Ambil Tahu Perbezaan Bersalin Normal VS Czer - Mana Satu Pilihan Yang Paling Sesuai?

lead image

Adakah anda tahu perbezaan antara bersalin normal vs czer? Dapatkan pengetahuan yang lebih mendalam tentang info tersebut dalam artikel ini.

Sebelum melahirkan, anda perlu tahu antara perbezaan bersalin normal vs czer supaya kelahiran menjadi lancar setelah sampai pada waktunya. Sebelum itu, adakah anda tahu mengenai pilihan kelahiran yang lebih selamat untuk anda? 

Dengan membaca artikel ini boleh membantu anda menyelesaikan beberapa masalah keraguan itu dan kami akan menyentuh proses kebaikan dan keburukan antara bersalin normal vs czer. 

Kemudian anda harus bercakap dengan doktor dan tentukan bersalin mana yang paling sesuai mengikut tahap kesihatan anda. 

Perbezaan bersalin normal vs czer

Walaubagaimanapun, dapatkan pemahaman yang lebih dekat tentang bersalin pembedahan berbanding bersalin normal dan ketahui kaedah yang digunakan bagi melancarkan proses itu. Dengan cara ini dapat membantu anda membuat pilihan yang tepat. 

Semua yang anda patut tahu tentang bersalin normal 

bersalin normal vs czer, bersalin normal, bersalin czer, bersalin secara normal, bersalin secara czer, bersalin secara pembedahan, bersalin secara pembedahan czer, bersalin, persalinan, melahirkan dengan normal, melahirkan dengan czer

Bersalin normal merupakan proses kelahiran semulajadi dan ini adalah pilihan yang paling disukai kebanyakan ibu hamil. 

Apa yang menarik tentang bersalin normal ini adalah selepas melahirkan ibu hanya perlu tinggal di hospital dalam masa yang lebih pendek. Selain, masa pemulihan yang cepat berbanding bersalin pembedahan caesar. 

Apa yang pasti, kelahiran normal tidak melibatkan apa-apa cecair atau parut yang berpanjangan. Malah peluang komplikasi yang rumit lebih rendah apabila bersalin secara normal. 

Mengikut Persatuan Kehamilan Amerika, ibu yang memilih bersalin normal mempunyai risiko kematian yang jauh lebih rendah. 

Kebaikan bersalin normal 

  • Bayi dan badan anda akan mula sedia berkembang secara semulajadi setelah melahirkan normal. 
  • Apabila pembukaan faraj berlaku, semua cecair amniotik dalam paru-paru bayi akan dikeluarkan secara semulajadi.
  • Semasa kelahiran normal, bayi akan menelan bakteria pelindung yang menjelajah dalam ususnya. Sekaligus meningkatkan sistem imun tubuh si kecil itu. 

Kelemahan bersalin normal 

  • Dalam bersalin normal, keseluruhan proses bergantung kepada persediaan tubuh ibu. Maka, tiada jadual kelahiran yang spesifik untuk bersalin normal dan bergantung 100% pada pembukaan pintu serviks. 
  • Semasa dekat dengan kelahiran, anda mungkin mengalami kecemasan dan tekanan. 
  • Dalam sesetengah kes, kelahiran normal boleh meningkatkan risiko ketidakupayaan. 
  • Bersalin normal mungkin boleh menyebabkan masalah seksual selepas melahirkan.
  • Risiko trauma kelahiran lebih meningkat terutama apabila terpaksa memerlukan bantuan forsep atau vaccum. 

Semua yang anda patut tahu tentang bersalin caesar 

bersalin normal vs czer, bersalin normal, bersalin czer, bersalin secara normal, bersalin secara czer, bersalin secara pembedahan, bersalin secara pembedahan czer, bersalin, persalinan, melahirkan dengan normal, melahirkan dengan czer

Dalam kelahiran caesar akan berlaku bantuan pembedahan yang dibuat melalui dinding perut dan rahim ibu. 

Kini, kelahiran secara pembedahan perlahan-lahan menjadi pilihan popular bagi wanita hamil. 

Walaubagaimanapun, caesar merupakan prosedur pembedahan yang dirancang untuk melahirkan anak dan anda boleh tahu bilakah masa bayi akan dilahirkan ke dunia. 

Anda juga boleh merancang dengan sewajarnya dan mempersiapkan diri secara mental untuk kelahiran itu. Sekaligus membantu mengurangkan tekanan dan kebimbangan. 

Kelebihan bersalin pembedahan czer 

  • Mengurangkan tekanan dan kebimbangan anda tentang proses kelahiran yang mungkin menyakitkan. 
  • Risiko masalah seksual selepas melahirkan lebih rendah. 
  • Bayi juga mempunyai peluang kecil daripada mengalami sebarang trauma kelahiran kerana tiada penggunaan forsep atau vaccum digunakan. 

Kelemahan bersalin czer 

  • Dalam kebanyakan kes bersalin czer akan dirancang terlebih dahulu namun itu bukan bermakna bayi anda sudah cukup bersedia untuk dilahirkan dan mungkin belum capai tempoh matang. 
  • Pengiraan  due date yang tidak tepat juga berkemungkinan boleh berlaku. 
  • Semasa kelahiran pembedahan, kehilangan banyak darah jauh lebih besar. 
  • Penggunaan suntikan anestesia/ epidural meningkatkan pelbagai komplikasi yang mungkin boleh berlaku. 
  • Anda mudah terdedah kepada pelbagai jangkitan dan pembekuan darah. 
  • Mempunyai kadar kematian yang lebih tinggi untuk ibu dan dua kali ganda risiko kematian bagi bayi.
  • Mungkin mengalami komplikasi seperti masalah fungsi usus dan anda perlu tinggal lebih lama di hospital sekurang-kurangnya tiga ke empat hari bergantung pada tahap kesihatan anda pada ketika itu. 

Namun begitu, anda harus berbincang dengan pasangan untuk memutuskan pilihan bersalin yang mana paling sesuai mengikut tahap kesihatan anda , selain meminta pandangan sewajarnya dari doktor. 

Apapun, pastikan keputusan anda itu tepat demi perkembangan bayi yang sihat. Semoga proses bersalin anda berjalan lancar hendaknya. InsyaAllah. 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: MomJunction

Baca juga 

10 Perkara Dilalui Ibu Ketika Bersalin Czer, Terbukti Anda Ibu Yang Berani…

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!