Bolehkah Baki Susu Ibu Yang Tidak Habis Digunakan Semula?

lead image

Bolehkah susu ibu yang tidak dihabiskan, dipanaskan sekali lagi dan diberi kepada anak? Adakah ia selamat tanpa jangkitan sebarang bakteria?

Bolehkah susu ibu yang tidak dihabiskan, dipanaskan sekali lagi dan diberi kepada anak? Sebenarnya, soalan ini belum pernah terlintas di fikirkan saya.

Mengikut pengalaman diri, susu yang tidak dihabiskan oleh anak bongsu, akan dicampur dengan jus dan diberikan kepada anak sulung saya. Saya sendiri tidak pernah menyimpan baki susu dalam peti sejuk, untuk dipanaskan semula.

Tetapi saya faham perasaan ibu menyusu, terutamanya mereka yang memberi susu ibu secara eksklusif.

Lebih-lebih lagi jika ibu itu menghadapi kesukaran untuk menghasilkan susu yang cukup untuk anaknya. Setiap titik susu bagaikan emas, dan kebanyakkan ibu tidak akan membazirkan satu titik pun.

Cara Penyimpanan Susu

MSB TLD Picture2 Bolehkah Baki Susu Ibu Yang Tidak Habis Digunakan Semula?

sumber: Lansinoh

Selalunya kita akan membekukan susu ibu apabila ia segar. Ia juga adalah lebih baik untuk membekukan dan nyahbeku susu dalam jumlah yang kecil, terutamanya apabila bayi masih muda dan tidak minum dalam kuantiti yang banyak.

Tetapi kita tidak dapat menganggar dengan tepat berapa banyak susu akan diminum setiap kali. Kadang-kadang, bayi itu sudah rasa kenyang dan dalam botol masih banyak lagi baki susu.

Susu ibu yang diguna semula

Ada ibu-ibu yang telah menguna semula baki susu, tanpa timbulnya apa-apa masalah.

Biasanya pakar menyarankan baki susu itu dibuang kerana bimbang bakteria dari mulut bayi akan masuk ke dalam botol dan menjangkiti susu ibu.

Sebenarnya, tiada kajian yang telah dilakukan untuk membuktikan ia tidak selamat. Tambahan pula, sesetengah pakar penyusuan telah menunjukkan bahawa ia mungkin selamat

Baki susu ibu boleh dimasukan ke dalam peti sejuk, dan dihangatkan semula apabila tiba masa untuk memberi susu.

77537957 480743713 Bolehkah Baki Susu Ibu Yang Tidak Habis Digunakan Semula?

Pada pendapat saya dan demi keselamatan bayi anda, baki susu yang telah dikeluarkan lebih dari 4 jam, patut dibuangkan. Sama juga dengan susu formula, dan ini hanya selamat untuk bayi cukup bulan.

Banyak cara lain yang boleh digunakan, untuk memastikan baki susu itu tidak dibazirkan, seperti membuat spa susu untuk bayi ataupun sabun mandi.

Apakah pendapat ibu-ibu sekalian? Pernahkah anda menguna semula baki susu anda?

Sumber: ExclusivePumping