Pakar: Beri Telefon Pintar Pada Anak Sama Seperti Beri Dadah Kokain!

Pakar: Beri Telefon Pintar Pada Anak Sama Seperti Beri Dadah Kokain!

Telefon pintar adalah satu "ketagihan" yang merosakkan perkembangan otak anak-anak. Mereka terbuka kepada pelbagai indikasi buruk akibat pemberian telefon pintar terlalu awal.

Telefon pintar seperti dadah kokain?

Ha... jangan terkejut ibu bapa semua! 

Seorang pakar terapi yang terkenal mengendalikan kes ketagihan telah memberi satu amaran keras.

Jangan beri telefon pintar terlalu awal pada anak-anak anda! Ia umpama memberi satu gram kokain.

Hal ini kerana kanak-kanak akan menghabiskan masa mereka di hadapan skrin telefon, berbanding meluangkan masa melakukan aktiviti lain. Mereka akan khusyuk menghabiskan masa dalam aplikasi Facebook, Snapchat atau Instagram.

Pakar: Beri Telefon Pintar Pada Anak Sama Seperti Beri Dadah Kokain!

Mereka juga akan "ketagih" dengan media sosial, sama seperti ketagihan pada dadah dan alkohol!

Sebuah persidangan pendidikan telah dijalankan di kota London bagi membincangkan isu ini. Antara yang turut hadir dalam persidangan tersebut adalah pakar ketagihan teknologi dan pakar perkembangan remaja, Puan Mandy Saligari. 

Beliau juga adalah pakar dari Klinik Pemulihan Harley Street. Menurutnya, ramai ibu bapa sering mengabaikan kesan anak terlampau ketagih dengan skrin telefon.

Sedangkan, telefon pintar adalah alat yang paling sesuai untuk isu ketagihan di kalangan golongan muda!

Puan Saligari amat bertegas dalam isu ini, kerana beliau sendiri terlibat dalam kes memulihkan kanak-kanak yang ketagih dengan telefon pintar!

"Saya selalu cakap pada semua ibu bapa, jika anda beri mereka telefon pintar atau sebarang tablet, anda sebenarnya sedang memberikan mereka sebotol minuman beralkohol atau satu gram kokain. Telefon pintar memberi kesan pada impuls otak. Sama seperti dadah!".

Kanak-kanak menerima kesan akibat "ketagih" dengan telefon pintar

Berita melaporkan bagaimana kanak-kanak seawal usia 13 tahun telah dirawat di United Kingdom kerana terlalu ketagih dengan telefon pintar hingga mereka tidak memiliki keseimbangan yang sihat antara masa bermain telefon dan masa melakukan aktiviti lain.

"Kita dapat mengenalpasti corak ketagihan melalui mata pesakit. Biasanya, individu yang ketagih akan sesuatu tak akan lekang melihat ketagihan tersebut. Ia sama seperti ketagih terhadap makanan, mencederakan diri sendiri dan bermesej dengan unsur seks," terang Puan Saligari lagi.

Apa yang paling membimbangkan, kanak-kanak yang ketagih bermain telefon bimbit ini terbuka untuk menghantar imej lucah pada umum!

Mereka juga dilaporkan cuba mengakses laman web yang mengandungi kandungan tidak bersesuaian dengan umur mereka, melalui telefon pintar yang diberi ibu bapa. 

Pakar: Beri Telefon Pintar Pada Anak Sama Seperti Beri Dadah Kokain!

Hmmm... bahayanya!

Bahaya yang menanti akibat kebebasan menggunakan telefon pintar

Sebuah kaji selidik terhadap hampir 1,500 orang guru di seluruh dunia mendedahkan satu berita dahsyat! Hampir dua pertiga guru terbabit menyedari anak murid mereka sering membawa telefon pintar ke sekolah.

Malah, mereka juga akan berkongsi kandungan seksual sesama sendiri! Satu daripada enam murid terbabit masih di bangku sekolah rendah.

Di United Kingdom, lebih daripada 2,000 orang kanak-kanak telah dilaporkan kepada pihak polis atas jenayah yang berkaitan dengan pengedaran imej lucah dan tidak senonoh sejak 3 tahun lalu.

Puan Saligari juga mendedahkan ramai pesakit di Klinik Pemulihan Harley Street adalah kanak-kanak perempuan berusia 13 hingga 14 tahun yang "ketagih" dan terlibat dalam penghantaran mesej berbau seks!

Mereka juga menganggap bertukar-tukar mesej yang berbaur lucah itu normal!

Mereka menganggap perbuatan itu normal kerana telefon yang digunakan adalah telefon pintar "mereka". Perbuatan itu hanya akan mengundang bahaya jika orang dewasa (atau ibu bapa) terkantoi mengetahuinya.

Ish, bahaya sungguh!

Kesukaran ibu bapa untuk mengatasi masalah ketagihan ini

Antara yang turut terlibat dalam persidangan perkembangan dan pembangunan remaja ini adalah Dr Richard Graham, seorang pakar perunding psikiatri dari Hospital Nightingale Technology Addiction Lead.

Menurut beliau, ibu bapa dilaporkan bergelut untuk membina keseimbangan pada anak-anak mereka. Hampir

Hampir 4 daripada 10 ibu bapa sukar mengawal anak-anak yang gemar menghabiskan masa di hadapan skrin telefon!

Pakar: Beri Telefon Pintar Pada Anak Sama Seperti Beri Dadah Kokain!

Malah, ada kanak-kanak yang baru berusia 3 hingga 4 tahun juga telah menghabiskan masa sekurang-kurangnya enam jam di depan telefon setiap minggu!

Bagaimana ingin mengatasi masalah ini?

Pakar mencadangkan ibu bapa untuk melakukan beberapa perkara agar masalah ketagih bermain telefon pintar ini dapat diatasi. Antaranya ialah -

  • Tekankan tentang kepentingan waktu tidur
  • Buat perintah digital berkurung di rumah (perintah jangan main teknologi digital)
  • Jangan benarkan mereka membawa telefon pintar ke sekolah
  • Peka dengan aktiviti anak-anak
  • Kawal dan sentiasa awasi tingkah laku mereka
  • Ajar anak tentang teknik mengawal ketagihan terhadap telefon (buat quiet time - waktu tanpa telefon)

Jangan ambil mudah tentang isu ini. Mari jalankan tugas anda sebagai ibu bapa sebelum semuanya sudah terlambat nanti!

Sumber rujukan: Independent.co, Independent Crime dan Independent Health

BACA JUGA: 6 Tip-Tip Untuk Pastikan Youtube Selamat Buat Si Manja

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

Penulis

Ayu Idris

app info
get app banner