Badan Lenguh Pula Masa Hamil, Boleh Tak Ibu Hamil Berendam Dalam Air Panas?

lead image

Suhu yang terlalu panas sebenarnya tidak baik untuk kandungan anda. Baca artikel bagi mengetahui tips berendam air panas dengan selamat.

Sekiranya anda sedang hamil, anda mungkin sering rasa penat dan terfikir ingin relaks, mungkin berendam air panas? Tetapi persoalannya, bolehkah ibu hamil berendam air panas?

Walaupun mandi air panas hanya berisiko kecil membahayakan kandungan anda, namun ini bukan alasan untuk tidak berwaspada ya ibu.

Bolehkah Ibu Hamil Berendam Air Panas?

bolehkan ibu hamil berendam air panas, mandi air hangat saat hamil, mandi air panas, ibu hamil berendam air panas belerang, bolehkah ibu hamil berendam air dingin, risiko berendam air panas ketika hamil, ibu hamil boleh rendam air panas, kebaikkan mandi air panas, malay

Sesetengah ibu hamil mengatakan mandi berendam adalah aktiviti yang menyenangkan bagi menghilangkan lenguh pada tubuh, khususnya sakit badan akibat mengandung.

Sebahagian mengatakan mandi berendam air sejuk lebih menyegarkan daripada berendam air panas. Baik mandi berendam dalam air panas maupun air dingin, kedua-duanya adalah pilihan menarik yang patut anda cuba untuk menenangkan diri.

Tips Mandi Berendam Air Panas Untuk Ibu Hamil

Anda sebaiknya tidak mandi berendam air panas terutamanya pada trimester pertama. Apabila masuk trimester kedua, anda boleh mandi berendam air panas, namun ia perlu mengikuti beberapa syarat di bawah:

bolehkah ibu hamil berendam air panas, mandi air hangat saat hamil, mandi air panas, ibu hamil berendam air panas belerang, bolehkah ibu hamil berendam air dingin, risiko berendam air panas ketika hamil, ibu hamil boleh rendam air panas, kebaikkan mandi air panas, malay

  • Pastikan air tidak terlalu panas supaya tidak terkesan kepada bayi dalam kandungan
  • Berhati-hati ketika masuk tub supaya tidak tergelincir, dapatkan bantuan suami.
  • Sebaiknya gunakan tub di rumah/peribadi supaya anda boleh mengawal suhu air.
  • Elakkan mandi di kolam awam untuk mengelakkan risiko jangkitan
  • Jika sukakan air berbuih, hadkan mandian anda ke 2 kali sahaja sebulan kerana ia boleh menyebabkan iritasi pada vagina.
  • Pastikan suhu air tidak lebih dari 37°C sebelum masuk tub dengan memeriksa suhu air dengan termometer. Jika terlalu panas, biarkan beberapa minit atau tambahkan air sejuk secukupnya.
  • Jangan berendam terlalu lama! Hadkan ke 10 minit sahaja.

Bolehkah Ibu Hamil Berendam Air Panas? : 3 RISIKO Anda Patut Tahu

Suhu hangat suam-suam kuku adalah keadaan suhu air yang ideal untuk berendam. Walaupun ia masih memerlukan kajian lanjut, anda perlu tahu yang berendam air melebihi 10 minit boleh meningkatkan suhu tubuh ke 38.9 darjah celcius yang boleh menyebabkan hipotermia.

dos paracetamol, makan ubat semasa hamil, ubat selamat semasa hamil, panadol semasa hamil, uabt sesuai ketika hamil, boleh makan panadol ketika hamil

Selain itu, ada beberapa bahaya lain akibat dari berendam air panas lebih dari 10 minit, antaranya:

Itu sebabnya sauna, kolam air panas, mandi wap, dan berendam di dalam air panas sebaiknya dihindari sepanjang kehamilan. Namun, mandi air hangat masih diperbolehkan asalkan tidak terlalu lama ya ibu!

Selamat mandi berendam!

Bolehkah saya bersauna atau berendam air panas semasa hamil?

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus ke Facebook page kami.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Artikel ini asalnya ditulis oleh jpqosinbo dan mendapat keizinan theAsianparent Indonesia untuk diterjemah.

Baca juga: 

Berurut semasa hamil sebenarnya selamat atau tidak?

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!