Cup feeding atau beri susu ibu dengan cawan, bagaimana cara yang betul dan selamat?

Cara beri susu tanpa botol ini disyorkan untuk bayi berat lahir rendah atau bayi yang menghadapi masalah untuk menghisap dari payudara atau botol.

Ibu menyusu selalu mencari kaedah alternatif untuk beri susu tanpa botol apabila susu badan lambat masuk kerana takut bayi mereka keliru puting.

Selalunya, kita sudah biasa melihat ibu menyusu terus dari payudara ataupun melalui botol. Tapi pernahkah ibu-ibu dengar tentang cup feeding atau beri susu dengan menggunakan cawan? 

Di dalam video Facebook yang telah dikongsi oleh Breastfeeding Mama Talk baru-baru ini, seorang ibu sedang memberi susu kepada bayi baru lahir dengan cawan kecil. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), memberi susu dengan kaedah ini mahupun dengan picagari adalah alternatif yang baik untuk bayi dengan berat lahir rendah.

Bayi dengan berat badan kurang daripada 2.5kg, malah menghadapi masalah untuk menyusu juga calon yang sesuai untuk kaedah beri susu tanpa botol ini.

Cup feeding bukan saja dapat membantu bayi-bayi ini untuk mendapat nutrien yang diperlukan serta menambahkan berat badan. Ia juga boleh mengelakkan dehidrasi, pertumbuhan lambat, penyakit, dan dalam kes teruk: kematian.

www.facebook.com/Booba.Cute/videos/427380114372078/

 

Cup feeding: Adakah cara beri susu tanpa botol ini selamat untuk bayi baru lahir?

Walaupun kaedah ini menerima banyak komen positif, sesetengah ibu bapa bimbang bayi mereka akan menelan terlalu banyak udara apabila minum susu dengan menggunakan cawan. 

Kaedah beri susu tanpa botol ini mestilah dilakukan dengan cara yang betul dan dengan saiz cawan yang sesuai.

Oleh itu, ibu bapa yang ingin memberi bayi mereka susu dengan menggunakan kaedah cawan perlu diajar caranya terlebih dulu. Kali pertama saya melihat jururawat menggunakan kaedah ini, saya betul-betul kagum. 

Ya, cara ini memang selamat, tetapi sebelum mencuba cup feeding di rumah, bincang dulu bersama pakar pediatrik bayi anda terlebih dahulu.

beri susu tanpa botol, memberi susu dengan cawan, Pemberian Susu Menggunakan Cawan, susu dengan cawan, beri susu dengan cawan, susu dalam cawan

Menurut NHS, cup feeding atau memberi susu dengan cawan sering disyorkan untuk bayi yang perlu minum lebih dari 3 – 5 mililiter.

Kaedah beri susu tanpa botol ini dapat membantu penyusuan, kerana cara bayi anda menelan susu serupa dengan menyusu – iaitu dengan menggunakan lidah dan rahang bawah mulutnya. 

Bagaimana untuk melakukan cup feeding?

  • Mulakan dengan tangan yang bersih. Basuh dan keringkan tangan.
  • Guna cawan yang telah disteril setiap kali memberi susu kepada bayi. 
  • Bedungkan bayi anda supaya mereka tidak terlalu aktif bergerak sehingga menumpahkan susu semasa penyusuan.
  • Pakaikan bib atau alaskan leher dan dada bayi dengan tuala kecil.
  • Beri susu di dalam cawan, sedikit demi sedikit. Pastikan ibu bapa tegakkan badan bayi seperti sedang duduk untuk memastikan mereka tidak tercekik!
  • Letakkan cawan pada bibir bawah bayi anda.
  • Tuangkan susu dengan perlahan-lahan sehingga susu dalam cawan sentuh bibir bawah bayi anda. 
  • Biarkan bayi anda rasa susu itu dengan lidah mereka, kemudian mereka akan mula minum mengikut rentak sendiri. 
  • Ibu bapa kena ikut cara bayi mereka minum. Mungkin dia perlu berhenti seketika untuk berehat. Apabila sudah kenyang, mereka akan menutup mulut atau mengelakkan diri dari cawan. 

Satu lagi cara lain beri susu tanpa botol untuk bayi baru lahir ialah melalui picagari

  • Sama seperti di atas mula dengan tangan dan peralatan yang bersih dan di steril.
  • Tegakkan badan bayi anda dan jangan beri lebih dari 0.2 ml susu pada masa yang sama.
  • Ibu bapa boleh melakukan ini di antara pipi dan gusi atau secara langsung pada lidah mereka.
  • Pastikan mereka telan dulu sebelum memberi lebih banyak susu. 

Pernah tak ibu-ibu di ajar cara untuk memberi susu kepada si kecil dengan menggunakan cawan semasa di hospital?

Ada tak di antara ibu-ibu yang pernah mencuba kaedah ini? Kongsi pengalaman anda bersama kami di ruang komen di bawah!

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: WHO, NHS UKlaman Facebook Breastfeeding Mama Talk

Baca juga:

Cara Tegangkan Payudara Selepas Menyusu Bayi Dengan Berkesan, #5 Wajib Cuba!

 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!