Angkara Anak, Dapur Jadi Taman Tema Air! 3 Sebab Jangan Marah Anak Main Air
Kanak-kanak dan bermain air memang tidak dapat dipisahkan. Ibaratnya bila anak dapat bermain air, dia punya gembira macam orang dewasa dapat emas.
Kanak-kanak dan bermain air memang tidak dapat dipisahkan lagi-lagi bagi yang masih di bawah usia enam tahun. Ibaratnya bila anak dapat bermain air, dia punya gembira macam orang dewasa dapat emas.
Main air boleh diterima lagi, tapi daya imaginasi mereka yang kuat pada usia begini kadang-kadang buat ibu bapa ‘sakit jantung’ melihat kesannya.
Ada yang hanya mampu urut dada saja melihat hasil imaginasi anak-anak di rumah. Nak dimarah benda pun sudah jadi, dan mereka bukannya faham sangat pun jika dimarahi.
Seperti kisah dikongsikan seorang ibu di laman Facebook, anak sepahkan apa hari ini dia hanya mampu urut dada melihat ‘kerja’ dua anaknya yang menjadikan dapur di rumah itu sebagai taman tema air. Mereka buat ‘kerja’ itu ketika wanita berkenaan sedang solat.
Bermain air sampai ‘banjir’ dapur
Nak marah pun tak jadi agaknya bila lihat keseronokan anak yang bermain di ‘taman tema air’ jadian itu. Menurut laporan mStar, wanita berusia 30 tahun itu hanya saja-saja membuat perkongsian di laman berkenaan.
Nama pun anak main apa hari ini, jadi dia saja berkongsi apa aktiviti yang buat dia ‘pening kepala’ dilakukan oleh anak-anaknya.
Dia yang juga seorang suri rumah tidak menyangka perkongsiannya mengundang komen lucu daripada ahli kumpulan yang lain malah ada yang berkongsi pernah menghadapi perkara sama juga hasil ‘kerja’ dari anak-anak!
Main jual ikan
Berkongsi kepada mStar, wanita itu berkata beliau sedang solat Asar, dan mendengar riuh rendah dari dapur dengan perbualan anak-anaknya.
Katanya, telinga sempat menangkap perbualan anak sulung dan anak keduanya yang main jual-jual ikan. Bagaimanapun sesudah solat dan menjenguk ke dapur, kejutan menantinya! Berikut adalah perkongsian wanita berkenaan di laman sosial Facebook.
Sesudah solat…..
Dah jadi water theme park gaisss
Malas cakap banyak pegi dapur, off air, lock cuckoo. Sambung baca doa…
Tenang sungguh nampaknya ibu ini. Mungkin pernah teruji dengan ‘hasil kerja’ lebih hebat dari anak-anaknya.
Beliau menjelaskan, beliau tidak memarahi anak-anaknya, malah mengajak mereka membersihkan ‘kekecohan’ itu bersama-sama sambil berpesan kepada mereka bahaya main air begitu.
Kebaikan main air
Jangan tak tahu ya, nampak saja remeh, tetapi main air ini bagus sebenarnya untuk anak-anak. Kita selalu rasa ingin marah bila mereka main air kan? Tapi sebenarnya ia sangat bagus untuk perkembangan mereka.
Air sangat sinonim dengan kanak-kanak kerana air itu sejuk, mudah mengalir dan boleh digunakan dengan pelbagai cara. Malah air sinki pun sudah boleh buat mereka gembira tak terkara.
Lepas baca ini, pasti anda tak marah-marah lagi bila anak main air!
#1. Jadikan anak pemerhati yang hebat
Anak seusia 2 hingga 6 tahun biasanya sangat teruja dengan sesuatu. Dengan bermain air, ia mengajar anak memerhati unsur cause and effect. Sama juga jika mereka buat air jadi ais, ia akan membantu mereka berfikir jika letak dalam peti sejuk, air akan membeku!
#2. Mengajar matematik dan sains
Ia mengajar anak mengenai suhu yang berkait dengan sains. Air panas dan sejuk. Selain itu ia juga mengenai matematik air banyak atau sikit yang dipindahkan ke dalam bekas besar atau kecil.
#3. Perkembangan fizikal
Bermain air dapat meransang perkembangan fizikalnya. Ketika bermain, semua anggota badan akan bergerak. Tangan akan menuang dan menyimbah air, kaki akan melangkah ke sana dan ke sini, kadangkala anak juga akan melompat sambil melihat percikan air yang mengujakan.
Dengan pergerakan besar ini, akan meransang pula perkembangan motor halusnya. Di masa hadapan, ia akan memudakan anak untuk memegang pensel dan meransangnya menulis dengan baik.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Kredit foto : mStar
Baca juga: Mengurus Anak Ramai Bukan Mudah, Ibu Ini Berkongsi Pengalaman & Tips