untuk merokok kembali, seperti:

  • Kawan yang merokok
  • Pub atau tempat awam yang dipenuhi perokok
  • Buang semua rokok, pemetik api dan ashtray di rumah, dalam kereta dan di pejabat
  • Cari hobi baru seperti bersenam untuk mengisi masa lapang
  • Bersihkan rumah dan kereta dari bau rokok

Cari bantuan

Jika anda sukar melakukan perkara ini seorang diri, cari bantuan. Ada pelbagai cara untuk anda berhenti merokok seperti hipnosis, terapi laser atau gula-gula getah nikotin.

Tapi, cara yang paling efektif yang diakui oleh Organisasi Kesihatan Dunia (WHO) adalah menggunakan terapi aurikularis.

src=https://www.rccmassage.com/uploads/upload/ear%20acupuncture.jpg Anda Mahu Suami Berhenti Merokok? Ini 7 Cara Anda Boleh Bantu Mereka

Terapi ini menggunakan teknik akupuntur yang merangsang titik-titik di permukaan telinga dengan mikroelektro yang rendah. Rangsangan ini akan mengaktifkan hormon endorfin di bahagian tengan otak anda.

Hormon ini akan menutup molekul nikotin yang secara automatik akan menghentikan ketagihan anda pada nikotin.

Peratus keberkesanan cara ini adalah lebih dari 95% asalkan anda betul-betul mahu berhentik merokok. Seramai tiga dari empat perokok hanya perlu menjalani terapi ini sekali saja selama 20 minit.

Terapi aurikularis ini tak disarankan kepada perokok yang menggunakan perentak jantung, menderita epilepsi, sering kejang atau sedang hamil.

Jadi, apa tunggu lagi?

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Sumber: theAsianparent Indonesia

Baca juga: 

Anda hanya merokok di tempat kerja atau dalam kereta? Kesan buruknya masih SAMA pada anak!

 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android, sekarang!