"Untuk Keluarga Bahagia, Beri Semua Duit Anda Pada Isteri" - Nasihat Artis Dan Suami Ini

"Untuk Keluarga Bahagia, Beri Semua Duit Anda Pada Isteri" - Nasihat Artis Dan Suami Ini

Suami dan artis terkenal ini menyarankan untuk bentuk keluarga bahagia, suami perlu beri semua duit suami pada isteri. Apa pendapat anda? Setuju tak?

Beri semua duit suami pada isteri untuk keluarga bahagia?

Wah, berita gembira untuk semua isteri nampaknya! Anda mahukan keluarga bahagia? Buat seperti saranan dan tip berguna dari artis terkenal Filipina – Ian Veneracion.

Menurut Ian, keluarga bahagia hasil daripada isteri yang bahagia. Tapi bagaimana ingin membahagiakan seorang isteri?

Artis berusia 42 tahun dan terkenal dengan cerita A Love to Last ini berkongsikan pengalamannya.

Menurut beliau, isterinya yang mengurus semua hal kewangan beliau. Malah, isteri yang bekerja sebagai seorang jurutera itu juga bijak dalam mengurus kewangan!

keluarga bahagia

Kredit: Philstar.com

Sekarang, isterinya mengambil keputusan untuk melabur dalam perniagaan showbiz. Semua ini mendatangkan pulangan yang makin berlipat kali ganda untuk mereka sekeluarga!

Ian amat setuju dengan keputusan isterinya itu dan menganggap tindakan memberi isterinya menguruskan kewangan adalah tindakan yang bijak.

Beliau beri semua duitnya pada si isteri sejak berkahwin untuk keluarga bahagia

Sejak selepas berkahwin lagi, Ian telah memberikan semua bayaran dan wangnya untuk diuruskan si isteri.

Ian dipetik mengatakan – 

“Whatever I have money, my money, is her money too.”

Jadi, Ian tak pernah menghalang isterinya membuka perniagaan dengan duit mereka. 

Ian juga sempat bergurau dengan mengatakan sebab itu beliau tidak curang. Ia kerana beliau “tak ada duit” nak tanggung perempuan lain! 

Semua duitnya akan diberi sebagai elaun dari si isteri. Haha!

keluarga bahagia

Keluarga bahagia: Menguruskan hal kewangan apabila sudah berkeluarga

Bagaimana cara kita sekeluarga menguruskan kewangan boleh mendatangkan pelbagai kebaikan

Lagipun, zaman sekarang yang semakin merosot memerlukan semua pasangan suami isteri unruk bijak menguruskan kewangan keluarga.

Women’s Institute for Financial Education menyarankan pasangan untuk bijak menguruskan wang demi hubungan yang lebih bahagia. 

Bagaimana nak urus wang dengan betul? Begini caranya:

1 – Jika baru berkahwin
  • Bina struktur kewangan bersama-sama. Tentukan berapa/siapa yang bayar bil dan sebagainya
  • Terima kekurangan dan kelebihan masing-masing. Ada pasangan yang boros, ada pasangan yang jenis bijak bercermat. Cuba tetapkan bajet setiap bulan untuk kedua-dua pasangan.
  • Jangan sorok jika ada masalah kewangan. Kongsi dengan pasangan dan bawa berbincang
  • Tetapkan apa yang penting terlebih dahulu
keluarga bahagia
2 – Jika ingin memulakan keluarga dan ada anak
  • Jika salah seorang pasangan tak bekerja, tentukan berapa modal yang diperlukan
  • Sediakan wasiat untuk mengelak masalah di kemudian hari, terutamanya untuk anak-anak anda
  • Buka tabung pendidikan dan tabung simpanan untuk anak-anak
  • Pasangan yang tak bekerja boleh melakukan part-time di rumah.
  • Jangan terlalu bercermat hingga mengabaikan keperluan pasangan dan anak-anak

Ha… macam mana? Isteri mungkin lebih teratur menguruskan kewangan, namun ada juga mungkin akan terdorong untuk “lebih berbelanja”.

Masing-masing mempunyai gaya dan kaedah yang tersendiri dalam menyimpan dan menguruskan kewangan

Apa pendapat anda? Ada sebarang tips berguna yang boleh dikongsikan?

Kalau anda setuju dengan pendapat Ian yang suruh suami beri semua duit pada isteri, apa kata anda tag pasangan anda. Barulah mereka tahu, hihihi.

Sumber rujukan: ABS.News dan Women’s Institute for Financial Education

Kredit gambar: Buzzfeed

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

Kos Sara Anak: Mengapa Ibu Bapa Selalu Tak Cukup Duit?

 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

Penulis

Ayu Idris

app info
get app banner