Trik ibu ini bersihkan hidung bayinya yang menangis tanpa henti sungguh menakjubkan!

undefined

Bersihkan hidung bayi ini perlu menggunakan teknik yang betul supaya ia tidak menyakitkan si kecil terutama bahagian hidungnya masih kecil, lembut dan halus

Tentu situasi ini pernah terjadi kepada anda. Anak menangis dan meraung tanpa sebab. Malah jari-jemari halusnya asyik menggaru hidung bagaikan ada sesuatu di dalamnya. Pasti para ibu akan mula selidik di bahagian hidung anak dan didapati terdapat benda asing!

Sudah tentu, ini kes anak ‘terlebih akal’ hingga memasukkan sesuatu ke dalam rongga hidung iaitu tempat yang tak sepatutnya. Alahai, anak! Jadi, bagaimanakah cara mudah untuk bersihkan hidung bayi daripada objek tertentu?

bersihkan hidung bayi, bersihkan hidung, atasi hidung tersumbat pada anak, rawatan bayi hidung tersumbat, cara rawat hidung tersumbat, cara mengatasi hidung tersumbat pada bayi,

Tutup dan tiup : Cara mudah bersihkan hidung bayi  

Seorang ibu, Tiffany berkongsi video lucu tapi terselit maklumat tentang teknik bersihkan hidung bayi yang patut anda contohi.

Dia menceritakan bagaimana anak perempuannya menangis dan memberitahu hidungnya sakit. Lantas, Tiffany menyuluh lampu telefon untuk melihat ke dalam lubang hidung anaknya itu.

bersihkan hidung bayi, bersihkan hidung, atasi hidung tersumbat pada anak, rawatan bayi hidung tersumbat, cara rawat hidung tersumbat, cara mengatasi hidung tersumbat pada bayi, Setelah menyuluh lampu ke hidungnya, Tifanny dapati ada sesuatu berwarna putih. Ia benar-benar memeranjatkannya dan dia segera berkata kepada anaknya yang mereka perlu ke hospital sekarang!  

Dalam perjalanan ke hospital, Tiffany membuat panggilan telefon kepada rakannya yang bertugas di wad kecemasan untuk bertanyakan hal tersebut. Lantas, mereka memberi idea ini. 

Tutup kedua-dua lubang hidung dan tiup kasar ke mulut anak. Akhirnya, benda asing itu dapat dikeluarkan dengan menggunakan teknik ini.  

Wah, mudah saja, kan? Ibu-ibu boleh cuba. Selain teknik yang dikongsi oleh Tiffany itu, anda juga boleh mencuba 8 teknik bersihkan hidung bayi berikut:

8 teknik bersihkan hidung bayi

bersihkan hidung bayi, bersihkan hidung, atasi hidung tersumbat pada anak, rawatan bayi hidung tersumbat, cara rawat hidung tersumbat, cara mengatasi hidung tersumbat pada bayi,

  1. Untuk bersihkan hidung bayi, ibu perlu melakukannya secara perlahan dan lembut. Gunakan cotton buds. Jika boleh jangan terlalu menjolok ke dalam, cukup sekadar di kawasan keliling hidung.
  2. Selain itu, boleh juga menggunakan hujung kain yang basah dengan air suam dan lap perlahan ke hidung bayi.
  3. Bersihkan hidung bayi harus berhati-hati dan hanya sentuh di tempat yang terlihat dan jangan cuba untuk mengorek hidung si kecil.
  4. Bersihkan hidung bayi pada bahagian luar dengan tuala kecil yang lembap atau tisu basah. 
  5. Gunakan penyedut hingus untuk mengeluarkan lendiran dari dalam hidung. Jika masih tersumbat segera berjumpa doktor. 
  6. Jangan masukkan cotton buds atau tisu ke dalam hidung untuk membuang hingus.
  7. Jangan guna kuku untuk membuang hingus yang sudah berkerak. 
  8. Pastikan tangan dan kuku anda bersih dari sebarang kotoran sebelum bersihkan hidung bayi. 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber:Solusisehatku, BubblynotesPopsugar

Foto kredit: netdoctor,parenting first cry pixabay 

Baca juga

https://my.theasianparent.com/tanda-tanda-influenza

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!