Pisau Cukur Ditemui Di Papan Gelongsor, Lihat Betul-Betul Taman Permainan Anak

lead image

Jangan terlalu seronok biarkan anak bermain di taman permainan. Tapi semak dulu sama ada tempat tersebut selamat atau tidak sebelum benarkan mereka bermain.

Menggalakkan anak-anak bermain di taman permainan adalah idea yang bagus kerana ia dapat membina kemahiran motor dan fungsi kognitif mereka.

Namun begitu, sebuah taman permainan harus direka dan dikendalikan mengikut peraturan keselamatan yang tepat kerana ia boleh membawa risiko bahaya pada kanak-kanak ketika bermain di taman permainan!

Bermain di taman permainan – polis temui pisau cukur pada pemegang papan gelongsor 

bermain di taman permainan, taman permainan kanak-kanak, taman permainan, taman permainan anak, bahaya taman permainan, keselamatan di taman permainan, keselamatan ketika bermain, keselamatan semasa bermain, ciri ciri keselamatan, keselamatan si kecil ketika di taman permainan, permainan, mainan, mainana anak, peralatan di taman permainan

Kredit : The big building

Inilah yang terjadi dalam sebuah taman permainan di UK apabila dua pisau cukur ditemui pada gelongsor taman permainan awam di sana! 

Kejadian menakutkan ini berlaku di sebuah bandar kecil di Lancashire UK, di mana ada sekumpulan individu meletakkan pisau cukur pada pemegang papan gelongsor dengan sengaja bagi mahu menyakiti kanak-kanak yang bermain di taman permainan tersebut. 

Disebabkan itu, polis memberi amaran kepada ibu bapa supaya lebih berhati-hati dan sentiasa periksa semua peralatan ketika bermain di taman permainan awam. Polis komited menyiasat sepenuhnya kes itu.

Senarai semak peralatan di taman permainan 

bermain di taman permainan, taman permainan kanak-kanak, taman permainan, taman permainan anak, bahaya taman permainan, keselamatan di taman permainan, keselamatan ketika bermain, keselamatan semasa bermain, ciri ciri keselamatan, keselamatan si kecil ketika di taman permainan, permainan, mainan, mainana anak, peralatan di taman permainan

Kredit : The home depot

Ibu bapa harus memastikan taman permainan selamat sebelum membiarkan anak bebas berkeliaran bermain. Berikut cara bagi menyemak keselamatan di taman permainan: 

  • Periksa semua alat permainan bagi memastikannya dalam keadaan baik dan cari benda tajam yang boleh membahayakan keselamatan anak-anak. Jika tiada baru benarkan anak bermain. 
  • Semak permukaan permainan yang digunakan di taman permainan adakah ia menggunakan tikar getah untuk lantai supaya anak tidak tercedera jika terjatuh. 
  • Alihkan batu dan jauhkan anak dari terdedah kepada permukaan tanah yang boleh mendatangkan kecederaan pada kanak-kanak. 
  • Sebelum benarkan anak bermain pastikan bahagian atas gelongsor dipasang pagar supaya anak tidak terjatuh atau cuba melompat. 

Amaran: Jika melihat sesuatu yang berbahaya, jangan biarkan anak bermain di taman permainan dan laporkan masalah tersebut kepada majlis pengurusan bandar atau pihak yang mengendali taman permainan indoor. 

Pakaian anak ketika bermain di taman permainan 

Pakaian dan aksesori anak ke taman permainan juga boleh mengundang bahaya. Jadi pastikan mereka tidak memakai mana-mana yang berikut: 

  • Aksesori seperti tali leher pada pakaian anak mungkin boleh terperangkap di sekitar peralatan permainan lalu memberi risiko pada anak seperti terjerut dan sebagainya. 
  • Rantai panjang juga mempunyai risiko yang sama seperti di atas jadi pastikan mereka tidak memakainya ketika bermain di taman permainan. 
  • Jika anak tidak berbasikal, simpan topi keledar mereka supaya dia tidak panas atau berpeluh yang boleh menyebabkan pelbagai kemungkinan. 

Justeru, sentiasa awasi anak-anak ketika bermain di taman permainan sepanjang masa bagi mengelak masalah serius dan kecederaan. Semoga artikel ini bermanfaat. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Penulis asal Nicholas Yong. Artikel ini mendapat keizinan daripada theAsianparent Singapore untuk diterjemahkan. 

Baca juga: 

Ibu bapa, hati-hati dengan bahaya ini di kawasan perumahan anda!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

app info
get app banner