Lihat video luar biasa ibu ini berjaya melahirkan bayi kembar 3 secara normal!
Melihat ibu bersalin normal saja sudah cukup menakjubkan, cuba bayang bagaimana ibu ini bersalin bayi kembar 3 secara normal pula! Wow, hebat sungguh ibu...
Proses bersalin bukannya semudah seperti menekan suis. Lebih-lebih lagi jika ia melibatkan proses bersalin bayi kembar secara normal. Dan apa yang lebih luar biasa, proses bersalin bayi kembar tiga secara normal!
Melihat seorang ibu bersalin normal seorang anak sudah cukup membuatkan kita terkesan. Inikan pula bersalin bayi kembar 3 secara normal.
Tapi dengan video luar biasa ibu ini melahirkan kembar tiga secara normal, kami di theAsianparent ingin menunjukkan betapa pengalaman bersalin semua wanita sungguh menakjubkan.
Mari lihat perjuangan ibu yang bersalin anak kembar secara normal ini.
Siap sedia, kami ingin pertontonkan video luar biasa ibu ini bersalin bayi kembar 3 ini tau. Namun, sebelum menonton, kami ingin memberi amaran yang tidak semua orang boleh menonton video proses bersalin.
Jadi, sekiranya anda tidak kuat semangat, takut darah atau takut melihat proses seperti ini, anda dinasihatkan agar tidak menonton video di bawah ini, ya!
Proses hamil dan bersalin bayi kembar 3 secara normal
Kebanyakkan proses bersalin bayi kembar akan berakhir dengan pembedahan secara cesarean. Ini kerana doktor mempertimbangkan risiko terhadap ibu dan bayi.
Namun tidak mustahil untuk si ibu berjaya bersalin bayi kembar secara normal.
Selalunya kehamilan kembar 3 akan berakhir dengan melahirkan bayi pramatang. Ia biasanya berlaku pada minggu ke 32-36 kehamilan. Dan ini menyebabkan kebanyakkan bayi kembar yang lahir mempunyai kurang berat badan.
Secara purata, berat bayi normal adalah lebih kurang 3.4kg. Namun berat bayi kembar yang dilahirkan awal adalah separuh dari berat bayi normal iaitu sekitar 1.7 kg.
Namun, ramai juga bayi yang dilahirkan dengan berat yang memerlukan pemantauan rapi, iaitu kurang 1.5kg.
Bersalin bayi kembar 3 melalui proses persalinan normal
Bersalin bayi kembar secara normal bukanlah perkara yang mustahil. Namun doktor akan meneliti risiko terhadap ibu dan bayi sebelum membenarkan bersalin bayi kembar secara normal.
Sekiranya terdapat komplikasi atau risiko, doktor akan menyarankan bersalin secara pembedahan.
Apakah keadaan yang menyebabkan perlu bersalin anak kembar secara caesarean?
Terdapat banyak perkara yang perlu dipantau oleh seorang doktor sebelum membuat keputusan sama ada bersalin secara normal atau pembedahan.
Namun sekiranya kehamilan berisiko, doktor akan memilih pembedahan. Antara sebab-sebab yang membuatkan perlunya seorang ibu untuk bersalin bayi kembar secara pembedahan ialah:
- ibu mengalami plasenta previa atau plasenta previa
- posisi bayi pertama songsang
- mempunyai komplikasi semasa proses bersalin sebelum ini
- ibu mempunyai masalah kesihatan
- bayi di dalam kandungan mempunyai risiko tinggi
Tetapi, walaubagaimanapun proses bersalin bayi itu, sama ada normal atau pembedahan, apa yang penting ialah keselamatan dan kesihatan ibu dan bayi.
Seronok bukan melihat bayi kembar. Namun cabarannya, hanya mereka yang berpengalaman lebih tahu. Apapun ia, semoga semuanya sihat dan selamat.
Sumber : theAsianparent Indonesia
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga:
Wow! Ibu ini tiba-tiba TERBERANAK di laluan hospital, mari lihat momen indah ini!