Menyambut Hari Kanak-Kanak Malaysia: theAsianparent dan Youvit Melancarkan ‘Kids Board of Directors’ Pertama untuk Memperkasakan Suara Muda, Memperjuangkan Kesihatan, Kegembiraan, dan Pemerkasaan

undefined

Advertisement

Kuala Lumpur, 20 November 2025 – Sempena sambutan Hari Kanak-Kanak Malaysia, theAsianparent dan Youvit bergabung tenaga untuk meraikan kesejahteraan kanak-kanak dan mengangkat suara mereka melalui sebuah acara komuniti yang penuh warna dan keceriaan. Sambutan ini turut menandakan pelancaran “Kids Board of Directors” pertama di Malaysia, bertujuan memperkasa minda muda dalam membentuk inisiatif masa depan, sekaligus memupuk rasa keterlibatan dan kegembiraan dalam kalangan keluarga di seluruh negara.

 

Inti pati acara ini adalah komitmen untuk memberikan kanak-kanak sebuah platform bagi menyuarakan pendapat mereka. “Kids Board of Directors” Malaysia ini terdiri daripada 5 orang kanak-kanak pintar dan berkeyakinan bawah usia 10 tahun, yang akan mewakili pandangan rakan sebaya mereka dalam isu-isu penting seperti kesejahteraan, pengalaman harian dan impian masa depan. Melalui sesi penceritaan, aktiviti interaktif, serta penyertaan berterusan, para pemimpin cilik ini akan mempengaruhi program theAsianparent — satu langkah awal yang unik dalam memperjuangkan advokasi berpusatkan kanak-kanak.

 

Mewakili bakat dan personaliti yang pelbagai, “Kids Board of Directors” ini terdiri daripada:

  • Yeo Xin Hahn, Joe (8) – Si Saintis yang Pintar, membawa sifat ingin tahu dan pemikiran analitis kepada lembaga.
  • Sultan Fatih Al Gibran (7) – Si Pemimpin yang Berani, memimpin perbincangan dengan keyakinan dan sifat kepimpinan.
  • Anna Odelia Harpal (4) – Si Jurucakap yang Petah, menyampaikan idea dengan jelas dan membantu menyuarakan perspektif kanak-kanak yang lebih muda.
  • Ariel Elisha Harpal (8) – Si Pereka yang Kreatif, menyumbangkan idea imaginatif dan kreativiti visual.
  • Maryam Arisha (5) – Si Penasihat yang Bijaksana, memberikan pandangan bernas untuk menyokong pembuatan keputusan yang seimbang.

 

Board of Kids Directors

“Board of Kids Directors” pertama Malaysia tampil bersama Wouter van der Kolk, CEO Youvit; Roshni Mahtani Cheung, CEO theAsianparent; dan KC Liew, Ketua Kesihatan Watsons, berkongsi idea dan menginspirasi para hadirin sempena sambutan Hari Kanak-Kanak Malaysia.

 

Acara ini menghimpunkan keluarga, rakan kerjasama dan media untuk satu hari yang penuh keseronokan serta perbincangan bermakna. Antara sorotan utama ialah Sesi Sembang Keibubapaan yang dikendalikan oleh salah seorang Kid Director (Yeo Xin Hahn, Joe) bersama dua usahawan keibubapaan terkenal tempatan — Puan Jenn Low, CEO & Pengasas Wanderlust + Co serta Encik Sinan Ismail, CEO & Pengasas Durioo. Mereka membincangkan pendekatan praktikal untuk menyokong perkembangan kanak-kanak, daripada membina ketahanan emosi hinggalah menggalakkan keyakinan diri dan sifat belas kasihan — menegaskan bahawa suara dan kesejahteraan kanak-kanak adalah kunci kepada masa depan yang lebih cerah.

Sebagai sebahagian daripada sambutan, theAsianparent dan Youvit memperkenalkan solusi mudah untuk menyokong keperluan nutrisi: Youvit x theAsianparent Kids Gummies with Vitamin D — cara ringkas bagi membantu kanak-kanak memenuhi keperluan harian Vitamin D mereka, menyokong kesihatan tulang dengan hanya satu gummy yang sedap setiap hari.

Menurut Kajian Pemakanan Asia Tenggara (SEANUTS) II, sebanyak 94% kanak-kanak di Malaysia tidak mendapat pengambilan Vitamin D yang mencukupi. Kekurangan mikronutrien seperti Vitamin D memberi kesan kepada tumbesaran kanak-kanak. Oleh itu, bagi menyokong keperluan Vitamin D kanak-kanak, theAsianparent Indonesia dan Youvit melancarkan Youvit x theAsianparent Gummies with Vitamin D bersempena Hari Kanak-Kanak Kebangsaan 2025.

Youvit x theAsianparent Gummies with Vitamin D mengandungi dos harian Vitamin D yang sesuai (600 IU) untuk menyokong penyerapan kalsium dan mengekalkan kesihatan tulang, membantu kanak-kanak membesar dengan sihat dan kuat!

 

Board of Kids Directors

Kid Board Director Yeo Xin Hahn mengendalikan Parent Talkshow Session bersama panelis jemputan (dari kiri ke kanan) Puan Jenn Low, CEO & Pengasas Wanderlust + Co, Encik Sinan Ismail, CEO & Pengasas Durioo, dan Puan Roshni Mahtani Cheung dari theAsianparent.

 

“Kami sangat teruja meraikan Hari Kanak-Kanak Malaysia dengan mengangkat perspektif kanak-kanak dan membuka peluang untuk mereka memimpin,” kata Roshni Mahtani Cheung, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan & Pengasas The Parentinc, syarikat di sebalik theAsianparent. “Kids Board ini bukan sekadar simbol. Kalau kita mahukan penyelesaian yang betul-betul berkesan, kita perlu tanya mereka yang paling terkesan. Melalui Kids Board ini, mereka diberi ruang sebenar untuk bersuara, bukan sekadar token ‘hi-five’ setahun sekali.”

“Pasukan kami di Youvit dan theAsianparent telah bekerjasama membangunkan satu produk unik yang direka dan diformulasikan khas untuk kanak-kanak. Dengan hanya satu gummy sehari, keperluan Vitamin D harian si manja dapat dipenuhi bagi menyokong kesihatan dan pertumbuhan tulang mereka,” kata Wouter van der Kolk, Pengasas Bersama & CEO Youvit.

 

Sambutan ini menyerlahkan kekuatan kerjasama komuniti, dengan para hadirin pulang membawa inspirasi untuk mengutamakan perkembangan holistik kanak-kanak. 

 

Board of Kids Directors

Wouter van der Kolk, CEO Youvit dan Roshni Mahtani Cheung, CEO theAsianparent melancarkan gummies tersebut dalam suasana meriah sempena Hari Kanak-Kanak Malaysia, menggabungkan keseronokan dengan sokongan kesihatan kanak-kanak.

 

Youvit x theAsianparent Kids Gummies boleh didapati secara eksklusif di kedai Watsons serta di semua platform e-dagang utama di seluruh Malaysia, memudahkan keluarga untuk sama-sama menyokong kesihatan kanak-kanak.

Saksikan reaksi seronok dan comel Malaysia’s first Kids Board of Directors semasa mereka mencuba Youvit x theAsianparent Kids Gummies dengan Vitamin D dalam video — kerana segala-galanya sepatutnya #forKidsbyKids!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!