Mantapkan hari si manja dengan bijirin sarapan pagi berasaskan bijirin penuh kegemarannya
Kanak-kanak harus lah makan sarapan yang kaya dengan bijirin penuh, kerana kesihatan yang bagus amat penting buat si manja.
Pernahkah anda mendengar istilah “eat breakfast like a king?” Istilah ini nyata benar dan amat sesuai untuk si manja anda!
Sarapan adalah hidangan makanan paling penting buat si manja kerana ia membekalkan tenaga dan nutrisi tambahan yang mereka perlukan untuk permulaan hari yang hebat. Kajian juga menekankan sarapan yang seimbang membantu kanak-kanak memiliki prestasi yang lebih baik di sekolah, dengan pencapaian rekod ujian yang lebih tinggi.
Menurut pihak pakar, sarapan yang berkhasiat harus mengandungi empat kumpulan makanan utama, iaitu: buah-buahan/sayur-sayuran, produk tenusu, daging (atau alternatif protein lain) dan bijirin – paling ideal adalah bijirin penuh.
Tiga kumpulan makanan terawal mudah untuk dimasukkan dalam sarapan pagi si manja, namun oleh sebab bijirin penuh sering dianggap sebagai “tidak menarik” atau “tidak lazat” seperti kumpulan makanan yang lain, bijirin penuh sering diabaikan.
Tapi, semua itu tidak akan terjadi lagi! Kini khasiat yang ditawarkan bijirin penuh mudah untuk didapati dalam pelbagai perisa bagi memenuhi selera si manja anda!
Mengapa bijirin penuh amat penting?
Sarapan pagi berasaskan bijirin penuh membekalkan tenaga tambahan buat si manja. Lalu si manja anda akan memiliki tenaga yang mereka perlukan dari segi fizikal dan mental untuk memulakan hari mereka.
Bijirin penuh juga memiliki beberapa manfaat untuk kesihatan seperti: ia mengandungi zat yang mampu melawan kanser, membantu menurunkan kadar kolesterol dan mengurangkan risiko penyakit diabetes jenis 2 dan penambahan berat badan berlebihan.
Anda boleh membaca manfaat pengambilan bijirin penuh dengan lebih lanjut, di sini.
Namun, walaupun bijirin penuh kaya dengan pelbagai manfaat untuk kesihatan, tetapi menurut sebuah kajian sarapan pagi, 6 pakar pemakanan dan 20 penyelidik dari Masyarakat Pemakanan Malaysia melaporkan bahawa kanak-kanak di Malaysia masih tidak makan bijirin penuh dengan secukupnya.
Tinjauan untuk menilai corak pengambilan bijirin penuh pada kanak-kanak ini mendapati 4 daripada 5 kanak-kanak di Malaysia tidak makan sebarang bijirin penuh, manakala hampir 99% kanak-kanak tidak makan bijirin penuh dengan mencukupi, sebanyak 48g setiap hari seperti yang disyorkan.
Ibubapa sekalian, mari pecahkan rekod yang membimbangkan ini? Hanya satu perkara mudah perlu dilakukan: masukkan roti bijirin penuh, nasi perang dan bijirin sarapan dalam makanan harian si manja anda.
Contohnya, untuk memberikan si manja anda permulaan hari yang hebat, berikan sarapan pagi dengan semangkuk bijirin sarapan berasaskan bijirin penuh, beserta susu dan potongan buah-buahan. Sarapan pagi yang seimbang mengandungi vitamin, mineral dan serat untuk meningkatkan nutrisi si manja, malah meningkatkan prestasi mereka di sekolah… dan banyak lagi!
Sarapan lengkap dengan bijirin sarapan berasaskan bijirin penuh
Waktu pagi memang waktu yang paling sibuk buat seorang ibu. Bagaimana anda ingin memastikan si manja makan sarapan pagi yang berkhasiat, lengkap dengan bijirin penuh, ketika anda sibuk menyiapkan mereka untuk ke sekolah?
Bijirin sarapan pagi boleh membantu anda. Ia mudah untuk disediakan, dan si manja anda akan makan bijirin penuh dengan mencukupi untuk penambahan tenaga bagi memulakan hari mereka.
Bijirin sarapan pagi yang bagus mengandungi bijirin penuh sebagai ramuan utama, malah juga membekalkan vitamin dan mineral seperti zat besi dan serat. Semua nutrisi ini amat diperlukan oleh si manja anda.
Mengapa si manja dan ibu menggemari bijirin sarapan pagi berasaskan bijirin penuh:
- Ia lebih lazat dan menyeronokkan – patutlah kanak-kanak amat menggemari bijirin sarapan ini!
- Terdapat bijirin sarapan yang rangup, lazat, dan boleh dimakan tanpa susu. Ia mudah untuk dimakan begitu saja pada waktu pagi ketika tergesa-gesa ingin ke sekolah.
- Bijirin sarapan adalah pilihan sarapan yang mudah dan amat berkhasiat, terutamanya untuk ibu yang sentiasa sibuk.
- Si manja dapat meningkatkan pengambilan mikronutrien; seperti vitamin B, kalsium dan zat besi.
- Bijirin sarapan memberi tenaga tambahan pada si manja, agar mereka memulakan hari mereka dengan hebat, di samping membantu mereka mengambil kuantiti bijirin penuh seperti yang disyorkan.
- Bijirin sarapan membantu kanak-kanak minum lebih susu, dan memperoleh manfaat kalsium daripada pengambilan susu dalam diet mereka.
- Bijirin sarapan dengan tambahan buah-buahan akan membantu kanak-kanak makan lebih buah-buahan.
Ibu sekalian, nutrisi yang lengkap antara hadiah tidak ternilai yang boleh anda sediakan untuk si manja anda. Satu hari nanti, mereka pasti akan berterima kasih pada anda atas manfaat ini!
Jadi, berikan mereka manfaat untuk kesihatan yang lebih baik setiap hari menerusi pengambilan bijirin penuh, dan lihatlah si manja anda membesar dengan lebih kuat!