theAsianparent Logo

Luar biasa! Ibu ini selamba bersalin normal dengan tenang dalam kereta

Ikuti kisah ibu ini yang berjaya bersalin normal dengan tenang dalam kereta! Apakah rahsia beliau kekal tenang sepanjang proses itu? Jawapannya sungguh unik!

Sama ada anda ingin bersalin normal atau melalui pembedahan, ada satu perkara yang pasti: kita tidak tahu apa akan terjadi sewaktu proses bersalin itu.

Sebab itu, kisah seorang ibu yang bersalin normal dengan tenang dan tanpa mengambil sebarang ubat tahan sakit ini sungguh mengujakan!

Cuba bayangkan, Melissa Ayling bukan saja bersalin normal dengan tenang dalam kereta, malah beliau juga tidak disuntik dengan sebarang suntikan epidural!

Kisah luar biasa ibu bersalin normal dalam kereta

bersalin normal, beranak normal, proses bersalin, proses beranak, proses bersalin normal, bersalin normal orang putih, bersalin normal tanpa rasa sakit

Kredit: Melissa Ayling

Dari temu ramah yang dijalankan oleh theAsianparent dengan wanita hebat ini, kami sempat membongkarkan rahsia bagaimana wanita ini mampu bersalin normal dengan tenang dalam kereta tanpa pengambilan ubat.

Menurut Melissa, beliau mengamalkan hypnobirthing atau teknik menenangkan diri dengan muzik, gambaran dan pemikiran positif sepanjang kehamilan dan proses bersalin normal dengan tenang itu.

Dengan berfikiran positif dan membayangkan gambaran gembira, saya lebih yakin untuk bersalin normal dengan tenang,” jelas Melissa.

Perjalanan proses bersalin normal yang tidak disangka

Melissa perlahan-lahan membuka cerita tentang perjalanan proses beranak normal yang dilalui beliau.

Pagi itu, beliau sedar kandungannya sudah masuk usia 39 bulan dan dia sudah mempunyai tanda-tanda nak bersalin

Mengetahui yang dia bakal bersalin tidak lama lagi, Melissa pantas cuba meredakan kerisauannya dengan mendengar lagu yang menenangkan. 

Bersalin di hospital bukanlah pilihan pertama beliau. Melissa mahu bersalin dalam persekitaran yang tenang dan gembira.

bersalin normal, beranak normal, proses bersalin, proses beranak, proses bersalin normal, bersalin normal orang putih, bersalin normal tanpa rasa sakit

Kredit: Melissa Ayling

Jadi, dia sengaja mengajak suaminya ke pantai hari itu. Dia ingin suasana tenang untuk menyambut kelahiran bayinya ini. 

Selepas balik dari pantai, Melissa menyiapkan dirinya. Beliau makan untuk bertenaga dan kontraksinya makin teruk. 

Kemudian datang kontraksi perit yang membuatkan Melissa tidak tahan lagi. Ketika semakin tertekan, Melissa membayangkan tentang air yang panas untuk meredakan tekannya.

Perjalanan ke hospital untuk proses beranak normal

Suami Melissa kemudiannya menghubungi hospital untuk memberitahu akan kehadiran mereka kelak. Semua beg-beg hospital dimasukkan dalam kereta.

Suaminya turut melapik seat kereta dengan plastik. Tiba-tiba, air ketuban Melissa pecah! Dia dapat merasakan yang bayikan akan turun sekarang!

Perjalanan ke hospital mengambil masa selama 20 minit dan mereka tidak sempat sampai di sana. 

Setelah kontraksinya semakin parah, Melissa meminta suaminya menghentikan kereta mereka di tepi jalan yang sunyi. Dia tahu dia akan beranak normal sekarang.

Beliau pantas meminta suaminya bersedia untuk menyambut bayi tersebut.

bersalin normal, beranak normal, proses bersalin, proses beranak, proses bersalin normal, bersalin normal orang putih, bersalin normal tanpa rasa sakit

Kredit: Melissa Ayling

Sekejap saja, Melissa berjaya melahirkan bayi itu. 

Bagaimana beliau kekal tenang ketika bersalin normal?

Rahsianya? 

Tuhan mahu kita menjemput bayi ini dengan penuh kasih sayang. Bukan dengan ketakutan dan kerisauan. Itulah kunci yang saya pegang.”

Wow! Hebat sungguh ibu ini kan? Sekarang beliau ingin berkongsikan pengalaman bersalinnya ini dengan semua wanita di luar sana.

Nasihat beliau, kekal kuat. Jangan berfikiran negatif. Proses bersalin adalah proses perubahan pada diri wanita. Yakin dengan diri sendiri!

 

 

Sumber rujukan: Hypnobirthing GeraldtonMayo Clinic

Artikel ini diterjemah dari theAsianparent Singapore

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

9 Mitos Bersalin Yang Semua Orang Harus Berhenti Percaya Atau Sebarkan!