Biskut Popular Yang Selalu Kita Beli Antara Makanan Penyebab Kanser! Jaga-Jaga Bila Bagi Pada Anak
Biskut antara makanan yang sering diberikan pada anak kecil. Pelbagai jenis biskut dijual di pasaran sentiasa menjadi pilihan ibu bapa untuk anak mereka.
Biskut antara makanan yang sering diberikan pada anak kecil. Tidak kiralah dalam bentuk apa sekalipun, biskut seolah-oleh menjadi makanan wajib untuk ibu bapa berikan kepada anak-anak kecil.
Biskut biasanya dijadikan sebagai snek untuk anak-anak kerana selain mudah dibawa dan mengenyangkan, ada biskut di pasaran yang didakwa berkhasiat untuk kanak-kanak seawal enam bulan.
Tapi tahukah anda, biskut antara makanan yang boleh menyebabkan kanser. Kenapa?
Biskut popular antara makanan boleh sebabkan kanser
Pemantau pengguna Hong Kong mengesan bahan penyebab kanser dalam 60 sampel biskut dan keropok dalam bungkusan yang didapati turut dijual di negara ini.
Malah jenama popular yang sering diberi kepada kanak-kanak juga tidak terkecuali tersenarai dalam senarai itu. Makanan ini mengandungi karsinogen yang disebut glisidol atau akrilamida yang terkandung di dalamnya.
Karsinogen dalam biskut penyebab kanser
Karsinogen ialah bahan-bahan yang boleh menyebabkan pertumbuhan kanser dalam sel dan tisu hidup. Ini disebabkan kebolehan bahan-bahan ini untuk merosakkan DNA atau mengganggu proses metabolik sel.
Karsinogen ditakrifkan sebagai sesuatu yang boleh menyebabkan kanser secara langsung. Ini boleh menjadi bahan kimia, virus, atau ubat-ubatan dan radiasi yang kami gunakan untuk merawat kanser. Walaupun banyak kanser disebabkan oleh karsinogen atau gabungan karsinogen, kecenderungan untuk mengembangkan kanser juga boleh diwarisi.
Ada di antara makanan itu yang mempunyai 620 g / kg akrilamida, iaitu hampir dua kali ganda daripada had selamat. Majlis Pengguna Hong Kong mendakw glisidol dan akrilamida dihasilkan dalam pemprosesan biskut suhu tinggi.
Ujian haiwan menunjukkan karsinogen boleh menyebabkan barah.
Namun menurut persatuan itu, tiada salahnya jika anda mahu makan biskut, bagaimanapun perlulah berdisiplin dan terkawal.
Antara sumber karsinogen dalam kehidupan seharian
Secara tidak sedar, di sekeliling kita memang banyak sumber karsinogen yang boleh menyebabkan kanser. Ia termasuklah:
#1. Rokok
Rokok merupakan punca bahan kimia yang paling utama untuk menyebabkan kanser pada perokok dan perokok sekunder. Kanser yang dikaitkan dengan rokok termasuk paru-paru, larynx, mulut, pharynx, esophagus, pundi kencing, dan pankreas.
Ini berpunca daripada bahan-bahan karsinogen di dalam rokok yang mampu merosakkan DNA.
#2. Sinar ultraviolet (UV)
Kajian menunjukkan bahawa sinaran ultraviolet (UV) terutama dari matahari boleh diserap ke dalam kulit dan merosakkan sel-sel kulit. Kebanyakan kes kanser kulit adalah disebabkan oleh sinaran UV matahari.
#3. Makanan yang diproses
Semua makanan yang telah diproses mengandungi beberapa jenis bahan pengawet yang ditambah untuk memanjangkan tarikh luput mereka. Nugget, burger, bebola ikan, sosej atau apa-apa daging yang diproses terutamanya mengandungi bahan tambahan seperti natrium nitrit dan nitrat yang karsinogenik dan mampu meningkatkan risiko kanser usus.
#4. Virus
Virus seperti papillomavirus manusia yang menyebabkan kanser mulut dan kanser serviks, dan hepatitis C yang boleh menyebabkan kanser hati dianggap karsinogen. Semak virus lain yang dianggap menyebabkan kanser .
#5. Bahan kimia
Bahan kimia tertentu yang digunakan di rumah atau di tempat kerja mungkin karsinogenik. Sebagai contoh, asbestos dalam penebat boleh menyebabkan kanser paru-paru dan mesothelioma . Ramai orang berpendapat bahawa jika bahan kimia boleh menyebabkan kanser, ia tidak akan dibenarkan di rumah kita. Bukan itu sahaja.
#6. Radiasi perubatan
Kedua-dua radiasi yang digunakan secara perubatan untuk ujian diagnostik dan yang digunakan untuk merawat kanser adalah karsinogen. Contohnya, wanita yang menerima terapi radiasi selepas mastektomi untuk kanser payudara berisiko meningkatkan kanser paru-paru akibat karsinogenik radiasi.
Karsinogen boleh bekerja dengan pelbagai cara
Karsinogen beberapa cara:
- Karsinogen mungkin secara langsung merosakkan DNA dalam sel (menyebabkan mutasi,) yang seterusnya membawa kepada gangguan dalam proses sel normal.
- Karsinogen mungkin menyebabkan kerosakan dan keradangan yang mengakibatkan sel-sel membelah lebih cepat. Apabila sel-sel membahagi selalu ada kemungkinan perubahan berlaku (mutasi) yang seterusnya meningkatkan peluang untuk mengembangkan kanser.
Anda boleh semak di sini senarai biskut yang mengandungi bahan penyebab kanser. Hati-hati ya parents!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia
Baca juga: Ibu Bapa HARUS Ambil Tahu 5 Jenis Kanser Yang Sering Menyerang Kanak-Kanak Ini
Baca juga: 5 Benda Bukan Penyebab Kanser dan 2 Yang Berpotensi Menyebabkan Kanser!
Baca juga: “Sayang Dah Nak Mati?” Isteri Maut Akibat Penyakit Kanser, Baca Luahan Sedih Bapa 5 Anak Ini