Disiplin Terlalu Tegas Dari Ibu Bapa Tak Berjaya Besarkan Anak Yang Bijak!

undefined

Anda tertanya-tanya bagaimana nak membesarkan anak yang bijak? Disiplin yang ketat bukanlah jawapannya! Kami telah dedahkan apa yang patut ibu bapa buat.

Besarkan anak yang bijak dan berjaya

Semua ibu bapa inginkan yang terbaik untuk anak-anak mereka. Tiada siapa mahu perkara yang buruk terjadi pada si jantung ini.

Sebab itu kita sanggup melakukan apa saja untuk mendidik dan mengasah bakat mereka sejak kecil.

Tapi, adakah tindakan itu bagus untuk mereka? Jika tak, apa yang patut kita lakukan?

Kaitan:

https://my.theasianparent.com8-cara-disiplin-yang-salah/

Kajian baru-baru ini mendedahkan ibu bapa harus memberi kasih sayang yang secukupnya, berbanding terlalu tegas seperti tiger mom dengan disiplin yang ketat. 

Kenapa? Ini kerana tumbesaran anak-anak melibatkan 3 perkara penting yang boleh menjejaskan kebijaksanaan mereka kelak. 

The Guardian mengupas hal ini dengan lebih lanjut dan menyediakan perbandingan antara 2 ibu bapa yang membesarkan anak “genius”.

besarkan anak yang bijak

Kasih sayang ibu bapa adalah kunci besarkan anak yang bijak

Anak membesar dengan bijak jika mereka diberi kasih sayang sepenuhnya

Sebenarnya, benda ini simple saja. Jika anda ingin membesarkan anak yang bijak, anda perlu memberi perhatian dan kasih sayang sepenuhnya pada mereka.

Ya, mereka mungkin perlu berlatih selama beberapa jam untuk mahir. Tapi, ini perkara penting yang anda perlu tahu: 

Kanak-kanak membentuk memori childhood untuk membesar dengan lebih bijak. Jadi, sejak kecil lagi mereka akan belajar dari 3 teknik ini untuk menjadi bijak:

  1. pembelajaran dengan ibu bapa
  2. contoh yang diberi dari ibu bapa
  3. pembentukan identiti sendiri selepas melihat ibu bapa

Nak jadi bijak bukan dari genetik, ya! Anak anda akan lebih bijak jika anda yang mengajar mereka sebarang pembelajaran best

Malah, dari ibu bapa juga – anak-anak akan mengambil contoh terhadap sesuatu tingkah laku. Mungkin dia akan ikut si bapa yang suka melanggar lampu isyarat, atau ikut si ibu yang cerewet.

Kemudian, baru mereka membentuk identiti diri mereka sendiri. Semuanya berdasarkan kasih sayang dan disiplin yang kita berikan pada mereka.

Bagaimana kasih sayang dari ibu bapa buat anak besar dengan bijak? 

Ini perbandingan dua kes cara membesarkan anak-anak untuk menunjukkan pada anda bagaimana kasih sayang dari ibu bapa lebih penting bagi menentukan kejayaan anak-anak.

Tiger Woods dibesarkan oleh seorang bapa yang tegas dan menyimpan impian untuk menjadi bintang besbol.

Dek kerana impiannya itu, dia telah membesarkan Woods untuk jadi “insan paling hebat di dunia”. Bagaimana? Dengan memaksanya berlatih setiap hari.

Woods memang insan hebat. Ketika berusia 2 tahun lagi dia sudah mengayun kayu golf! 

Namun, oleh sebab terlalu “tertekan” dipaksa berlatih – beliau mengalami masalah ketagihan seks.

Mengapa? Apa kaitannya dengan perbuatan sering dipaksa berlatih oleh kedua ibu bapanya?

besarkan anak yang bijak

Apa yang penting adalah kegembiraan anak-anak

Jika anak dipaksa untuk jadi bijak, dia akan tertekan

Jika individu dapat mengawal diri dengan bagus, dia akan melakukan perkara baik (seperti berlatih main golf).

Namun, individu yang melakukan perkara baik kerana disuruh akan mengalami masalah “kekurangan ego“.

Masalah ini membawa kepada keinginan untuk melakukan “perkara buruk” bagi menggantikan rasa kekurangan dalam diri. 

Contoh terdekat seperti anda terpaksa bekerja keras untuk siapkan kerja (perkara baik). Nanti, makin banyak kerja anda, makin anda akan teringin untuk mengunyah gula-gula (perkara buruk).

Tapi, anda takkan melalui masalah “kekurangan ego” jika anda melakukan sesuatu yang anda suka, dipilih oleh anda dan anda rasa dihargai.

Contoh terbaik ditunjukkan oleh 3 beradik “genius” ini

Pada tahun 1960-an, seorang pakar psikologi telah mengkaji bagaimana ingin mencipta kecemerlangan dalam diri seseorang.

Beliau, László Polgár kemudiannya berkahwin dengan bakal isterinya, Klara. Mereka ingin membuktikan kajian Polgár, lalu mereka memilih kaedah permainan catur.

Kedua-dua ibu bapa bukanlah pemain catur. Klara melahirkan 3 anak perempuan.

Anak Klara dan Polgár kini menjadi 3 beradik perempuan paling genius dalam sejarah permainan catur!

Apa kedua ibu bapa ini buat?

besarkan anak yang bijak

3 beradik yang dibesarkan dengan bijak

Mereka tak buat apa pun sebenarnya. Teknik mereka adalah dengan membiarkan anak menunjukkan minat mereka yang tersendiri.

Tapi, dalam masa yang sama – mereka memberi contoh yang bagus.

Setiap hari, catur akan menjadi permainan yang menyeronokkan untuk mereka sekeluarga. 

Bapa Tiger Woods memaksanya berlatih untuk “kesempurnaan” tapi Polgár melatih anaknya untuk “kegembiraan”.

Sekarang, ketiga-tiga gadis ini memegang carta dunia!

Menurut Polgár – perkara penting di sini adalah untuk anak-anak gembira. Memang semua ibu bapa mahu anak-anak cemerlang dalam pelajaran. 

Tapi menekan dan memaksa mereka dengan disiplin yang ketat bukan caranya.

Hothousing atau mengajar anak tentang sesuatu di usia muda juga bukan jawapannya. Ia akan buat mereka lebih sunyi dan mementingkan diri sendiri.

5 kunci penting untuk besarkan anak yang bijak

  • Galakkan anak-anak untuk bermain permainan yang dia suka sejak usia 7 tahun
  • Tunjukkan kasih sayang anda sejak mereka berusia bawah 5 tahun
  • Anggap kemahiran mereka tak terbatas (fikir positif)
  • Rancang aktiviti yang menyeronokkan. Jangan asyik ingin bertanding
  • Relaks…

Percayalah, dengan didikan dan kasih sayang yang sepenuhnya dari anda – nescaya anak-anak akan berjaya dibesarkan menjadi bijak lagi baik hati. 

Sumber rujukan: The Guardian

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.com5-hadiah-mainan-kanak-kanak-membuat-anak-anda-lebih-bijak-kaya-dan-sihat/

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!