Botol Susu atau Storage Bag? Yang Mana Lebih Baik?

Share this article with other mums

Ada yang mungkin mengesyorkan penyimpanan susu ibu dalam botol dan ada pula yang lebih suka pakai storage bags. Mana yang lebih baik?

Ibu-ibu menyusu yang akan kembali bekerja, mesti sudah membuat perancangan untuk menyimpan bekalan susu. Tetapi apakah cara terbaik untuk menyimpan susu ibu? 

Ada yang mengesyorkan penyimpanan susu ibu dalam botol dan ada pula yang lebih suka pakai storage bags. Mana yang lebih baik? Mari kita bincangkan.

Storage Bag untuk Susu Ibu

Storage bag ini adalah beg plastik yang direka khas untuk menyimpan susu ibu. Ia lebih kuat, lebih tebal dari beg ziplock biasa dan dibuat daripada bahan-bahan bebas BPA. Storage bag jenis ini juga tahan panas, jadi ia selamat untuk pencairan / pemanasan susu, dan boleh dibeku.

Kebaikan memakai storage bag:

  • Menjimatkan ruang – Terutamanya ibu-ibu yang mengumpul bekalan susu beku dalam kauntiti yang banyak. Susu ibu yang disimpan dalam storage bag boleh dibeku secara rata untuk menjadikan blok susu beku yang nipis. Susu beku ini kemudian senang disusun di atas yang lain untuk memaksimumkan ruang penyejuk beku.
  • Lebih cepat cair – Oleh kerana blok susu beku adalah nipis, ia tidak akan mengambil masa yang lama untuk cair berbanding susu yang disimpan dalam botol.
  • Tidak perlu dibasuh / disterilkan – Storage bag ini adalah beg pakai buang. Anda tidak perlu menghabiskan masa untuk mencuci dan mensterilkannya.
  • Senang untuk dilabelkan – Semua stok susu beku perlu dilabelkan dengan tarikh dan jumlah susu yang disimpan dan storage bag mempunyai ruang khusus untuk itu. 

sumber: bluemaize.net

Keburukkan:

  • Tidak boleh digunakan semula – Jadi anda akan terpaksa membeli beg baru setiap kali ia habis digunakan.
  • Senang bocor – Kalau anda telah membeli beg yang berkualiti rendah
  • Susah untuk dituang – Kadang-kadang susu boleh terlimpah keluar apabila menuang susu dari bag ke botol susu.
  • Semua susu tidak dapat dikeluarkan – Kadang-kadang selepas dituang, masih ada sisa-sisa susu dalam beg itu.

Botol Susu

Terdapat 2 jenis botol yang boleh digunakan untuk menyimpan susu beku: botol plastik keras bebas BPA, seperti botol susu biasa, atau botol kaca.

Kebaikkan:

  • Boleh digunakan semula
  • Tidak perlu untuk memindahkan susu dari beg ke botol

Sumber: pumponthego.com

Keburukkan:

  • Lebih besar dan memakan ruang yang banyak berbanding dengan storage bag. Perlu disusun dengan sistematik agar muat dalam ruang penyejuk beku
  • Mahal walaupun dibeli secara borong
  • Tidak mempunyai label dan anda perlu menggunakan label melekit biasa untuk melabelkan mereka
  • Perlu dicuci dan disteril

Cara penyimpanan susu beku bergantung kepada pilihan masing-masing. Mungkin anda penyayang alam sekitar, atau ingin menjimatkan ruang, ataupun menjimatkan kos.

Ia juga bergantung kepada tempoh penyusuan, serta cara yang paling praktikal dan sesuai untuk ibu tersebut. Saya sendiri lebih suka menggunakan storage bag. Ini kerana kami mempunyai peti ais yang kecil dan saya perlu bekas yang boleh menjimatkan ruang.

Apa pula pilihan ibu-ibu? Mari kongsikan?

Sumber: The Bump

Breastfeeding Parenting tips