Detik-Detik Cemas Seorang Ibu Bersalin Dalam Kapal Terbang, Bayi Diberi Nama 'Sky'

Bersalin dalam kapal terbang merupakan detik yang cukup mendebarkan kerana ia pelbagai risiko boleh berlaku dalam sekelip mata

Penduduk dunia dikejutkan dengan berita gembira detik kelahiran bayi di dalam sebuah pesawat milik Frontier Airlines. Kejadian cemas ini berlaku ketika kapal terbang itu dalam perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Denver ke Lapangan Terbang Antarabangsa Orlando apabila seorang ibu bersalin dalam kapal terbang.

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Situasi cemas ketika penerbangan, seorang ibu bersalin dalam kapal terbang
  • Bayi dinamakan ‘Sky’ sempena kelahirannya di dalam kapal terbang
  • Keupayaan dan kecekapan kru kapal Frontier Airlines menangani masalah

Apakah yang akan anda lakukan jika berhadapan dengan situasi di luar jangkaan dan kawalan? 

Situasi cemas ketika penerbangan, seorang ibu bersalin dalam kapal terbang

kapal terbang Frontier Airlines

 

Tiada siapa menduga penerbangan yang pada mulanya tenang bertukar kecoh apabila terdapat seorang penumpang yang mahu bersalin dalam kapal terbang itu.

Situasi cemas ini dilalui oleh para penumpang dan juga kru Frontier Airlines. 

Shakeria Martin yang menaiki kapal terbang itu, pada awalnya dalam keadaan baik dan tidak menunjukkan langsung simptom atau tanda ingin bersalin.

Setelah penerbangan bermula, beliau yang sedang tidur lalu terjaga apabila secara tiba-tiba mula berasa kontraksi bersalin yang begitu kuat. Proses bersalin wanita itu dibantu oleh kru kapal yang bernama Diana Giraldo’s di tandas bahagian belakang kapal terbang.

Bayi dinamakan ‘Sky’ sempena kelahirannya di dalam kapal terbang

bersalin dalam kapal terbang

Dengan bantuan oleh Diana Giraldo’s, akhirnya wanita itu selamat melahirkan seorang bayi perempuan yang sangat comel.

Sempena tempat kelahirannya itu, Shakira Martin dan suami sepakat memilih nama ‘Sky’ untuk anak mereka.

Keupayaan dan kecekapan kru kapal Frontier Airlines menangani masalah

bersalin dalam kapal terbang kru

Mengulas lanjut mengenai kecekapan dan kewibawaan kru kapal Diana Giraldo’s itu, Kapten Chris memujinya sebagai hero yang menyelamatkan keadaan dan juga berterima kasih kepada keseluruhan kru kapal yang saling bekerjasama membantu wanita itu sehingga selamat melahirkan anaknya.

Untuk rekod, sebelum ini juga terdapat seorang bayi yang menerima tiket percuma untuk seumur hidup apabila lahir dalam kapal terbang EgyptAir.

Pesanan untuk ibu yang sudah berada di trimister terakhir kandungan, buat persediaan kelengkapan barangan bayi dan anda secukupnya. Bawa segala dokumen-dokumen penting bersama-sama anda.

Pastikan juga anda sentiasa ditemani orang pergi ke mana-mana. Bersedia lebih awal adalah lebih baik.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga : Kibas Tilam & Baca Bismillah, Ini Sunnah Nabi Sebelum Tidur Yang Elok Suami Isteri Amalkan

Baca juga:  6 Makanan Sunnah Ini Baik Untuk Ibu Hamil & Kandungan, No #4 Paling Sedap!

Baca juga:  Anak Baru Usia 4 Bulan, Ibu Tak Sedar Mengandung Lagi, Dapat Baby Kembar Pulak Tu!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!