Gara-Gara Ikut Tutorial Dari Youtube SAHAJA Untuk Bersalin, Ibu & Bayi Akhirnya Maut...

lead image

Tindakan wanita ini menyebabkan dia dan anak kecilnya meninggal dunia sejurus melahirkan!

Proses bersalin bukan satu perkara yang mudah, tambahan lagi ia melibatkan nyawa. Setiap ibu yang melahirkan sememangnya layak digelar pahlawan hebat. Namun masih ada yang berani mengambil risiko bersalin sendiri tanpa bantuan orang lain!

Prosedur bersalin sebaiknya perlu ditemani oleh pihak yang bertauliah bagi memastikan ibu dan bayi akhirnya dalam keadaan baik selepas melahirkan.

Namun apa yang terjadi apabila seorang ibu melahirkan anak tanpa bantuan, malah hanya mengikuti tutorial dari Youtube sahaja.

Bersalin Sendiri Kerana Takut Kecaman Masyarakat Sebagai Ibu Tunggal

bersalin sendiri, bersalin di rumah, meninggal selepas bersalin, melahirkan sendiri di toilet, cerita bersalin, bersalin berdiri, melahirkan anak sendirian, pengalaman bersalin di rumah, melahirkan sendiri tanpa bantuan, malay

Apa jadi apabila seorang ibu melahirkan seorang diri tanpa bantuan, malah hanya merujuk pada video  tutorial bersalin di Youtube? Kondisi ini tentu saja memiliki risiko kematian yang sangat tinggi.

Kisah tragik ini baru saja dialami seorang perempuan asal India yang meninggal setelah melahirkan bayinya!

Menurut The Independent, semasa melahirkan anak, wanita tersebut hanya mendapatkan ‘bantuan’ dari video proses bersalin di Youtube.

Kes ini masih dalam siasatan polis dan yang mengejutkan, wanita ini dikatakan terpaksa berbuat demikian kerana takut dikecam masyarakat kerana statusnya sebagai ibu tunggal.

Kronologi Kes Ibu Bersalin Sendiri

Menurut keterangan polis Gorakhpur, Ravi Rai berkata, ibu tersebut berusia 26 tahun dan tidak memiliki status berkahwin. Apabila dia merasakan sudah ingin bersalin, dia memutuskan untuk berdiam diri di bilik sewanya, bukan ke hospital!

Seterusnya, wanita tersebut menonton Youtube untuk mengetahui cara untuk bersalin. Malangnya, si ibu dan bayi yang berjantina lelaki meninggal dunia kerana tidak mendapat rawatan yang sepatutnya. 

bersalin sendiri, bersalin di rumah, meninggal selepas bersalin, melahirkan sendiri di toilet, cerita bersalin, bersalin berdiri, melahirkan anak sendirian, pengalaman bersalin di rumah, melahirkan sendiri tanpa bantuan, malay

Insiden ini berlaku pada 11 Mac 2019, namun peristiwa ini hanya diketahui apabila pemilik rumah ternampak darah yang mengalir dari bilik sewa pada Isnin pagi.

“Tuan rumah membuka pintu dan terjumpa wanita tersebut bersama bayi baru lahirnya. Dia segera menghubungi polis, beritahu lokasi dan mayat diambil untuk pemeriksaan lanjut.”

“Di handphone mangsa, kelihatan saluran Youtube dengan terpampang video “Bagaimana Cara Melahirkan Bayi Sendiri” dan beberapa lagi video bersalinkan dengan ‘selamat”

Beberapa objek lain ditemukan berdekatan wanita tersebut seperti sepasang gunting, pisau dan benang, dan diambil oleh polis sebagai bahan bukti.

Penyisihan Wanita Yang Melahirkan Anak Tanpa Bersuami Di India

bersalin sendiri, bersalin di rumah, meninggal selepas bersalin, melahirkan sendiri di toilet, cerita bersalin, bersalin berdiri, melahirkan anak sendirian, pengalaman bersalin di rumah, melahirkan sendiri tanpa bantuan, malay

Di India, wanita yang belum berkahwin sering merasa malu dan disisihkan apabila mengandung. Mereka tidak akan pergi mendapatkan bantuan doktor, kerana takut tidak mendapat rawatan.

Inilah sebabnya banyak berlaku kes ibu meninggal selepas bersalin, malah ada yang bertindak membunuh diri sebelum melahirkan anak.

Setidaknya, peristiwa sebegini membuatkan kita tahu yang proses bersalin sememangnya tidak boleh dianggap mudah. Menjadi ibu perlukan seseorang wanita bersiap sedia dari segi mental, fizikal dan pastinya kewangan.

Apa perlu saya bawa jika hendak bersalin hi hospital?

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus ke Facebook page kami.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Artikel ini asalnya ditulis oleh Fadhila Afifah dan mendapat keizinan theAsianparent Indonesia untuk diterjemah.

Baca juga: 

Apa kelayakan dan cara yang selamat jika ibu mahu bersalin di rumah?

 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!